View: 3091|Reply: 39
|
[Tempatan]
Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mula ditutup sejak Isnin secara rasminya
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diwujudkan di seluruh negara secara berperingkat bermula tahun 2011, mula ditutup sejak Isnin lalu.
Difahamkan, penutupan itu ada kaitan dengan pengumuman kerajaan untuk menamatkan kontrak pengendali KR1M, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) kerana menjual barang lebih mahal daripada harga pasaran.
Arahan itu dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Julai lalu, selepas kerajaan menerima banyak aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan harga dan barangan dijual di kedai berkenaan.
Berikutan arahan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata Program KR1M 2.0 akan dilancarkan tahun ini bagi membolehkan rakyat mendapat lebih banyak pilihan produk pada harga lebih murah daripada pasaran.
KR1M yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dirasmikan pada Jun 2011 bertujuan mengurangkan beban rakyat, selain membantu memasarkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.
Ia bertujuan menjual pelbagai barangan harian pada harga 30 hingga 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran.
Tinjauan BH di ibu negara dan hampir semua negeri mendapati KR1M sudah ditutup dengan notis ditampal di hadapan kedai itu berbunyi "KR1M akan ditutup sementara, segala kesulitan amat dikesali'.
Difahamkan, arahan penutupan sementara itu dikeluarkan sejak Isnin lalu di semua premis KR1M di seluruh negara.
Pekerja KR1M di Stesen LRT Kelana Jaya, Selangor yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, berkata penutupan sementara itu dibuat bagi membolehkan proses pengiraan stok dilakukan.
"Pihak kami menutup sementara premis ini sebab mahu kira stok yang ada, sama ada yang sudah tarikh luput atau belum. Kami terima arahan penutupan ini Isnin lalu," katanya ketika ditemui, hari ini.
Beliau juga tidak pasti bila premis itu akan dibuka semula.
Selain di Kelana Jaya, turut ditutup KR1M di Petaling Jaya, Bandar Tun Razak dan Desa Mentari.
Di Kota Kinabalu, 21 KR1M ditutup, manakala beberapa lagi dijangka mengambil tindakan sama secara berperingkat. Premis ditutup termasuk di Papar, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Kinabalu.
Di Kelantan, tujuh KR1M iaitu Tok Bali (Pasir Puteh), Pengkalan Chepa, Tanah Merah, Kota Bharu, Bachok dan Bukit Bunga ditutup.
Pengarah KPDNKK Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun, berkata sejak beberapa hari lalu anggotanya membuat tinjauan di semua premis terbabit.
"Semua kedai itu kini dalam proses mengemas dan menghantar semula barangan kepada pembekal asal," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Di Negeri Sembilan, tiga KR1M iaitu di Bandar Springhill, Port Dickson; Taman Megah, Bahau dan Bandar Senawang dikatakan ditutup sejak seminggu lalu.
Di Perak, tinjauan mendapati sebuah KR1M di Manjoi, Ipoh, ditutup.
Sumber di KPDNKK Perak ketika dihubungi berkata: "Pihak kami sedang memantau prestasi operasi semua 15 KR1M di Perak."
Di Terengganu, empat KR1M iaitu di Kuala Terengganu; Dungun; Kemaman dan Kuala Berang ditutup sejak seminggu lalu.
Pengarah KPDNKK negeri, Azlan Abdul Samat, berkata semua empat KR1M yang beroperasi di negeri ini ditutup untuk pengiraan stok.
Di Miri, KPDNKK mengesahkan satu daripada KR1M di daerah itu ditutup kerana faktor ekonomi.
Ketua Cawangan KPDNKK Miri, Joe Azmi Jamil, berkata KR1M di Tudan ditutup kerana pengusahanya mengalami kerugian, namun KR1M di Pujut masih beroperasi.
Julai lalu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mendakwa syarikat itu mengalami kerugian besar mengendalikan KR1M.
Bagaimanapun, beliau berkata, projek itu akan diteruskan demi manfaat rakyat.
