CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2779|Reply: 1

Kolam Emas Raja-Raja Melayu

[Copy link]
Post time 21-9-2017 10:21 AM | Show all posts |Read mode




“…setiap pagi, kami diberitahu, perbendaharaan kerajaan dibawa, seketul jongkong emas dalam bentuk batu-bata, ke hadapan maharaja yang mana untuk dilontarkan ke sebuah tasik berdekatan istana. Ketika maharaja masih hidup, tiada siapa yang berani mengusik jongkong-jongkong emas di dalam tasik itu…”


(Sulaiman 851 Masehi dan dikomentar oleh Abu Zaid Hassan 916 Masehi)

Kesilapan pemikiran kebanyakan orang kita adalah cepat mengecop sesuatu rekod atau riwayat (chronicles) sebagai ‘mitos’ atau ‘dongeng’ tanpa membuat apa-apa penilaian terlebih dahulu. Jika di luar negara, para sarjana dan pengkajinya berfikiran terbuka dan cuba menggali dan mengkaji mana-mana riwayat purba atau rekod-rekod sejarah tentang sesuatu perkara. Kita boleh ambil contoh epik Ramayana dan Mahabbrata atau epik Illiad dan Odyssey. Ini adalah sebahagian dari ‘hikayat’ yang pernah dijadikan panduan ahli arkelogi untuk memecahkan masalah-masalah penyelidikan mereka.


Jika seseorang ahli arkeologi menemui sesuatu artifak atau tapak namun tiada satu pun rekod atau riwayat yang boleh dirujuk tentangnya, akhirnya beliau terpaksa membuat hipotesis sendiri, yang mana dari masa ke semasa hipotesisnya boleh disanggah selepas kajian lanjut ditemukan. Ini pernah terjadi kepada George Cœdès.


Jika kita membaca buku-buku para ahli arkeologi sekalipun, untuk menebalkan tesis-tesis mereka, seringkali dimulakan dengan abstrak atau latarbelakang sejarah sesuatu tempat itu, rekod-rekod, catatan atau riwayat mengenainya, bagi mengukuhkan penemuan arkeologi tersebut. Jika tiada semua itu, pengkaji tersebut terpaksa membuat hipotesis sendiri, bagi menerangkan apakah yang ia temui itu.


Perkara-perkara seperti ini memerlukan sedikit ‘open-minded’ mengenainya. Kita selalu bimbang dan risau masyarakat antarabangsa akan mengetawakan kita kerana ingin mengkaji rekod, riwayat atau hikayat tertentu untuk dijadikan panduan kajian, padahal di luar negara, mereka memulihara manuskrip, meneliti dan mengkaji sesuatu hikayat dan riwayat itu secara profesional dan akademik tanpa rasa rendah diri atau bimbang diketawakan beramai-ramai.


Bahkan di Mesir terdapat bidang Egyptologist yang mengkaji bahasa, budaya, hikayat, kesusasteraan, tulisan dan sebagainya berkenaan Mesir Purba. Dr. Zahi Hawass, seorang ahli arkeologi terkenal Mesir sendiri adalah Egyptologist dan bekerjasama dengan Egyptologist yang lain seperti Otto Schaden untuk menyelidik makam dan artifak di Lembah Raja-raja. Kemahiran Egyptologist diperlukan untuk mengenalpasti mumia yang tersimpan berdasarkan hikayat dan mitos Mesir Purba. Jika hikayat dan riwayat Mesir Purba berada di tempat kita, sudah tentu selamat dicopkan sebagai dongeng semata-mata, tidak sahih dan dijadikan lawak jenaka.


Jika takut diketawakan, kita akan terus berada ditakuk lama. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Ini adalah berita tentang penemuan plat-plat emas di Phattalung (Berdelong), Thailand dua tahun lepas. Jika anda perhatikan, emas-emas itu adalah dinyatakan ‘pre-Sukhotai period’ dan sezaman dengan Wat Phra Mahathat Woramahawihan, yang dibina oleh Raja Sri Dhammasokaraja dalam kira-kira awal abad ke-13 Masehi.


Maka apa yang dinukilkan oleh Abu Zaid Hassan itu kini sedang dibuktikan oleh sejarawan, tentang kolam emas raja-raja Melayu.

link:

1) http://www.bangkokpost.com/learning/learning-from-news/412487/gold-treasure-found-buried-in-farmer-field

2) http://englishnews.thaipbs.or.th/content/43632

~ Srikandi


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2017 03:27 PM | Show all posts
Kayo-kayo...dulu masa budak-budak selalu dgr org cerita emas dalam tempayan yg bergolek2...tp takde sape yg boleh dapat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.192334 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list