CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Baru Sekolah Rendah Dah Hadiahkan Kekasih Bonia, Mana Dapat Duit Tu Dik?

  [Copy link]
Post time 23-9-2017 06:50 PM | Show all posts
Andartu  forum pun  selamba saja dgn status andartu tu.....


ini skeolah rendah ada hati beri mcm2..


Jika cinta itu benar , takdir itu jelas , xperlu beri mcm2...cinta pasti datang juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2017 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan si hana yg dapat hadiah beg bonia daa
afik yg dapat hadiah paper bag bonia dr hana yg dalamnya ada cis bun & kek batik
gigih ko kan dekkkkk bake pastries untuk afiq
orang tua tua kata, cara yg paling berkesan untuk pikat lelaki ialah melalui perutnya
so this perhaps her first move to 'tame' her prince charming
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu le mulut longkang,  merangkak le
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 09:51 PM | Show all posts
nah ambik ni hahahaha

“Mohon Maaf Secara Terbuka, Jika Tidak...”

PETALING JAYA: Ibu pelajar perempuan yang tampil menjelaskan hal sebenar di sebalik kisah tular mengaitkan dua rakan sekolah mengenai hadiah beg tangan mewah baru-baru ini sedikit sebanyak telah meredakan suasana.

Kini, telah diketahui kisah mengenai kedua-kedua pelajar itu yang dikenali sebagai Afiq dan Hana yang tular di media sosial itu adalah fitnah semata-mata.

Penjelasan ibu Hana merungkaikan sebenarnya tiada hadiah beg tangan berjenama yang diterima anaknya, sebaliknya beg kertas jenama berkenaan seperti di dalam gambar yang tular hanya mengandungi kek batik dan roti keju sempena sambutan ulang tahun Afiq.

Gambar beg tangan berjenama yang turut dikaitkan hanyalah tindakan yang digembar-gemburkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.


Luahan Rohayu mengenai anaknya di laman sosial pada Sabtu.
Terkini, mStar Online telah mendapatkan komen ibu kepada pelajar lelaki yang tampil bersuara bagi membersihkan nama anaknya yang dikecam teruk netizen akibat penyebaran fitnah tersebut.

Rohayu Abdul Rahman, 38, menegaskan bahawa dia sekeluarga berang dan kesal di atas fitnah tersebut yang menjejaskan nama baik mereka.

Sehubungan itu, ibu kepada pelajar Tingkatan Tiga terbabit menggesa penyebar fitnah membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya menggesa semua pihak yang menyebarkan fitnah di media sosial membuat permohonaan maaf secara terbuka dan memadamkan ‘posting’ fitnah itu, serta-merta.

“Jika tidak, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis kerana menyebarkan fitnah dan dakwaan tidak berasas,” katanya kepada portal ini pada Ahad.


(Gambar kiri) Antara dakwaan mengenai Afiq dan Hana. (Gambar kiri) Penjelasan pasangan kembar Hana iaitu Hani mengenai perkara sebenar.
Pada Sabtu, portal berita ini melaporkan penjelasan ibu Hana di laman sosial bahawa kedua-dua pelajar itu sekadar berkawan baik dan hari ulang tahun Afiq tidak disambut secara berdua-duaan tetapi beramai-ramai.

Artikel berkaitan: Terima Hadiah Beg Tangan Fitnah - Ibu Pelajar Perempuan

Rohayu berkata, dakwaan tersebut bukan sahaja memalukan mereka sekeluarga bahkan menyebabkan anak keduanya daripada tiga beradik itu tertekan dan trauma.

Eksekutif Akauntan itu mendedahkan bahawa Afiq pernah menangis dan enggan pergi ke sekolah kerana menjadi mangsa buli siber.

“Tapi kami memujuk Afiq untuk pergi ke sekolah dan memberikan banyak sokongan kepadanya. Bagaimanapun, Afiq masih trauma untuk berada di luar,” katanya.


Kenyataan ibu Hana di laman sosial pada Jumaat dan Sabtu.
Menurut Rohayu, dia sebelum ini pernah berhasrat untuk membuat laporan polis tetapi disarankan pihak keluarga supaya menunggu sehingga keadaan kembali reda.

Bagaimanapun kisah tular membabitkan anaknya semakin buruk sehingga menimbulkan pelbagai kecaman dan spekulasi negatif.

Sebagai ibu, dia perlu bertegas bagi membersihkan nama anaknya yang tercalar akibat tindakan individu-individu tidak bertanggungjawab.

“Tuntutan permohonan maaf secara terbuka termasuk memadamkan semua ‘posting’ berunsutkan fitnah itu adalah sebagai pengajaran kepada semua.

“Hari ni, ia berlaku kepada anak saya, Afiq dan Hana. Jadi, saya tidak mahu isu membuat dakwaan tanpa usul periksa dan siber buli ini berleluasa,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.. klaka gler budak2 nie
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh..pulakk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2017 09:26 AM | Show all posts
Edited by zueazza at 25-9-2017 09:34 AM

kelassss budak zaman sekarang. zaman ahkak dulu bagi kad jer kat "kawan baik" ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 09:36 AM | Show all posts
err statement dari mak pulak. alamak. tersilap komen la gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2017 10:34 AM | Show all posts
siapa la yang rajin buat fitnah kat budak kecik macam ni?

aigooo...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
C hana tu y cri pasal dulu duk post pelik2 (rujuk first page y post hana tu psl jodoh whatsoever tu) maybe ada y jelek dgn posting tu y reka citer tu.. (kwn y gtaw,sy cme tulis je kt cni..hehe) baru form1 da mcm ni..pengaruh akasia sgt ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 12:23 PM | Show all posts
motip post gambar bedua siap kapsyen sweet2 bagai..mmg mengundang hencapan jek dik..sbb tu jadi perempuan ni, byk nk kena jaga dik..benda2 yg boleh menimbulkan fitnah baik xyah nk post2..kalau org salah faham, jgn nk salahkan org lain..cermin diri sendiri..omaknya pun boleh pulak back up anak..suruh jekla anak tu tutup akaun tu mcik..suruh dia belajar pandai2 smpai habis sekolah..konon nk nasihat org..spender pun mak belikan lagi..cait..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2017 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah yg penting both parents tahu n pantau kan.. nanti kalau derang join puak lgbt lagi korang kecam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.062785 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list