CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2179|Reply: 12

Membeli-belah Takkan Bosan Lagi Dengan Adanya Semua Benda Ini!

[Copy link]
Post time 20-9-2017 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Pernah tak anda berasa bosan apabila membeli-belah di pasar raya?


Jika anda jenis yang suka berbelanja dalam bajet, pasti menjengkelkan apabila kena mengeluarkan kalkulator (atau telefon bimbit) setiap kali mengambil barang kerana bimbang terlari dari bajet.


Bagaimana kalau setiap troli disediakan kalkulator? Sudah pasti sangat berguna dan memudahkan kerja kira-kira anda!








Jom tengok apa lagi yang boleh buat aktiviti beli-belah kita lebih menyeronokkan selain kalkulator ini seperti dikongsikan BoredPanda!




1. Perlu ke, tak perlu?





Kedai ini menyediakan raga dengan tag yang akan menentukan sama ada mereka memerlukan bantuan ataupun tidak.




2. Buah PERCUMA untuk kanak-kanak!








Susah berbelanja bersama anak kecil? Kedai ini menyediakan buah-buahan percuma untuk membuat anak anda leka sementara anda membeli-belah.




3. Mana barang ini 'menyorok'?





Kaki dah lenguh pusing satu pusat beli belah, tapi barang yang dicari-cari tetap tak nampak batang hidung. Dengan adanya GPS ini, anda takkan 'sesat' lagi dalam pasar raya!




4. Tak ada troli lain yang lebih elok ke?





Tiada lagi troli bermasalah!




5. Nah, petik sahaja cendawan segar!








6. Tak nampak? Guna saja kanta pembesar ini!





Bukan yang rabun dekat sahaja rimas membaca tulisan halus macam cacing kat belakang kotak atau plastik produk, kan?




7. Nak ke, tak nak?





Kadang-kadang dah berjalan jauh tu, baru terasa ada barang dalam troli yang tak diperlukan. Ha, lepas ni bolehlah letak balik dalam rak ni kalau tak nak beli.




8. Kos GPS terlalu tinggi? Guna cara ini!











Orang yang guna benda ni mesti jarang beli barang sendiri kan? Nak harap orang lain je belikan. Gurau saja, ya! Kadang-kadang kita akan masuk membeli barang di pasar raya yang tak pernah kita pergi, kan? Senang kalau ada benda ni.




Kalau di Malaysia buat macam ni, rasanya akan ambil masa berapa lama untuk semua ni rosak atau lesap? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 04:47 PM | Show all posts
bestnyaaaa..

lagi best kalau harga pun murah..heeheh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 06:30 PM | Show all posts
Kat Malaysia lambat lagi le nak ada kemudahan sebegini.  Trolly yang duk ada pun tu pun ramai malas pulangkan semula kat tempat letak trolly.  Ikut suka je tinggalkan depan,  belakang, kiri atau kanan keta orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Free fruit tu {:good
Tapi mesti ada yg jakun,suruh anak amik bnyk2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 11:59 AM | Show all posts
inovatif
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
MeNarik.. aku selalu congak Dalam kepala time beli barang kot terlebih Bajet or Tak cukup duiT ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2017 12:39 PM | Show all posts
wow..syok betul shopping macam ni...makin banyakla aku spend kat pasaraya tu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 12:47 PM | Show all posts
xyah buat buah free..kadang2 keropok biskut, coklat punya plastik dah terbukak ada kesan kena makan org. Inilah Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 02:21 PM | Show all posts
aku sangat perlu yg no 1 je bakul kaler2 tu. bapak bosan pekerja dok ikut kulu kilir. kadang2 siap nak bagi pendapat la apa la... ala2 kita p shopping dgn dia pulak

buah free tu xpayah la..nanti anak2 tlg ambik, mak masuk beg.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 02:56 PM | Show all posts
klu kat msia buat cenggini rasanya seminggu jer kot semua akan jahanam

lagi2 part buah free tu ... ada jer lah nnti mak bapak budak yg akan ambik byk2 mencekik sampai buntat2 perut pastu balance bwk balik .. plg teruk jual balik .. buat rojak buah ker  
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 03:11 PM | Show all posts
ada 1 family ni duk ngadap makanan free sample sampai org lain takleh merasa..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 03:18 PM | Show all posts
xde maknanya... kalau buat, kejap habislah brg2 tu dirosakkan pengguna. satu hal nak pk kos.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 04:24 PM | Show all posts
waa nice, memudahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.361770 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list