Barisa pelakon: Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Puteri Aishah, Ariff Aziz, Aishah Azman, Tash Yong, Tunku Hanis, dan Taib Zamannuri
Slot : 13 episod setiap rabu dan khamis 9 mlm
Terbitan : Orangetree Production Sdn Bhd
Pengarah : Nizam Zakaria.
Drama bersiri Raisha mengisahkan seorang gadis materialistik yang bernama Raisha (Diana Danielle). Raisha telah dilahirkan dari keluarga yang serba kesusahan. Ibu bapanya, Samsudin dan Arfah (Rahim Jailani dan Laila Nasir) yang telah berkahwin beberapa tahun, menghadapi kesusahan untuk mendapat zuriat. Namun, setelah berjaya melahirkan Raisha, Arfah ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Tragedi ini memberi impak yang amat dalam kepada Raisha.
Walaupun kehidupan Raisha di kampung serba kekurangan, Samsudin sentiasa memberikan pakaian dan barangan yang elok untuk puterinya itu. Masa berlalu dan Raisha sudah pun meningkat dewasa. Terbiasa dengan sifat ayahnya yang sentiasa menurut kehendaknya, Raisha membesar menjadi seorang yang kuat memberontak apabila permintaannya tidak diturutkan. Oleh itu, Raisha dan Samsudin sering tidak sehaluan dan mereka sering mengadu nasib di kubur Arfah.
Sifat manja Raisha semakin menjadi-menjadi apabila dia mula melanjutkan pelajarannya di sebuah institut pengajian tinggi swasta. Hal ini kerana, kebebasan tanpa pengawasan penuh ayahnya yang sentiasa diidamkan Raisha sudah pun tercapai. Di Kuala Lumpur, Raisha berkenalan dengan pelbagai jenis orang di kolejnya termasuk golongan kaya dan golongan industri fesyen. Berrbekalkan dengan kecantikan Raisha, Raisha sering ditawarkan untuk menjadi peragawati. Bermula dari situ, kehidupan Raisha semakin liar dan mula ke kelab malam dan bekerja sebagai peneman sosial (escort) bersama rakannya Melly. Namun, kebahagiaan yang dirasakan Raisha ketika itu mula berubah apabila kelab malam mereka dikepung pihak berkuasa dan menangkap semua peneman sosial termasuk Raisha dan Melly.
Bagaimanakah kesudahan kehidupan Raisha? Dapatkah Raisha memperbaiki kehidupannya? Saksikan kisah Raisha dalam drama Lestary Raisha setiap hari Rabu dan Khamis bermula 21 September, pada pukul 9 malam.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Author|Post time 21-9-2017 02:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
After drama bersiri disebalik wajah (hypptv) iols seriously fall for dd's acting skill.
This time around, watak dd ada elemen psiko n mental. And yeahhh drama raisha is original screenplay ok!!!
Episode 1 is tonight guys!
Haritu keluar dekat hypp tv ke apa entah kan? I tengok tak habis sebab tak menyempat. DD dalam cerita ni jahat kan cuma akhir dia i tak tengok jahat lg ke tak. I tengok sampai part dia sekolah menengah je.
Author|Post time 21-9-2017 06:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
wati2110 replied at 21-9-2017 06:15 PM
Dah pernah tengok hari tu...tapi memang best ler citer ni wei...
Mmg dah ada kat tonton bbrp bulan lepas... Lama sgt nak tunggu airing kat tv3.. Yg peliknya doran siap boleh ulang drama patahnya sebelah sayap. Tak paham aku..hehe
Post time 25-9-2017 05:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
willow12 replied at 21-9-2017 02:42 PM
After drama bersiri disebalik wajah (hypptv) iols seriously fall for dd's acting skill.
This time ...
Weh sama la. Masuk benang DSW, krg duk upkan psl DD, aku terus layan. Now baru epi 18 ada 12 epi lagi aku kena rempit. Aku pun tgh cari semua cerita lakonan DD, aku nak tgk. Dia mmg pandai berlakon dari dulu ke or bebaru ni aje nampak improvement dia? Aku tak follow DD ni sgt
tengok semalam siap aku rasa nak lempang je si raisha kecik ni...kuang ajo sangat. tapi part lawak, kakak zarina tu lah...sampai ada dialog nak pinjam tepung bagai...