CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 813|Reply: 8

[Tempatan] PM: Malaysia-Indonesia ibarat ‘air dicincang tak akan putus’

[Copy link]
Post time 21-9-2017 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia sentiasa menganggap hubungan 2 hala dengan Indonesia seperti hubungan sebuah keluarga yang diumpamakan “air yang dicincang tak akan putus”, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata walaupun hubungan kedua-dua negara ini mengalami kisah pahit-manis dan suka-duka dalam melakar sejarah negara masing-masing, namun talian persaudaraan yang terbina antara Malaysia-Indonesia semakin hari semakin kukuh.

“Saya yakin hubungan akrab dan positif antara 2 negara berjiran bukan sahaja mampu menjadi semakin mantap bahkan bertambah kukuh melangkaui sempadan diplomatik,” katanya dalam amanat khas yang disiarkan menerusi klip video sempena majlis makan malam sambutan Hari Malaysia dan 60 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-Indonesia malam tadi.

Majlis anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia itu dihadiri lebih 1,000 tetamu termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia Muhajir Effendy, Menteri Komunikasi dan Informatik Indonesia Rudyantara, Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab, duta negara asing dan ahli perniagaan.

Najib berkata menjadi satu kebanggaan bagi Malaysia dan Indonesia kerana kedua-dua negara ini bukan sekadar berjiran malah mempunyai banyak persamaan serta berkongsi budaya dan bahasa yang melambangkan kekayaan bangsa serumpun.

Perdana menteri juga menyeru semua pihak agar terus memelihara dan memperkukuh hubungan akrab yang terbina itu agar mampu melampaui batas kebudayaan yang lazim.

Hubungan yang dibina selama 60 tahun tidak harus dilihat dari aspek hubungan rasmi sahaja malah semua pihak harus berusaha meningkatkannya ke tahap lebih tinggi untuk generasi akan datang, katanya.

Terdahulu itu, Muhajir berkata walaupun hubungan Malaysia-Indonesia mempunyai pasang surut tetapi para pemimpinnya sentiasa mengutamakan kedamaian hidup berjiran.

Slogan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia “Negaraku Sehati Sejiwa” itu perlu diperluaskan di peringkat hubungan antara Malaysia dan Indonesia supaya rakyat di kedua-dua negara juga menjadi hubungan sehati sejiwa, katanya.

Beliau berkata slogan sehati sejiwa itu sangat mendalam maknanya jika ia dapat diperluaskan dalam hubungan rakyat dengan rakyat antara Indonesia dan Malaysia.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, berkata pihak kedutaan sering menganjurkan pelbagai program persahabatan dengan Indonesia kerana mengambil pendekatan “mensejahterakan jiran” dalam mengukuhkan hubungan.

“Acara majlis makan malam yang dianjurkan ternyata mengeratkan lagi hubungan antara rakyat dengan rakyat apabila dimeriahkan dengan persembahan artis Malaysia dan Indonesia yang masing-masing diminati oleh rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata daripada maklum balas yang diterimanya, banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan di Indonesia menyambut baik malah berbangga dengan majlis itu kerana ia dapat mengakrabkan lagi hubungan rakyat dengan rakyat Malaysia dan Indonesia.

Antara artis popular kedua-dua negara yang membuat persembahan pada majlis makan malam itu yang dimeriahkan juga dengan pementasan kebudayaan ialah penyanyi rock Malaysia Amy Search dan penyanyi pop Indonesia Rossa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 12:23 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 21-9-2017 12:23 PM

Adoih. Depa macam makanan. Memula jadi menteri pastu nak claim Tanah melayu depa punya. Cina Dap dah no longer our 'enemy'. Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 01:09 PM | Show all posts
Nenasketum replied at 21-9-2017 01:04 PM
Adoih. Depa macam makanan. Memula jadi menteri pastu nak claim Tanah melayu depa punya. Cina Dap d ...

adat la tu....puak yindong smua jaguh klaim...klaim itu budaya yindong...bukan begitu @pyropura @Peterpan17 ???
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 01:19 PM | Show all posts
kentel replied at 21-9-2017 01:09 PM
adat la tu....puak yindong smua jaguh klaim...klaim itu budaya yindong...bukan begitu @pyropura @P ...

Indon nak claim sgt?? Boleh claim sekali pak jahid dgn pak najib. Angkut bawa blk ke indon.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 02:18 PM | Show all posts
Hahaha .. Apalagi yang hendak dilakukan imam besar suci mulia perkasa dan khalifah kita Najib Al Razaki ini ... setelah jilat-jilat Trump .. sekarang nak  show pula  .. betapa Indon pprt  telah takluk sepenuhnya kepada Malaysia .. .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2017 02:18 PM | Show all posts
Hahaha .. Apalagi yang hendak dilakukan imam besar suci mulia perkasa dan khalifah kita Najib Al Razaki ini ... setelah jilat-jilat Trump .. sekarang nak  show pula  .. betapa Indon pprt  telah takluk sepenuhnya kepada Malaysia .. .
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 21-9-2017 01:04 PM
Adoih. Depa macam makanan. Memula jadi menteri pastu nak claim Tanah melayu depa punya. Cina Dap d ...

Kheennn .... ntah kenapa kita masih anggap depa tu baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 03:48 PM | Show all posts
pyropura replied at 21-9-2017 03:33 PM
Kheennn .... ntah kenapa kita masih anggap depa tu baik

itu cuma bahasa diplomatis...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.065622 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list