CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6816|Reply: 25

Tragedi Lubang Taik Yang Mengegarkan Negara

[Copy link]
Post time 21-9-2017 09:53 AM | Show all posts |Read mode

*gambar hiasan

Kisah tragis dua beradik yang dibunuh akibat melihat perbuatan yang terkutuk..Akhirnya mereka dibunuh dan disumbat di dalam lubang tandas,bagi menutup pembunuhan yang dilakukan..

Ramai yang tidak mengetahui kisah pembunuhan 2 beradik ini…

MAYAT Azman Wardi, 10, dan adik perempuannya, Saniah, 3, ditemui dalam lubang najis di belakang sebuah rumah di Kampung Muhibbah, Peserai, Batu Pahat, Johor dalam satu insiden pada 1984. Mayat mereka ditemui dalam keadaan reput dan berulat. Dua beradik itu dikatakan dibunuh dengan dicekik hingga mati dan diikat. Mayat mereka kemudian disumbat ke dalam lubang najis untuk mengelak daripada dikesan. Cara pembunuhan dua beradik ini menggambarkan perwatakan pembunuhnya sebagai seorang yang amat kejam. Bagaimanapun jenayah kejam itu terbongkar juga…




FAKTA KES
Tertuduh: Sam Ser Abdul Rahim, 31.
Pekerjaan: Buruh ladang
Asal: Kampung Muhibbah, Perserai, Batu Pahat dan menetap di Kampung Telok Bakung (kira-kira lima kilometer dari kampung kelahirannya).
Tuduhan: Membunuh dua beradik, Azman Wardi, 10, dan Saniah, 3.
Tempat kejadian: Di sebuah rumah di Kampung Muhibbah.
Masa: 9.30 pagi, 30 April 1984.
Hakim Mahkamah Tinggi Muar: Datuk Mohamad Eusoff Chin
Juri: 7 orang
Pendakwa: Timbalan Pendakwaraya Saufee Affandi Mohamad.
Peguambela: GF Nelson.
Tempoh perbicraan: Bermula 17 Januari 1987 dan berlangsung selama 20 hari.
Saksi pendakwa: 16 orang
Saksi utama: Salmah Mohamed Salleh, 26.
Saksi pembela: 4 orang.


PEMANDANGAN Kampung Muhibbah di Peserai, Batu Pahat, tidak ada bezanya dengan kampung lain di Johor, yang penuh dengan suasana ketenangan.

Penduduk bukan setakat saling mengenali, malah ramai yang mempunyai ikatan persaudaraan. Hubungan erat ini menyebabkan ibu bapa biasanya tidak bimbang melepaskan anak-anak bermain sekitar kampung.

Anak-anak pula tahu bahawa mereka mesti pulang sebelum senja menjelang. Jika tidak, berbiratlah belakang badan dirotan atau telinga merah dipulas.

Kejadian jenayah jarang sekali didengar.. Setakat hilang ayam atau itik itu biasalah. Itu pun belum tentu dilakukan oleh manusia. Mungkin juga ular sawa kelaparan punya angkara.

Tanggal 30 April 1984 bagaimanapun mengocak suasana keharmonian itu.

Petang hari yang malang itu bukan lagi petang biasa seperti sebelum ini kepada sepasang suami isteri yang mempunyai lima anak, Wardi Wasis, 48 dan Sukiam Hassan, 42.

Ketika anak-anak jiran sudah berada di rumah, kebimbangan mula menyerang hati mereka kerana dua anak kesayangan, Azman dan Saniah, masih belum muncul-muncul walaupun azan Maghrib sayup kedengaran.

Belum pernah dua beradik itu buat hal untuk pulang lewat seperti petang itu.

Penarik beca, Wardi, akhirnya membuat keputusan membuat laporan polis pada hari itu kerana bimbang ada sesuatu yang tidak kena menimpa kedua-dua anaknya.

Hari-hari berikutnya, Wardi, dibantu sanak saudara dan penduduk kampung berusaha mencari anaknya, tetapi menemui kehampaan.
Kira-kira seminggu kemudian, iaitu pada 7 Mei, Kampung Muhibbah, gempar apabila Azman dan Saniah dijumpai dalam keadaan mengerikan dalam lubang najis di belakang rumah jiran Wardi, Salmah Mohamed Salleh.

Berdasarkan persamaan tali rapia yang digunakan untuk mengikat kanak-kanak malang dan yang dijumpai di rumah Salmah, polis tidak menunggu lama untuk mencari orang yang disyaki.

