CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 691|Reply: 7

[Tempatan] ditutup di N9, ucapan tahniah, ditutup di PP, musuhi islam

[Copy link]
Post time 21-9-2017 08:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by dizzzek at 21-9-2017 08:33 AM

tutup tahfiz yg x selamat, dikata musuhi islam
tunggu bila tahfiz ada kecelakaan nanti, dikata angkara khianat dap terhadap islam pula
ini la geng penunggang agama islam

Ugut tutup tahfiz bukti DAP musuhi Islam, kata PAS

GEORGE TOWN, 20 Sept — PAS Pulau Pinang menyifatkan kenyataan seorang exco kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa kerajaan negeri akan menutup maahad tahfiz yang gagal mematuhi aspek keselamatan sebagai ugutan serta cubaan untuk membantutkan pembangunan Islam di negeri ini.

Ketua Penerangan PAS negeri Mohd Yusni Mat Piah berkata gesaan itu jelas tidak akan menyelesaikan masalah sekali gus menjurus ke arah menghapuskan institusi tahfiz di negeri ini.

“Sikapnya itu sangat naif, dangkal dan tidak bertamadun untuk dilakukan pihak yang memegang tanggungjawab dan kuasa pentadbiran kerajaan negeri.

“Malah, menjelaskan kedengkian dan permusuhan terhadap perkara berkaitan Islam yang sering ditunjuk kecenderungan itu oleh DAP selaku teraju kerajaan.
“Sepatutnya beliau bertindak dengan matang dan bijak membantu menangani kekurangan entiti yang telah sedia wujud dan mendatangkan manfaat besar kepada awam seperti menyalurkan dana dan seumpamanya.

“Beliau sendiri mengetahui kebanyakan maahad tahfiz di Pulau Pinang bergerak atas kapasiti persendirian dan mengharapkan sumbangan dana daripada orang ramai bagi membangunkan prasarana dan pengajian mereka.

“Sewajarnya inisiatif itu diperkukuhkan lagi, bukan diranapkan umpama marah nyamuk kelambu dibakar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 15 September lepas, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan tegas terhadap maahad tahfiz di negeri ini yang gagal mematuhi aspek keselamatan, dengan menarik balik kelulusan dan menutup premis mereka.

Abdul Malik berkata pihaknya telah mengarahkan aspek keselamatan di semua maahad tahfiz di negeri itu dipertingkatkan.

Mohd Yusni berkata kemudahan dari segi pengurusan pendaftaran, pembangunan, kebajikan guru dan pelajar perlu dipandang serius dan bantuan kepada maahad tahfiz ini boleh dihulurkan melalui arahan kepada semua jentera kerajaan negeri sebagai sokongan dan kerjasama yang baik terhadap pembangunan institusi berkenaan.

“Bukan bertindak pilih kasih seperti nasib yang pernah dilakukan ke atas Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (Sribu) di Permatang Pauh dan Sekolah Rendah Islam Al-Ansor (Sria) di Balik Pulau yang dinafikan peruntukan sumbangan kepada mereka atas alasan sekolah ini diurus oleh parti politik PAS.

“Tindakan kerajaan negeri tidak memberikan sumbangan kepada Sribu dan Sria ini jelas menunjukkan sikap hipokrasi terhadap sekolah agama rakyat (SAR) dan maahad tahfiz.

“Sepatutnya mereka ini juga berhak menerima sumbangan sebagai rakyat Pulau Pinang dan berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang,” katanya. — Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pulauturtle at 21-9-2017 08:32 AM

Nak terjadi kes kebakaran lagi baru tutup?

Bangang punya PAS, org value nyawa students dia pi provoke tentang agama

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2017 08:34 AM | Show all posts
pulauturtle replied at 21-9-2017 08:30 AM
Nak terjadi kes kebakaran lagi baru tutup?

Bangang punya PAS, org value nyawa students dia pi pro ...

ko ni nk kena luku kot tadi
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Exco tu ada cakap diorang dgn bomba akan bagi bantuan dan masa utk tahfiz tahfiz ni tingkatkan keselamatan dan jika lepas tarikh yg diberi masih jugak gagal baru la tutup

Lobai PAS tak reti membaca ke, setakat tahu nak hembus... mcm yg di FB meroyan Perlis nak tutup tahfiz, lepas mufti letak balik apa yg dia cakap baru tersipu sipu mintak maaf.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 08:53 AM | Show all posts
PAS dan bangang berpisah tiada..dorang lg rela tgk anak2 umur 12 thn mati dlm kebakaran dari tambah baik pusat tahfiz..ujung2 dorang tanya balik 'kelab malam nape tak tutup?'


Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 10:54 AM | Show all posts
kenapa ya skrg ni PAS mkin bangang, dikatakan akan sama level kebdohan nya dgn umngok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2017 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Celaka punya Dap...musuh islam yg nyata
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 11:21 AM | Show all posts
DAP jeles tengok budak kecik Isle mati syahid lah tu.....

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.092238 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list