CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3115|Reply: 25

[Tempatan] 16 kapal terbang Boeing baru bukan milik MAS

  [Copy link]
Post time 21-9-2017 07:44 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia Airlines Bhd (MAS) tidak akan membiaya dan memiliki 16 kapal terbang yang dibeli daripada syarikat penerbangan AS Boeing, menurut satu laporan.

The Malaysian Reserve hari ini memetik Ketua Pegawai Eksekutif MAS Peter Bellew yang berkata syarikat pemajak antarabangsa yang akan membeli kapal terbang itu dan memajaknya kepada MAS.

“Kapal terbang ini tidak akan dimiliki oleh Malaysia Airlines, namun akan dipajak, yang merupakan lumrah dalam industri penerbangan moden,” Bellew dilapor berkata dalam sebuah memo dalaman bertarikh 15 September yang dilihat The Malaysian Reserve.

Dalam memo yang dikatakan panjang dan terperinci yang diberikan kepada 14,000 kakitangan itu, Bellew dilapor berkata pembelian terbaru itu kebetulan dengan berakhirnya perjanjian pajakan lain MAS.

Menurut laporan sama, MAS telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) minggu lalu untuk pembelian 16 kapal terbang daripada Boeing.

Urusniaga itu termasuk lapan kapal terbang model 787-9 Dreamliner yang ditukar daripada pesanan asal. Pesanan sebelumnya adalah lapan model Boeing 737 MAX dan lapan 737 MAX 8s.

“Saya ingin mengulang bahawa ketika ini, kami sudah muktamadkan pesanan 25 kapal terbang Boeing 737, sementara yang lain-lain sebagai pilihan,” kata Bellew.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak ketika kunjungannya ke AS baru-baru ini memberitahu Presiden Donald Trump bahawa MAS akan membeli 25 kapal terbang model Boeing 737 dan lapan model 787 Dreamliner, selain tambahan 25 lagi model 737 dalam masa akan datang.

Keseluruhan urusniaga itu dilaporkan berjumlah lebih AS10 bilion untuk lima tahun.

Menurut The Malaysian Reserve, penghantaran pertama lapan Boeing 787-9 Dreamliner, dengan harga AS2.5 bilion (RM10.5 bilion), dijangka pada suku ketiga 2019.

Najib dikritik kerana kenyataan beliau tentang ingin membantu mengukuhkan ekonomi AS. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz bagaimanapun tampil menyatakan sokongan terhadap pembelian kapal terbang itu dengan mendakwa ia baik untuk industri pelancongan negara.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 07:56 AM | Show all posts
Adakah KWSP yg beli jadi syaikat pemajak dan pajak kepada MAS....

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 08:09 AM | Show all posts
Atau 1MDB di bawah arahan kementerian kewangan yg menjadi pemajak itu  
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 08:12 AM | Show all posts
mungkin KWSP nak ceburi bidang baru kot....

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:19 AM | Show all posts
berapa MAS terpaksa byr sewa kapal terbang tu pulak?

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 21-9-2017 07:56 AM
Adakah KWSP yg beli jadi syaikat pemajak dan pajak kepada MAS....

Hahaha bengong mu nihh...
Sejak bila kwsp jadi aircraft lessor?

Bilamana mas mengatakan dia xbeli, tetapi lease aircraft dah terang2 dia kata 'dia xdak duit'..

Dan bila dah lease aircraft no point la ikrar jibby nk beli enjin GE.

Get it?

Lg satu, ko baca berita tu betul2..
Mas terpaksa convert 'pembelian' 737 kpd 787.
Which means mas terpaksa tukar aircraft kecik kpd yg besar..

Inilah hasil campur tangan pm kleptokrat dlm management mas...

Bravo!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2017 11:08 AM | Show all posts
tak de wang tapi berlagak jaguh
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 01:52 PM | Show all posts
system_failure replied at 21-9-2017 09:25 AM
Hahaha bengong mu nihh...
Sejak bila kwsp jadi aircraft lessor?



Bila ekonomi berkembang, pelaburan asing meningkat, perkhidmatan penerbangan pun akan turut meningkat atas urusan perniagaan,pelancongan dll.
MAS jugak akan berkembang apabila pemintaan semakin bertambah.


Tak mustahil, KWSP boleh melabur dan membeli saham dan boleh jadi pemegang saham terbesar, seterusnya memiliki syarikat2 aircraft lessor
kerana mempunyai kemampuan dan dana yg besar.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 02:08 PM | Show all posts
should replied at 21-9-2017 11:08 AM
tak de wang tapi berlagak jaguh

Hahahaha ... Tampaknya MAS sudah beri signal untuk siap-siap akan mufis lagi ya ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 02:13 PM | Show all posts
harap2 BRIM masih ado untuk tahun2 mendatang..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 21-9-2017 01:52 PM

Bila ekonomi berkembang, pelaburan asing meningkat, perkhidmatan penerbangan pun a ...

