CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 954|Reply: 17

[Tempatan] kes terpencil: cabul, cedera, ugut penumpang

  [Copy link]
Post time 20-9-2017 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Dituduh cabul penumpang



Ampang: Seorang pemandu Grab Car mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tiga pertuduhan mencabul, mencedera dan mengugut penumpang wanitanya yang juga penuntut kolej swasta, minggu lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Muhamad Izuwan Kamaruddin, 38, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya di depan Majistret Haslinda A Raof.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 18 tahun dengan niat hendak mencabul kehormatannya.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana hukuman itu jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, bapa kepada seorang anak itu didakwa mendatangkan kecederaan terhadap mangsa sama yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan ugutan jenayah pada mangsa sama dengan niat menyebabkan ketakutan yang didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 26 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 September 2017 @ 4:47 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 08:32 AM | Show all posts
Tempat carik makan ko buat onar
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 08:59 AM | Show all posts
buat org takut nak naik grab.... pastu yg pelik nya.. x pikir ke pas apa kau buat.. org akan report.. ko kena tangkap....
mmg x nafi.. kekadang customer seksi... tp sedaya upaya tahan ler..pikir bahana..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki ni takde iman ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 02:47 PM | Show all posts
korang pernah dengar istilah baru "push pocket" tak?
trend baru 'pick pocket' utk pau duit kita.

convensional pick pocket akan ambik risiko curi barang dr poket kita.
tapi push pocket lebih bijak, selit barang pada kita dan ugut duit kita.
kalu kita melawan, kita akan diseret ke balai atas alasan mencuri
dan polis akan tahan kita bila terjumpa barang yg push pocket
selitkan tadi.

i suspek hal sama berlaku.

budak2 kolej ramai yg comey2 dan bijak2.
ada kemungkinan dorang guna helah menggoda pemandu grab.
kalu pemandu grab tergoda dan melayan, segalanya akan dirakam
dan dibuat modal ugut.

keadaan bleh jd lebih teruk kalu pemandu grab taknak bayar dan
mula melakukan kekerasan (menolak/ marah/ tengking).  

so, bermodalkan rakaman. mudah sgt "mangsa" kaut keuntungan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 02:52 PM | Show all posts

jeling dan senyum pada pompan bleh dianggap gangguan seksual.
marah/tengking pada pompan bleh dianggap melakukan kekerasan.

so,
kalu kita JUJUR MENGAKU pernah jeling dan senyum.
pastu mengaku marah dan tengking bila diugut.

pikir2 la sendiri sapa yg salah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-9-2017 03:51 PM | Show all posts
bangcak replied at 20-9-2017 02:52 PM
jeling dan senyum pada pompan bleh dianggap gangguan seksual.
marah/tengking pada pompan bleh di ...

klau lu hensem lu jeling, lu raba pun tarak hal



tp klau lu hodoh, baik jgn jeling, even jangan senyum

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:06 PM | Show all posts

ada kerja bagus buat onar, mana kau nak cari duit lagi pas ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 04:09 PM | Show all posts
bangcak replied at 20-9-2017 02:47 PM
korang pernah dengar istilah baru "push pocket" tak?
trend baru 'pick pocket' utk pau duit kita.
...

macam betul apa ko cakap

harap polis boleh kenal la siapa yang menipu....



Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:11 PM | Show all posts
ninja9 replied at 20-9-2017 04:06 PM
ada kerja bagus buat onar, mana kau nak cari duit lagi pas ni

kite tak boleh terus hukum pemandu tu, mgkin pmpn tu play victim...
xkan la pemandu grab tu xtaw law mcm mana, ade anak 1 lg... xlogik la...
memandu dh bertahun2 xde plak kes... bkn nk backup beliau, cme bnda tak pasti lgi...
tgh rajin menaip ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 20-9-2017 02:47 PM
korang pernah dengar istilah baru "push pocket" tak?
trend baru 'pick pocket' utk pau duit kita.
...

Tak dinafikan ade kes mcm ni. So harap semua pemandu grab/uber kene ade camera dalam kereta
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:19 PM | Show all posts
-electrifying- replied at 20-9-2017 05:11 PM
kite tak boleh terus hukum pemandu tu, mgkin pmpn tu play victim...
xkan la pemandu grab tu xtaw  ...


dah ada kes ker pelajar kolej play victim ker. kalau ada memang advance la suda.. aku selalu ingat pelajar2 kolej kita ni set2 innocent.  tak adalah innocent sgt tapi smpi cari duit cara peras ugut kira advance dah la.

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Betina Russia ke yg ko bawak tu...or Kazakhstan
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:28 PM | Show all posts
ninja9 replied at 20-9-2017 05:19 PM
dah ada kes ker pelajar kolej play victim ker. kalau ada memang advance la suda.. aku selalu ing ...

yer sis... cme tak viral je
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dizzzek replied at 20-9-2017 03:51 PM
klau lu hensem lu jeling, lu raba pun tarak hal



Bukan setakat hensem saja dizzek..  Poket mesti penuh juga. Tau tak??
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
wanitajelita replied at 20-9-2017 05:26 PM
Betina Russia ke yg ko bawak tu...or Kazakhstan


Perempuan Russian tak boleh naik uber ke dik?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 20-9-2017 05:16 PM
Tak dinafikan ade kes mcm ni. So harap semua pemandu grab/uber kene ade camera dalam kereta

Kan....

Kena ada kamera
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
haritu pertama kali grab, bagus je.siap tunggu aku. aku ni kolot sikit, xpandai nak duduk belakang mcm bos.. org tu sampai suruh aku duduk belakang.

aku cakap xpe encik, xpe.. haha.. dr dulu naik teksi ke apa, takut nak duduk belakang. sbb takut nanti org ingat aku lagak bos.kihkihh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.056274 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list