CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4373|Reply: 22

Emma Maembong: Tak Perlu Tunang, Kahwin Terus

  [Copy link]
Post time 21-9-2017 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Emma Maembong: Tak Perlu Tunang, Kahwin Terus
Oleh RTKY Staff
21 Sep 2017, 09:09AM



Mungkin acap kali pelakon Emma Maembong sering diajukan soalan-soalan seperti bilakah dia mahu mengakhiri zaman bujang, bila nak kahwin, atau bila nak bertunang. Bagaimanapun pelakon yang semakin matang ini tidak pernah melatah malah menjawabnya dengan tenang.

“Soal jodoh saya sangat tak berani sebab pernah tercakap open, end up tak jadi dan orang kata itulah beria sangat, soal jodoh ini biar Allah tentukan,” katanya yang ditemui di Majlis Pelancaran My Sketchbook Shawl by Emma Maembong.

Walaupun sebelum ini pernah mengalami pengalaman bercinta, Emma Maembong mahupun Kamal Adli tidak berasa fobia untuk bercinta malah pengalaman lepas dijadikan sebagai satu pengajaran supaya pengalaman lepas tidak berulang kembali.

“Tak ada fobia pun kisah lalu, macam Kamal cakap i’m still young gunakan sebaik mungkin tak payah nak kawal-kawal dia atau dia kawal saya. Nak berlakon dengan sesiapa, dia nak buat apa saya akan sentiasa sokong.


Begitu juga dengan saya. Kita sama-sama sokong tak kisah walaupun kami bercinta atau tak, apa yang dia buat saya akan sokong, bukan disebabkan kerana bercinta je saya sokong dia, macam hari ini dia datang jadi emcee untuk majlis saya,” ujarnya lagi.

Emma juga tidak mahu mengadakan majlis pertunangan kerana baginya majlis pertunangan adalah bagi mereka yang mahu mengenali antara satu sama lain sedangkan dia telah mengenali pasangannya itu beberapa tahun lepas.

“Saya tak nak tunang, tunang ini sebenarnya zaman-zaman dulu yang tak ada telefon kononnya pertunangan ini untuk mengenali antara satu sama lain, tetapi zaman sekarang ini dah boleh ‘face time’, call semua itu. Tak payah tunang rasanya nikah sahaja terus, sebab tunang ni nak kenal pasangan, tapi kalau dah kenal dia 3 tahun, you nak tunang apa lagi. Nikah sahaja terus, kenapa nak tambah lagi setahun untuk tunang dan berkenalan sedangkan you dah kenal,” katanya yang tidak akan berahsia sekiranya mahu berkahwin kelak.

Dalam pada itu, di Majlis pelancaran My Sketchbook Shawl by Emma Maembong anda boleh mendapatkan kesemua koleksi tersebut dengan harga bermula dari RM55 sehingga RM99. Buat pengetahuan anda juga, kesemua koleksi tudung yang dijualnya adalah hasil lukisan tangan Emma Maembong sendiri. (rtky/h)
sumber: Rotikaya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 02:33 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 02:35 PM | Show all posts
bagus emma...so bila tarikhnya?

btw, xde ke gmbr shawl2 dia tu? emma ni pandai lukis
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 02:41 PM | Show all posts
ha'ah, kan dedulu susah nak face time, susah nak celop. sekarang, fuhhhh #jgnmengata
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 02:45 PM | Show all posts
Aku tak pernah berminat nak beli produk retis tp aku tertarik dgn shawl Fatimah ni. Aku appreciate org yg pandai lukis2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 03:28 PM | Show all posts
Sheols masih dengan Kamal eh? I ingatkan dah putuih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2017 03:29 PM | Show all posts
Semoga berjodohan lah berdua ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 04:11 PM | Show all posts
Bgs jgk x pyh nak tunang2.. Blh simpan duit utk kawin trus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
buat emma.. mohon paten kan tudung chuolss.. ramai pencuri skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kamal deli ni mmg sejenis tak ready nk berkahwin kah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada je org yg fobia komitmen.. semoga berjodohan lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik drawing dia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus begitu
jimat masa
jimat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kamal deli ni cam lambat je nak proceed kawen..tapi x pe la.. Emma muda lagi..jangan sampai jadi masa kamal dengan intan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 06:31 PM | Show all posts
so...bila nk langsung nya.....lma dh dok tgk....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 07:09 PM | Show all posts
kalau dah cinta sama cinta.... nikah je lahhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 08:11 PM | Show all posts
kahwin dgn org kaya yg hensem ,tinggi


baru puashati.

didunia kahwin dgn org hensem ,kaya ,tinggi di akhirat kahwin dgn bidadara pula.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramainya artis nak jual tudung. Semoga sukses ok
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 11:00 PM | Show all posts
betul tu dik emma
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla dik emma lukis sendiri shawl dia, baru ada kelainan sikit. Ni lebih kurang sama je iols tengok shawl retis-retis ni, lain brand jah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.079316 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list