CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 924|Reply: 12

[Jenayah] Curi Pewangi Mahu Harum

[Copy link]
Post time 20-9-2017 02:32 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Padah mencuri barangan penjagaan untuk kelihatan cantik dan berbau wangi, seorang promoter dihukum penjara selama 13 hari dan denda RM500 di mahkamah majistret, di sini, Selasa.

Tertuduh, Nor Maliyani Mat Nor, 22, dihukum selepas mengaku salah di hadapan Majistret, Nik Habri Muhammad.

Tertuduh didakwa mencuri Ambi Pur Gel Fresh&Floral 180G; Ambi Pur Gel Relaxing Lavender 180G; lima Gillete Daisy; dua Glade Hang It Fresh Lavender; Ubat Gigi Colgate Plus Sugar Acid Neutral 225G; Listerine Total Care 250ml; Pucelle Fantasy Love; Minyak Wangi Enchaunter; Pewangi Ketiak Enchaunter 75ml; Minyak Wangi Bad Lab Deo Spray 100ml; Syampu Loreal Paris Elseve 325ml.

Kesalahan dilakukan di sebuah pasar raya dalam kompleks membeli belah di Jalan Hamzah, di sini, pada jam 9.40 malam, 7 September lalu.

Pada masa sama, tertuduh juga mencuri, dua bar Coklat Cadbury Dairy Milk Bar Oreo 130g dan Roast Almond 165 g yang keseluruhannya bernilai RM168.25.

Nik Habri dalam keputusannya memberi nasihat panjang lebar kepada tertuduh supaya mengambil pengajaran atas kesalahannya itu.

Katanya, barangan yang dicuri tertuduh bukannya makanan atau keperluan yang mendesak.

“Buat apa kamu curi semua barang ni? Mencuri untuk comel, untuk wangi? Kalau lapar tu, lainlah ceritanya,” katanya.

Beliau berkata, banyak kes seumpama itu disebut di mahkamah berkenaan dan sudah berkali-kali beliau menasihati masyarakat agar tidak mencuri kerana peruntukkan hukuman bagi kesalahan itu sangat berat.

“Mengikut peruntukkan seksyen ini (380 Kanun Keseksaan), mencuri dalam bangunan membolehkan kamu didenda dan dihukum penjara sehingga 10 tahun. Hukuman penjara pula adalah wajib, jangan main-main, kesalahan kamu membawa hukuman yang serius,” katanya.

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh yang berada di dalam kandang pesalah hanya tertunduk mendengar nasihat beliau.

Dalam kejadian lalu, tertuduh ditahan pengawal keselamatan yang sedang bertugas dan pemeriksaan lanjut menjumpai kesemua barangan curi itu dalam beg kain berwarna biri yang dibawa tertuduh. Tertuduh kemudiannya diserahkan kepada polis.

Tertuduh berada di dalam tahanan selama 13 hari sejak penahanannya dan tempoh itu dikira sebagai hukuman penjara, namun bagi Nik Habri hukuman itu belum memadai.

“Saya tambah hukuman denda RM500 atau penjara dua bulan sekiranya gagal menjelaskannya. Hukuman ini harap dapat memberi pengajaran kepada kamu dan orang lain supaya tidak mengulangi perbuatan lagi,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 02:37 PM | Show all posts
alahai kesian nye...benda mcm tu pun nk curi
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Barang yang dicuri tu tak sampai rm100 pun,kena byr denda rm500+mendapat malu. Jangan buat lagi ye dik
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 03:17 PM | Show all posts
Mencuri untuk jadi comel?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:31 PM | Show all posts
pemimpin curi duit rakyat
rakyat curi makanan, minyak, drypers, minyak wangi, pakaian

alahai..kesian la meleisia ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:53 PM | Show all posts
barang yg dicuri tu bukan keperluan asas pun sampai sanggup mencuri..
harap2 lesson learned ye dik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2017 05:00 PM | Show all posts
memalukan je.... haish
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:29 PM | Show all posts
kalo nk wangi xde duit sembur la tester pewangi tu
hehehe
adehhh kan xbrbaloi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 09:48 AM | Show all posts
banyaknya perfume dia curi..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun adik tak pergi kelab malam namun perangai tetap hazab
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 21-9-2017 09:48 AM
banyaknya perfume dia curi..

Kalau adik tu nak perfume boleh ambik akak punya. Banyak.  Kadang kala akak guna separuh saja kemudian simpan.  Dah lama buang saja..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk ambi pur ja... walaupon mencuri, rumah harus wangi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 10:28 AM | Show all posts
amboi.. promoter mencuri. ni agaknya dh terbiasa ambik ni... tp lama2 org akan syak jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.064069 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list