Salmah ditahan dan keesokan hari pada 8 Mei, seorang buruh ladang di Ayer Bemban dekat Kulai, Sam Ser Abdul Rahim, ditahan di Kampung Teluk Bakung, Batu Pahat.

Dengan penahanan mereka bermulalah pendedahan demi pendedahan menggemparkan bukan saja mengenai pembunuhan itu, tetapi hubungan terlarang antara lelaki bujang, Sam Ser dan isteri orang, Salmah.

Cara dua beradik itu yang dibunuh dengan kejam juga menarik perhatian orang ramai untuk mengikuti perbicaraan Sam Ser yang dituduh membunuh mereka.

Selepas didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, kes Sam Ser dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar pada 17 Januari 1987.
Keghairahan orang ramai untuk mengikuti perbicaraan Sam Ser menyebabkan kes itu dilabelkan sebagai `perbicaraan mayat dalam lubang najis

Di depan Hakim Mohamad Eusoff Chin, Sam Ser dibela oleh GF Nelson, manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwaraya Saufee Affandi Mohamed.

Dalam perbicaraan awal, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Asisten Superintendan (ASP) Abdul Rahman Kamil, menceritakan detik penemuan mayat dua beradik itu.

Sebagai pegawai penyiasat kes itu, Abdul Rahman, berkata dia mengetuai sepasukan polis ke Kampung Muhibbah selepas dimaklumkan penemuan mayat itu kira-kira jam 2.15 petang, 7 Mei 1984.

Katanya, lubang najis itu ditutupi kepingan papan dengan sekeping papan lapis di bahagian atas dan apabila dialihkan, ternampak mayat Azman menghadap ke atas dan adiknya, Saniah, ke bawah.

Kedua-dua mayat itu diikat bersama mulai bahagian perut hingga bahagian leher. Azman memakai seluar panjang warna coklat dan baju lengan panjang, manakala Saniah memakai baju-T warna merah hati dan seluar bercorak bunga.

Yang hanya dapat dilihat pada mayat Azman hanya bahagian tulang belakangnya, manakala bahagian badan lain hilang. Mayat Saniah walaupun lebih reput, tetapi tidak seteruk Azman, katanya.

Abdul Rahman berkata, polis menghadapi masalah untuk memisahkan mayat mereka kerana diikat tali yang kemudian terpaksa dipotong.

Kira-kira jam 6.30 petang, katanya seorang pegawai polis wanita, Inspektor Lee Siew Kee, memeriksa rumah Salmah dan menjumpai empat utas tali.

Katanya, seutas tali dijumpai di alang rumah, dua utas di ruang tamu dan seutas lagi di dapur.

Selepas membandingkan tali yang dijumpai dan tali yang digunakan mengikat mangsa, anggota polis menangkap Salmah pada hari itu juga, diikuti Sam Ser keesokan hari, katanya.

Pada 21 Mei, katanya anggota polis menemui sehelai baju-t di rumah Salmah dan hasil pemeriksaan di Jabatan Kimia di Johor Bahru, menemui kesan beberapa warna.

Oleh kerana baju itu dijumpai di rumah Salmah, katanya polis membuat andaian baju itu milik suaminya, Razali Janis. (Salmah ketika memberi keterangan kemudian memberitahu bahawa baju itu digunakan oleh Sam Ser untuk mengelap kesan darah pada lantai)
Hari keempat adalah giliran Salmah, sebagai saksi pendakwa untuk memberi keterangan menggemparkan apabila dia menuduh Sam Ser, 31, sebagai pembunuh dua beradik itu.

Sam Ser adalah orang yang membunuh Azman dan adiknya, Saniah dan kemudian mencampakkan mayat mereka dalam lubang najis di belakang rumah saya.

Di mahkamah yang penuh sesak, Salmah berkata dua beradik itu masuk ke bilik tidurnya ketika Sam Ser dalam keadaan tidak berpakaian
Pada hari kejadian, katanya Sam Ser datang ke rumahnya kira-kira jam 8 pagi dan selepas berbual seketika, mereka memutuskan untuk melakukan hubungan s***..

Ketika itu, katanya bayinya yang berusia tiga bulan, tidur di ruang tamu, manakala seorang lagi anaknya berusia dua tahun sedang bermain.
Katanya, pintu dan tingkap rumahnya selalunya ditutup untuk mengelakkan rumahnya dimasuki habuk.

Menyedari anak jirannya masuk ke bilik tidur ketika mereka melakukan hubungan terkutuk tersebut, Salmah memberitahu Sam Ser mengenai kehadiran tetamu tidak diundang itu menyebabkan lelaki itu bingkas bangun meluru ke arah Azman.