FAKTA NOMBOR:
250 - barangan runcit dijual di KR1M
185 - KR1M di seluruh negara |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah aku pergi beberapa hari lepas tutup. |
|
|
|
|
|
|
|
kos operasi tinggi,sewa kedai,gaji pekerja. kedai ni bukan cm 7e yg harga mahal, |
|
|
|
|
|
|
|
supplier2 dah hbis kaut untung
geng2 nepotisme pun da kaya
ok kita tutupkan aje |
|
|
|
|
|
|
|
dizzzek replied at 21-9-2017 07:48 AM
supplier2 dah hbis kaut untung
geng2 nepotisme pun da kaya
Supplier tak untung mana....
Mydin le paling untung.... |
|
|
|
|
|
|
|
maidin kn geng umno
|
|
|
|
|
|
|
|
dizzzek replied at 21-9-2017 07:55 AM
maidin kn geng umno
Dia kaut duit mcm tu, aku tgok bisnes dia makin merudum....
Brg kebanyakannya mahal....dulu dia blh mendiva skrg kena compete dgn mr diy & eco...
Mydin besar kat jln tar tu pun dah tutup...skrg harapkn mydin mart je lah... |
|
|
|
|
|
|
|
yg rugi ko..
duit cukai ko, duit gst ko, duit income tax ko, cukai jln, pintu bla bla bla
kerajaan pam kepada kr1m
|
|
|
|
|
|
|
|
dizzzek replied at 21-9-2017 07:48 AM
supplier2 dah hbis kaut untung
geng2 nepotisme pun da kaya
kalu dah untung tak da sbb nak tutup. |
|
|
|
|
|
|
|
projek gagal jibby bersama 1MDB
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi projek gagal BN?
|
|
|
|
|
|
|
|
SINGAPORE – Six more basic, no-frills stores under the budget NTUC FairPrice Shop brand is slated to be rolled out in more mature estates by this year, the Republic’s biggest supermarket operator said in a statement on Wednesday (March 22).
FairPrice did not give locations of the six new stores, but said they will be in mature estates to cater to budget-conscious shoppers. The six existing stores are currently located at Circuit Road, Eunos Crescent, Henderson Crescent, Jurong East, Ang Mo Kio Avenue 10 and Silat Avenue.
rasis2 UMNO terpaksa tebalkan muka belajar dgn cina PAP gimana nak berjaya niaga kedai runcit
|
|
|
|
|
|
|
|
untung lah mydin... duit pendahuluan utk bukak KR1M i juta per kedai pun dah dapat...
bila rs2 tak blh nak maintain, declare tak blh nak urus.. yg duit pendahuluan tu kira hangus jer...
duit pendahuluan tu duit kerajaan msia, duit kita semua.. lebih baik duit tu digunakan utk SME business |
|
|
|
|
|
|
|
KR1M... apa manfaatnya? |
|
|
|
|
|
|
|
manfaat kpd kroni
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by JoyahSepoting at 21-9-2017 01:57 PM
Mungkin niatnye bgs tp perlaksanaan x baik. Ptt belajar cara speed mart punya market.. rasanya x perlu pun semua barang nk letak cop logo 1Malaysia.. ko nk jual barang murah atas sbb nk tlg rakyat kononnya.. jd x perlu la sampai kat tin dan kotak barang pun ko nk jual nama parti baru org nmpk ikhlas! |
|
|
|
|
|
|
|
Ok. Noted bro
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penutupan sementara Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah sebahagian daripada penambahbaikan seperti dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Julai lepas.
Katanya, langkah itu adalah sebahagian daripada rancangan kementerian untuk menambah baik kelemahan sebelum ini melalui inisiatif yang dinamakan KR1M 2.0.
Penambahbaikan ini bukan sahaja menawarkan harga barangan keperluan lebih murah tetapi juga memberi lebih banyak pilihan barangan kepada pelanggan serta menggalakkan keusahawanan dan membuka peluang perniagaan kepada orang ramai, katanya dalam kenyataan pada Rabu malam.
Beliau berkata, penambahbaikan itu juga akan menggalakkan kerjasama yang lebih baik antara agensi kerajaan dan membuka peluang perniagaan yang luas kepada pengilang dan pengeluar tempatan.
Butiran lanjut mengenai penambahbaikan itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan ia merupakan sebahagian daripada komitmen kementerian untuk menambah baik dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang awam, katanya. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
baik lah sepet
melayu akan belajar dari PAP, abang Dapig kafir harbi
|
|
|
|
|
|
|
|
apasal korang x support kr1m?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|