CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 734|Reply: 7

[Tempatan] Tun Mahathir Buat-Buat Lupa

  [Copy link]
Post time 20-9-2017 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by cmf_BeachBoys at 20-9-2017 03:20 PM

Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
19/9/17

Tun kata kerana kewujudan PAS melayu berpecah. Bukankah sebelum adanya Umno 1946, sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada 17 Oktober 1945 yang ditubuhakn di Ipoh Perak. Pimpinan awalnya Mokhtarudin Laso, Dr Burhanudin Alhelmi, Ahmad Boestaman, Ust Abu Bakar Al Baqir. Persoalannya Umno dengan PKMM siapa beranak dulu. Parti mana yang pemecah orang Melayu, PAS atau Umno? Melayu paling teruk pecah zaman beliau. Bukan setakat melayu berpecah, Umno asal pun hancur. Tiga Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden terpelanting. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Apa hendak hairan dengan Tun Mahathir fakta sejarah pun dia putar belit. Dulu Tun pernah sebut PAS ditubuh oleh penjajah. Dia cuba hendak padam sejarah bahawa Umno sebenarnya dalam dakapan penjajah. Ketika semua parti politik kiri diharamkan oleh penjajah Inggeris 1948, Umno hidup segar bugar. Tidak ada siapa berani sanggah fakta Tun, kerana dia berkuasa penuh. Siapa lawan siap. Sekarang apabila tidak ada kuasa baru Tun sedar Rabu, Khamis, Jumaat . Apa yang pemimpin Umno buat sekarang kepada dia, hasil air tangannya. InsyaAllah umur Tun panjang sebagaimana doa Almarhum Ustaz Fadhil Nor. Biar Tun tengok hasil kerja tangannya selama 22 tahun.

Yang paling kelakar demi cita-cita politik, Tun sanggup pakai tag "Free Anwar". Siapa yang aibkan DS Anwar? Mata DS Anwar lebam pun dia kata Anwar yang cederakan sendiri. Siapa yang perosok DS Anwar dalam penjara? Sekarang beliau U turn 180 darjah. Sejahtera Bersama Islam, bersama Gagasan Sejahtera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu mudah lupa kan @NAT_11?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 01:50 PM | Show all posts
Kalau semua orang melayu bersatu mesti tinggal satu parti Melayu  je kn.. xde UMNO, PAS, BERSATU, etc.... kalau PRU pn mesti Melayu vs bkn Melayu je.. agk2 apa akan jd dlm negara pelbagai bangsa, agama, pelbagai pendatang dan sebagainya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 02:04 PM | Show all posts
yg wujudnya PKR tu bukan pasal madey pecat anwar?
last2 luka kecil jua
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 20-9-2017 02:04 PM
yg wujudnya PKR tu bukan pasal madey pecat anwar?
last2 luka kecil jua

itu sbb aku tak boleh nak hadam. kalu paksa diri telan jgk terus perut  meloya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2017 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Makhluk-makhluk yang lahir dari UMNO ni hidup dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2017 04:08 PM | Show all posts
akusukaq replied at 20-9-2017 03:37 PM
itu sbb aku tak boleh nak hadam. kalu paksa diri telan jgk terus perut  meloya.

masuk telinga kanan keluar telinga kiri jua...

berakit-rakit..ehhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2017 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Skang UMNO boleh survive dengan perbodohkan macai2 kampung kat hulu je..

Tq Najib sebab buka ruang kepada politik yang matang.tak macam mahathir,penakut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.063719 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list