CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1484|Reply: 21

[Tempatan] MAHATHIR BUAT-BUAT LUPA PUNCA MELAYU BERPECAH

  [Copy link]
Post time 20-9-2017 11:02 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM – Pas mengibaratkan  kenyataan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa parti itu punca perpecahan Melayu sebagai ‘paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata semasa zaman Mahathir dulu pun sudah ada perpecahan berlaku.

“Parti mana yang pemecah orang Melayu? Pas atau Umno? Melayu paling teruk berpecah semasa zaman beliau dengan kewujudan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

“Bukan setakat Melayu berpecah, Umno asal pun hancur, tiga timbalan PM dan Timbalan Presiden terpelanting,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, Mahathir mengeluarkan kenyataan mendakwa kedegilan Pas untuk bersama-sama Pakatan Harapan dalam menakluki Putrajaya dilihat menjadi punca umat Islam berpecah.

Katanya, Pas tidak mendatangkan apa-apa pada negara selain daripada memecah-belahkan orang Melayu Islam.

Sementara itu, Idris turut mengatakan Mahathir buat pusingan ‘u turn’ apabila sudah masuk pembangkang.

“Demi cita-cita politik, Tun sanggup pakai tag ‘Free Anwar’, siapa yang aib Anwar? siapa yang perosok Anwar dalam penjara?

“Apa yang pemimpin Umno buat sekarang pada beliau adalah hasil air tangannya. Insya-ALLAH umur Tun panjang sebagaimana  untuk lihat hasil kerja tangannya selama 22 tahun,” katanya lagi.

– Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 11:14 AM | Show all posts
1.... Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) adalah sebuah parti politik di Malaysia. HAMIM merupakan serpihan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diasaskan oleh Tan Sri Dr. Haji Asri Muda, bekas Presiden PAS yang meninggalkan parti itu selepas kegagalan PAS merampas semula kerajaan negeri Kelantan dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982. HAMIM kini merupakan salah sebuah parti politik yang tidak aktif, tetapi tidak dibubarkan.

2.... Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) (Jawi: باريسن جماعه اسلاميه سمليسا) ialah  adalah sebuah parti politik di Malaysia. BERJASA merupakan serpihan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diasaskan oleh Dato' Haji Muhamed bin Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan, pada tahun 1977 setelah beliau dipecat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Dato’ Seri Dr Mustapa Kamal bin Maulut telah meletakkan jawatan sebagai Presiden BERJASA.

3.... The National Trust Party (Malay: Parti Amanah Negara "AMANAH") is a registered political party in Malaysia advocating political Islam.[2] The party was founded as the Malaysia Workers' Party (Malay: Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) before being handed over in August 2015 to a group of progressive Islamists who were leaders of the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) which have lost in the recent party election in 2015. This group of Islamists then redefined the Malaysia Workers' Party as an Islamic party on 16 September 2015. The party currently has six elected Members of Parliament. It is one of the four component parties of the opposition coalition in Malaysia called the Pakatan Harapan (PH).

4....... parti serpihan Pas iaitu Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang sekarang dikenali sebagai Parti Kesjahteraan Insan Tanah Air (KITA), parti serpihan Pas pada tahun 1995. Berikutan percanggahan pendapat sesama ahli parti itu terdapat beberapa ahli Semangat 46 yang turut menyertai AKIM berikutan pembubarannya pada tahun 1996. AKIM bertanding dalam pilihan raya umum 1999 untuk kerusi-kerusi Parlimen Pasir Putih dan Kota Bharu, tetapi tidak berjaya.

ADA lagi tak
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 11:16 AM | Show all posts
wow...time ni pas pis pus jilat umno kaw2
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 11:57 AM | Show all posts
mengata dulang terpalit diri sdri...masih xsedar
korang sama je

baik duduk dibawah seorang ditaktor
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 12:02 PM | Show all posts
last2 luka kecil jua...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
apa beza nya dgn puak reformasi yg usir tun mader dulu.sekarang semua pun dianggap mcm tak pernah  berlaku. tepat sekali kata tun
melayu mudah lupa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2017 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu aku benci Tun lebih pada Najib sekarang Tun dah u turn aku pun sokong tapi camna pun aku sokong Tun kena balun kaw kaw..baru le dia rasa camna  peritnya pembangkang dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
BENTARA replied at 20-9-2017 11:14 AM
1.... Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) adalah sebuah parti politik di Malaysia. HAMIM merupaka ...

Maaf bertanya Berjasa bukan sokong BN ke? Tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2017 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Berjasa dengan Hamim tu dua2 pro-UMNO...senang citer proksi UMNO dalam PAS...

Walaupun pro-UMNO, Asri dengan Nasir ni gaduh sesama sendiri gak dulu.

Last2 orang PAS sedar dua2 orang ni tak boleh pakai,dua2 kena pecat.

Lepas PRU 1969, dengar citer proksi UMNO ni yang beria-ia suh PAS join Parti Perikatan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
PAN plak lebih kepada proksi IRC-JIM...mereka ni bukan jemaah PAS.mereka menyusup masuk untuk menguasai PAS..

Sebab tu TGHH merujuk kepada keluarnya mereka dari PAS adalah satu proses pembersihan di dalam parti PAS dari anasir-anasir dan proksi-proksi jahat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua keempat2 parti serpihan PAS itu dalangnya adalah UMNO dan IRC-JIM.mereka bukan jemaah PAS.mereka menyusup masuk ke dalam PAS dengan tujuan untuk menguasai atau menghancurkan PAS dari dalam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang paling menarik,keempat-empat parti serpihan PAS itu dalangnya berpusat di negeri Kelantan.

Senang cerita orang Kelantan banyak menyumbang kepada huru-hara yang berlaku di dalam PAS
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasal Mahathir plak,dia bengang kat PAS sebab tak berjaya men"sekular"kan dan me"liberal"kan pemikiran umat Islam di Malaysia akibat politik Islam yang dibawa PAS.

Kalau Mustafa Kamal Attartuk tu digelar Bapa Sekular Turki,di Malaysia ni Mahathir sesuai digelar sebagai Bapa Sekular Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 05:46 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua tak tahu......apa yg dia tahu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
So kalau melayu berpecah kenapa?
Asalkan Islam bersatu sudah la.
Bukan semua melayu tu Islam kan... islam sekadar nama je yang ramai.
Tak payah la bangga sangat jadi Melayu..
Layu je...
Bangga beragama islam dah memadai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2017 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nobito at 23-9-2017 08:57 AM
cmf_BeachBoys replied at 22-9-2017 05:24 PM
Yang paling menarik,keempat-empat parti serpihan PAS itu dalangnya berpusat di negeri Kelantan.

S ...


Menarik info ni....dalang2 perpecahan PAS ni berpusat di Kelantan rupanya....tak hairan semua ni mudah di hidu semasa pemilihan.

Yang akak nampak musoh PKR dan Pakatan memang dah menyusup berakar umbi dalam Pakatan.....tunggu lebur je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
bioessence replied at 23-9-2017 07:01 AM
Semua tak tahu......apa yg dia tahu

Keling macam tu la....katok kepla dia je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:00 AM | Show all posts
Melayu berpecah pasal kefahaman politik tu biasa lah kan .. mat salleh USA pun berpuak puak TAPI Tun tak lah ambil tugas Yang Esa mengkafirkan orang. Bukan mcm si Hadi Maxi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:36 AM | Show all posts
DARSITA replied at 23-9-2017 09:00 AM
Melayu berpecah pasal kefahaman politik tu biasa lah kan .. mat salleh USA pun berpuak puak TAPI Tun ...




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.077320 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list