CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6159|Reply: 39

Tak Puas Hati Anak Kena Gantung Sekolah, Bapa Mengamuk Pukul Cikgu?

[Copy link]
Post time 20-9-2017 05:33 PM | Show all posts |Read mode






Semalam, sebuah video memaparkan bapa kepada seorang pelajar datang ke sekolah dan mengasari guru sekolah anaknya telah menarik perhatian netizen.




Video berdurasi 1.53 minit yang dimuat naik laman Facebook Borneo itu menunjukkan bapa pelajar yang datang bersama adik lelakinya itu dihalang oleh beberapa guru yang lain dari terus menyerang guru terbabit.





Kredit video - Facebook Borneo



Lapor Facebook Borneo, lelaki berbadan sado itu yang juga merupakan seorang askar telah menampar dan memukul guru tersebut hingga mengalami kecederaan yang serius di bahagian perut.


Difahamkan, kejadian itu berpunca apabila bapa pelajar terbabit tidak berpuas hati apabila anaknya dihukum oleh guru terbabit di mana anaknya mengadu dia telah digantung persekolahan. Tetapi setelah disiasat, rupa-rupanya pelajar terbabit membuat cerita yang tidak benar dan merayu pihak sekolah membuang kesnya.


Namun menurut komen seorang netizen, Timotius Jaunis, dua lelaki berkenaan pada awalnya mahu menyelesaikan kes itu secara baik namun malangnya guru berkenaan mula berkasar dengan mereka.







“Yang si adik kepada bapa pelajar itu ditampar oleh cikgu. Yang si bapa ini pula cuba untuk tidak menumbuk tetapi cikgu itu yang mula menumbuk, terus si bapa ini membalasnya,” tulis Timotius Jaunis.





Ntahlah tapi apa pun, tak perlulah sampai bertumbuk dan siasatlah dulu sebelum mengamuk tak tentu pasal. Sebagai ibu bapa, janganlah terlalu manjakan anak sehingga langsung tidak boleh "disentuh" oleh guru jika telah melakukan sebarang kesalahan di sekolah.


Bak kata pepatah Melayu "Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan" - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena dengar dr dua2 pihak dulu.. kalau dengar sana dengar sini pasti radio karat
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana bidionya... tak boleh tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang sado tu dad or cikgu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 06:15 PM | Show all posts
Benda boleh bincang
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
wow, xkan laa cikgu tu berani maw pukul dah laa bapak sado? anak buat taik, ko sokong lg kan? jgn menyesal anak ko buat taik selamanya, bela laa lg. .

syg anak berpada2, jgn smpai semua org maw d pijak. .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2017 06:26 PM | Show all posts
Akan timbul masaalah kalau masing2 tak mahu duduk berbincang.  Bila masing2 ikutkan perassan banyak benda buruk boleh terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 07:26 PM | Show all posts
cedera perut...mati2 ingat kena low blow tadi...uhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sado nye bapak dia.mau senak perut kena tumbuk tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg mana satu pak mana satu cikgu??
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesimpulannya Cikgu tu yang start dulu pi tampaq orang?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu2 kena tibai ngan cikgu sampaii nak kojol bla bla bla bla bla bla
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dtg nak dptkan penjelasan sure g jumpa guru besar/pengetua dulu. Ni nampak mcm trus g serang guru berkenaan je. Pastu acah2 suci cikgu yg serang dulu ?
Tahlah. Mungkin cikgu tu dah cukup tension ngn budak tu, pastu bapak budak pulak dtg kecoh2 mmg kena sebijik la
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Gantung sekolah aja pun bukannya kena buang..relax lah dad
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 06:20 AM | Show all posts
Jorja replied at 20-9-2017 10:01 PM
Gantung sekolah aja pun bukannya kena buang..relax lah dad

tak kena bakar sampai rentung mcm anak2 tahfiz tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 08:30 AM | Show all posts
kalau parents jenis panas baran, kaki gaduh nnti ank2 pun mcam tu laaa...
sbb itu yg ank akn contohi@belajar dr parents..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 08:46 AM | Show all posts
mcm kena kat telo je? tak fair la.. disqualified
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:09 AM | Show all posts
lepas ni kena ada borang, tanda anak boleh dirotan ataupun tidak..

tak boleh rotan, sumbat masuk dalam satu kelas, yang boleh dirotan masuk dalam satu kelas..
yang tak boleh rotan tu bagi cikgu garang2 sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:16 AM | Show all posts
silap dia la klau dia nk bertmbuk, bapak nya askar plak
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:22 AM | Show all posts
kalau nk menangkan sgt anak, esok lusa anak jd manusia bengong, jgn menyesal plk.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.175413 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list