CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2804|Reply: 27

'Serah kalah' lepas 14 tahun

  [Copy link]
Post time 20-9-2017 12:06 PM | Show all posts |Read mode
'Serah kalah' lepas 14 tahun

© Provided by Media Prima RUMAH keluarga Xu berada di tengah Lebuh Raya Hu Ting Bei di Jiuliting di daerah Songjiang, Shanghai selama 14 tahun. Gambar kanan, tapak kediaman keluarga Xu selepas ia dirobohkan dan dibersihkan pada awal…

Shanghai: Selepas 13 tahun berunding, satu keluarga di sini akhirnya bersetuju menjual rumah mereka yang berada di tengah lebuh raya sejak 2004.

Xu, 87, dan lapan ahli keluarganya mengucapkan selamat tinggal kepada rumah mereka di pinggir Shanghai pada 15 September lalu.

Keluarga itu bersetuju berpindah selepas pemaju berjanji memberi empat rumah flat baru dan wang tunai 2.3 juta yuan (RM1.46 juta) pada bulan lalu.

Rumah tiga tingkat itu dirobohkan oleh pekerja dalam tempoh 90 minit pada awal pagi kelmarin.

Xu menerima notis untuk merobohkan rumah berkenaan pada 2003 oleh kerajaan tempatan untuk pembinaan lebuh raya yang baru.

Bagaimanapun, Xu dan keluarganya enggan berpindah kerana tidak berpuas hati dengan pampasan yang ditawarkan.

Rumah seperti ini dikenali sebagai ‘rumah paku’ di China apabila ia menjadi satu-satunya bangunan usang di tengah pembangunan.
Semua kediaman di sekitar rumah Xu dirobohkan untuk membina lebuh raya empat laluan.

Selama 14 tahun, rumah milik Xu itu berdiri kukuh di tengah Lebuh Raya Hu Ting Bei.

Keadaan itu menyebabkan jalan berkenaan terpaksa dikecilkan kepada dua laluan dan melingkari rumah berkenaan yang sering menyebabkan kesesakan.
Seorang ahli keluarga Xu, Zhang Xinguo berkata, tinggal di rumah yang terletak di tengah lebuh raya bukan mudah dan mereka tidak sabar untuk berpindah.
“Saya melihat kemalangan jalan raya sebanyak tiga kali dan ada sebuah teksi yang melanggar dinding rumah ini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 12:21 PM | Show all posts
gila ah, bebila bole kena rempuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 12:29 PM | Show all posts
blh lena ke tido mereka ?berumah ditgh jln
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 12:33 PM | Show all posts
Keluarga itu bersetuju berpindah selepas pemaju berjanji memberi empat rumah flat baru dan wang tunai 2.3 juta yuan (RM1.46 juta) pada bulan lalu.


Untung sgt theyolss
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Untungla jadik jutawan..bleh meramaikan statistik pelancong china ke luar negara pasnih
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 12:47 PM | Show all posts
very clever .....
tak macam orang melayu ... buter teruih biler nampak $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$. Walaupun di tawar pada rega yang murah ....

Sepatutnya .. pegang dulu ... biler bawaa berunding, jual mahallll..... biler rasa ready to letgo ... baru let go ... berbaloi baloii ler jugek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2017 12:48 PM | Show all posts
klu syg sgt rumah, pindahkn ajala, cm dlm docu mover tu
pemaju cari tapak tanah
tapi rumah batu gitu, mmg payah
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:28 PM | Show all posts

Dapat Pampasan RM1.46 Juta, Pemilik Rumah Di Tengah Lebuh Raya Akhirnya Setuju B



sumber : Harian Metro



Selama 14 tahun rumah yang dikenali sebagai 'rumah paku' milik Xu, seorang lelaki yang berusia 87 tahun berdiri kukuh di tengah Lebuh Raya Hu Ting Be.


Keadaan itu menyebabkan jalan berkenaan terpaksa dikecilkan kepada dua laluan dan melingkari rumah berkenaan yang sering menyebabkan kesesakan.


Memetik laporan Shanghaiist, kerajaan tempatan pernah menyerahkan notis untuk merobohkan rumah berkenaan pada 2003 bagi tujuan pembinaan lebuh raya yang baru.


Biarpun semua kediaman di sekitar rumah Xu telah bersetuju dirobohkan untuk membina lebuh raya empat laluan, Xu dan keluarganya enggan berpindah dari rumah tiga tingkatnya kerana tidak berpuas hati dengan pampasan yang ditawarkan.


Namun demikian, hasil rundingan yang dijalankan selama 13 tahun, akhirnya Xu dan keluarga bersetuju pindah pada 15 September lalu, selepas pemaju berjanji memberi empat rumah flat baru dan wang tunai 2.3 juta yuan (RM1.46 juta) pada bulan lalu.


Seorang ahli keluarga Xu, Zhang Xinguo berkata, tinggal di rumah yang terletak di tengah lebuh raya bukan mudah dan kini mereka tidak sabar untuk berpindah.


“Saya melihat kemalangan jalan raya sebanyak tiga kali dan ada sebuah teksi yang melanggar dinding rumah ini,” katanya.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnyaaaa. Haha. Lembut juga hati orang tua ni. Ingatkan sampai mati la mereput kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ke kjn komunis blh rampas shj tnh tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:37 PM | Show all posts
Firenzza replied at 20-9-2017 04:34 PM
Bkn ke kjn komunis blh rampas shj tnh tu?

nk kena saman rampas ler
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:45 PM | Show all posts
Firenzza replied at 20-9-2017 04:34 PM
Bkn ke kjn komunis blh rampas shj tnh tu?

terfikir juga.....

maksudnya kominis pun dah kena fitnah lah selama ni.....



Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:47 PM | Show all posts
kentel replied at 20-9-2017 04:39 PM
ko tak reti buat research ke nak bukak tered???!!!!!

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=vie ...

apa lagi.... saman lah wartawan cari cedok thread ko.....



Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:49 PM | Show all posts
OK.

Thread ini dibuka lebih awal.... dan diisytihar menang.

CARI-LTS, anda kalah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2017 04:49 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 20-9-2017 04:47 PM
apa lagi.... saman lah wartawan cari cedok thread ko.....

aku nak depa buat keja leklok je...gaji da dpt..buat keje semenggah la sikit kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Cool gila rumah tgh jalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 05:50 PM | Show all posts
14 tahun tu, dgn empat rumah flat baru dan wang tunai 2.3 juta yuan (RM1.46 juta)...
apa lagi cina mahu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
warga msia yg jakun akan pegi tengok rumah2 paku mcm ni kat China  
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 06:06 PM | Show all posts
Pampasan yang diberikan agak lumayan.  Pas tu tak perlu risau kalau2 ada kenderaan yang akan terbabas masuk kawasan rumah lagi boleh le tidur lena semula.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik rumah mcm muzium..kalo aku pon memang tak jual la..sayang kot...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.072601 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list