Katanya, Sam Ser menangkap Azman dan menolaknya jatuh ke lantai lalu mencekik dengan kedua belah tangan kanak-kanak itu yang ternyata tidak mampu melawan.

Sam Ser kemudian meminta beberapa utas tali yang saya ambil dari dapur. Dia mengikat badan Azman dan kemudian meminta beberapa utas tali lagi.

Apabila saya muncul dari dapur, saya lihat Sam Ser mencekik Saniah yang ketika itu terlentang tidak bermaya di lantai, katanya.

Selepas mengikat Saniah, katanya Sam Ser sambil memastikan tiada orang lain nampak, mengheret dua beradik itu ke belakang rumah dan menyumbat mereka ke dalam lubang najis.

Salmah mendakwa Sam Ser memberi amaran akan membunuhnya jika memberitahu orang lain mengenai kejadian itu.

Dia juga memberitahu bahawa jika sesiapa bertanyakan dua beradik itu, saya kena cakap mereka dilarikan dalam sebuah kereta biru, katanya.

Salmah juga memberitahu bahawa dia cuba menghalang Sam Ser mencekik Azman tetapi tidak dipedulikan.

Katanya, Sam Ser memilih lubang najis untuk membuang kanak-kanak kerana sudah biasa dengan persekitaran kawasan rumah itu.

Perbicaraan berakhir apabila mahkamah akhirnya membuatkan keputusan Sam Ser tidak bersalah dan kes itu menjadi misteri hingga ke hari ini.

Sejurus pembebasannya, Samsir ditahan di luar mahkamah untuk didakwa dalam kes pembunuhan yang lain pula.

Kes ini tidak dapat diselesaikan walaupun SALMAH sendiri bertindak sebagai saksi dalam kes ini..Walaupun terpaksa mengaibkan diri sendiri.
Sudahlah dosa berzina dilakukan.Akhirnya memilih untuk membunuh bagi menutup kesalahan sendiri..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 10:07 AM | Show all posts
apa jadah ungkit kes 33 taun lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 10:41 AM | Show all posts
eh, mmg x de ape2 hukuman ke? dua2 terlepas gtu je ke eh?

ade drama kan kisah ni? melissa saila ke sape ntah pelakonnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 12:44 PM | Show all posts
sedihnya kisah ni. gitu je pengakhiran dia...tanya pacit gugel pun x de kisah selanjutnya. agak2 idup lg kot manusia2 yg terlibat. kesian parents...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 02:43 PM | Show all posts
apa perasan dorang ni skrang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
hidop tak lagi penzina dua ekor ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2017 03:42 PM | Show all posts
sebab tu lah jangan hampiri zina...

kalau tak bunuh anak sendiri, anak org pulak dibunuh utk tutup perbuatan terkutuk diorang...

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 05:01 PM | Show all posts
Ingat lagi kisah ni.  Masa sekolah menengah, ada kawan sekolah yang tinggal di kampong berdekatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 05:36 PM | Show all posts
meols tak lahir lagi masa ni tp kes ni sangat menarik untuk di carut
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Uikss. Apa reason melepaskan samser tu? Kan salmah dh bgtau details segala. Sapa org kampung deols ni?  Hidup lg 2 makhluk ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
uish
mak iols pon x kawen lagi masa ni..haha
daaat kam..malaun dua ekor neh hidup.lg ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 10:58 AM | Show all posts
kejam nye...smpai hatii
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 11:57 PM | Show all posts
macam mana sam ser tu boleh terlepas???
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 1984 ni undang2 madih lemah.. Cemana samser tu boleh terlepas..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 10:26 AM | Show all posts
kalu macam tu, masih hidupkah pelaku2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Murung aku baca kes ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2017 03:17 PM | Show all posts
huhuhu....sedihnya, 2 org anak sekali mninggal cara mcm tu

kalau la 2 org tu masih hidup...takkan masih duduk situ kot...mesti kena pulau dgn org kg
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 21-9-2017 09:41 AM
eh, mmg x de ape2 hukuman ke? dua2 terlepas gtu je ke eh?

ade drama kan kisah ni? melissa saila k ...

Apa tajuk drama tu ehh ??.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 02:51 PM | Show all posts
Felycya replied at 27-9-2017 04:54 PM
Apa tajuk drama tu ehh ??.

maaf yunk iols cuba google tp x jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 05:26 PM | Show all posts
rasanya macam dah penah baca.. dlm board MPS. Tragedi pembunuhan menggemparkan Malaysia...kot..
Rasanyalah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.435476 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list