CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1155|Reply: 12

[Tempatan] geng aby sayap kerja sekuriti di kl

[Copy link]
Post time 21-9-2017 11:23 AM | Show all posts |Read mode

Pengganas jadi pengawal keselamatan

TUJUH lelaki Filipina yang dipercayai ahli kumpulan Abu Sayyaf ditahan dalam operasi khas Bahagian Counter Terrorisme pada 14 September lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun berkata, tangkapan itu susulan daripada serbuan dilakukan ke atas sel ASG pada 30 Ogos lalu yang merancang untuk melancarkan serangan pada upacara penutupan Sukan Sea ke-29 dan perbarisan Hari Kemerdekaan ke-60.

Menurutnya, tujuh suspek berusia 22 hingga 38 tahun itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di beberapa syarikat swasta di sekitar Kuala Lumpur.

"Seorang yang berusia 22 tahun adalah ahli kumpulan ASG yang pernah terbabit dalam pertempuran dengan tentera Filipina selain kes penculikan di selatan Filipina.

"Semua suspek menyelusup masuk ke Malaysia melalui Sandakan pada September 2015 sebelum berlepas ke Kuala Lumpur dengan dokumen perjalanan palsu," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, sejak awal tahun ini, seramai 41 warga asing yang dikenali sebagai kumpulan pemberontak asing berjaya ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 September 2017 @ 11:12 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 11:36 AM | Show all posts
wahhh...cemana boleh lepas dpt keje dgn sekuriti firm mudah2 ni...

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 11:41 AM | Show all posts
[Tempatan] geng aby sayap kerja sekuriti di kl [Copy link]

tajuk aby ...ingatkan abby abadi
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 11:56 AM | Show all posts
kat malaysia semua blh
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 12:56 PM | Show all posts
babee laaa imigrasen.   apa korang buat sampai musuh menyusup masuk mcm ni.  tak serik ke dgn jenayah yang berlaku.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 01:45 PM | Show all posts
pengganas berjaya menjadi pegawal keselamatan menunjjukan betapa longgarnya sistem tapisan keselamatan negara. tak mustahil juga ada unsuir rasuah. kalau tidak dibendung, tak mustahil boleh menyusup jadi pegawai kerajaan, ahli politik, pegawai polis dan anggota tentera suatu hari nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2017 04:21 PM | Show all posts
bahaya nya, pdhl dorg diantara kite jgak, ntah2 pernah terlanggar bahu je
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la turki tangkap pengganas dia bg option pergi Malaysia, mmg senang nak masuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu yg kes tembak kat muka kerani bank tu bukan geng abu sayap gak ke? Ke indon?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 11:33 PM | Show all posts
Kenapa perlu di tahan? Bukankah mereka mereka orang alim ularmak untuk menegakan Islam di seluruh nusantara?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni imigresen kat airport sabah le tak check betul2. Kalau kat KL mmg dah tak ada check2 ic bagai. Ic siapa le yg dipalsukan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 03:52 AM | Show all posts
bukan x pernah berlaku indon ic palsu sabah sekuriti bank tembak org....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2017 07:33 AM | Show all posts
emasgunung replied at 22-9-2017 12:22 AM
Ni imigresen kat airport sabah le tak check betul2. Kalau kat KL mmg dah tak ada check2 ic bagai. Ic ...

yg kje airport pun geng meka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.076185 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list