Kah kah kah..
Aku pelik la...
Asal main hentam keromo jer kan...

Fyi, mas sedang dlm proses downsizing..
Kesemua a380 bakal digantikan dgn a350 yg lebih kecik bagi segment jarak jauh..

And certain route yg sblum ni guna pesawat 777 akan menggunakan 737 jer... Terutama route ke austronesia dan indochina..

In other words,
Mas sedang berjimat cermat sambil mengoptimumkan sumber resource yg lebih kecik..

Itu yg sedang di plan oleh ceo mat salleh tu...

Masalahnya bila ahlil politaik iaitu pm kleptokrat kita masuk campur, suh beli several large aircraft like Dreamliner 787 apa maknanya tuh?

Jibby bukan pentingkan pemulihan mas. Dia hanya pentingkan nama baik dan mintak kena puji dari donald duck jer...

Patutler ceo mat salleh yg sblum ni blah..
Dia kata politaik kuat sgt..

Kui kui kui
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 04:45 PM | Show all posts
MAS memang takder duit...tapi dia perlukan kapal terbang, seseorang pelabur perlu bantu dia...so, pelabur tu beli pesawat, sewa kan kepada MAS...tu yang aku faham la...MAS consider kapal kecik sebab laluan dia sekian sekian, tapi pelabur nak kapal besar2....macam beli pemain bolasepak pulak jurulatih nak Messi, tapi Presiden beli Ronaldo
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 21-9-2017 04:45 PM
MAS memang takder duit...tapi dia perlukan kapal terbang, seseorang pelabur perlu bantu dia...so, pe ...

midget tu ibarat 737 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 05:06 PM | Show all posts
lantak ko la, yg penting ade dividen tiap2 tahun ya
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 06:43 PM | Show all posts
system_failure replied at 21-9-2017 04:25 PM
Kah kah kah..
Aku pelik la...
Asal main hentam keromo jer kan...

...bertepatan dengan pajakan pesawat MAS yg akan berakhir...
disamping memerlukan banyak pesawat2 bersaiz kecil...kena ada jugak pesawat yg besar seperti Dreamliner..

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ko xtau apa cerr sebenar yg berlaku jgn main komen je boleh tak..

Ko bace berita ni..

Mas dah lama studying and considering either a350 atau 787.
Both aircraft dlm segment yg sama. Utk perjalanan jarak jauh.

And mereka dahpun order a350 yg bakal ditrerima hujung tahun ni.

Lgpun kalo ko peminat aviation, tentu ko tau 787 terlalu byk masalah masa launching dulu.
Kalo ko nk tau JAL dan ANA airlines siap saman boeing sbb selalu sgt 787 kena grounded dan kena pangil balik..
Ko tau apa??


Kalo la ceo mas boleh berkata begini kat jibby,...

'Who the hell are you asking us to do this and that haa..???'

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 09:28 PM | Show all posts
Penat penat Peter B memikir dan planned.. tiba tiba terpaksa tukar pulak..  B787 tak termasuk dalam planning dia. Political buys ni, baik airline atau tentera , memang tak menguntungkan..

20-Jun-2017 10:48 AM
Malaysia Airlines again adjusts its widebody strategy, to resume long haul growth in 2018
Malaysia Airlines is planning to launch a new long haul route in 2018, using its new A350 fleet. Destinations in continental Europe are under evaluation. London has been Malaysia Airlines’ only destination in Europe since early 2016, when the flag carrier suspended services to Amsterdam and Paris as part of the last phase of its network restructuring project.

Malaysia Airlines plans to use four A350s to replace A380s on its twice daily London service under a recently accelerated schedule which includes transitioning the first London flight in 1Q2018. The other two A350s were initially intended for medium haul routes within Asia Pacific, including Auckland, but are now earmarked for a new not yet decided long haul route.

Malaysia Airlines is also planning to nearly double the size of its passenger widebody fleet over the next few years – from 21 aircraft to 36 aircraft. The lease of approximately 15 additional A330s will enable Malaysia Airlines to upgauge several routes from the 737-800 as it shrinks its narrowbody fleet.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Beza betul posting org yg tahu apa yg dicakap dgn yg main hentam dlm gelita level sembang kedai kopi tunjuk terer tau serba serbi semua mau diulasnya meskipun merapu saja lol
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 11:05 PM | Show all posts
aku dlm aerospace & aviation industry tp tak amik tau hal2 ni ... bleh gitu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm biasa..beli pakai duit rakyat..pass kat kompeni kroni..lps tu paksa GLC sewa..akai umno mudah diteka..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.099855 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list