CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 665|Reply: 1

[Tempatan] Pru 14 : Rakyat Kuala Ketil Perlukan Orang Beragama Seperti Saya

[Copy link]
Post time 21-9-2017 11:23 AM | Show all posts |Read mode




PRU 14 : Rakyat Kuala Ketil perlukan orang beragama seperti saya  – Bekas Anggota Parlimen Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim sedia bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil, Kedah pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.


Mashitah yang juga Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) berkata sudah tiba masanya kawasan DUN itu diwakili pemimpin wanita yang mempunyai latar belakang agama kerana kawasan itu banyak menempatkan pusat tahfiz dan pondok di Kedah.


“Insya-Allah, sekiranya diberi peluang saya bersedia untuk bertanding di peringkat DUN untuk mencukupkan kuota calon wanita.


Gambar hiasan

“Saya rasa kita perlu ada wanita-wanita profesional…lebih-lebih lagi Kedah mempunyai institusi-institusi agama jadi memerlukan orang yang mempunyai latar belakang agama yang menerajui, supaya rakyat yakin apabila kita bercakap tentang agama,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas menjadi tetamu program Ala Carte Pagi terbitan Bernama Radio di Kuala Lumpur hari ini.


Mashitah yang pernah menang kerusi Parlimen Baling pada 2004 berkata, usaha untuk memartabatkan peranan wanita iaitu menambah kuota calon sebanyak 30 peratus pada PRU14 telah pun disuarakan pada Perhimpunan Agung Umno yang lalu dan sudah tiba masanya ia direalisasikan pada PRU14 nanti.
Sejak 2008, DUN Kuala Ketil dikuasai PAS.– Bernama






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 11:57 AM | Show all posts
beragama la sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.048655 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list