CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2561|Reply: 0

16 Fakta Menarik Mengenai Bill Gates. Manusia Paling Kaya di Dunia.

[Copy link]
Post time 21-9-2017 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by anees~nuhara at 21-9-2017 03:04 PM



Ketika dan saat ini, manusia terkaya di atas muka bumi dari segi harta benda adalah saudara Bill Gates. Beliau merupakan pengasas bersama syarikat gergasi Microsoft Corporation yang ditubuhkan pada tahun 1975 bersama rakannya, Paul Allen.

1. Gaji yang tak masuk akal

Syarikat gergasi Microsoft antara syarikat yang paling berjaya di atas muka bumi. Dan kerana terlalu berjaya, gaji Bill Gates mencecah RM48.4 billion setahun (2013), iaitu sebanyak RM1,624 setiap saat.
Jadi kalau Bill Gates ternampak duit USD100 atas jalan, adalah menjadi pelaburan yang merugikan kalau beliau mengutip duit tersebut, kerana setiap saat beliau memperoleh 4 kali ganda nilai itu.

2. Seorang ulat buku

Menurut Bill Gates, membaca adalah cara untuk beliau menambahkan pengetahuan, dan menguji pemahamannya. Beliau membaca 50 buah buku setahun.

3. Baca seluruh siri World Book Encyclopedia

Minat terhadap membaca bermula sejak kecil. Ketika remaja, Bill Gates membaca keseluruhan siri buku "World Book Encyclopedia".

4. Bakat komputer sejak kecil

Ketika berusia 13 tahun dan bersekolah di sekolah persedian Lakeside, Bill Gates menulis program komputernya yang pertama menggunakan komputer General Electric (GE). Ia merupakan permainan seperti tic-tac-toe yang anda boleh bermain menentang komputer.

5. Akal licik

Selepas pihak sekolah mendapat tahu kebolehan komputer Bill Gates, beliau diberikan tugas untuk menulis program komputer bagi menyusun pelajar-pelajar dalam kelas.
Beliau sangat licik dan mengubah kod yang ditulis supaya beliau ditempatkan di dalam kelas yang penuh dengan pelajar perempuan yang comel.

6. Markah SAT sangat mengagumkan

Bagi mereka yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat kolej atau universiti di Amerika Syarikat, mereka harus menduduki ujian SAT. Markah penuh bagi SAT adalah 1600, dan Bill Gates memperoleh 1590.
Markah SAT untuk diterima masuk ke Universiti Hardvard adalah 1540.

7. Berhenti dari universiti

Seperti banyak usahawan teknologi lain yang berjaya, Bill Gates juga merupakan seorang yang tidak menghabiskan pelajaran di universiti. Pada tahun 1975, beliau meninggalkan Universiti Harvard untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada Microsoft.

8. Kesalahan jalanraya

Walaupu genius, Bill Gates juga seperti manusia biasa. Pada tahun 1977, 2 tahun selepas berhenti belajar, beliau ditahan di New Mexico atas kesalahan memandu tanpa lesen dan melanggar lampu merah. Boleh tahan juga Bill Gates ya!

9. Hafal nombor plat pekerja

Bill Gates menghafal nombor plat kenderaan pekerjanya untuk memantau aktiviti mereka. Namun setelah syarikatnya semakin membesar, beliau tidak lagi mampu melakukannya.

10. Jika Microsoft gagal....

Menurut Bill Gates, jika syarikat Microsoft tidak berjaya, beliau akan mengkaji dan menyelidik mengenai Artificial Intelligence (AI).

11. Muzik kegemaran

Walaupun sentiasa sibuk dengan hal-hal kerja, Bill Gates masih sempat mendengar muzik. Kumpulan muzik kegemarannya adalah Weezer, dan juga U2.

12. Penyesalan terbesar

Bahasa asing adalah satu kemahiran yang sangat berguna. Dan bagi Bill Gates, beliau tidak tahu apa-apa bahasa selain Bahasa Inggeris. Dan menurutnya, ia adalah penyesalan yang paling besar dalam hidupnya setakat ini.

13. Naik pesawat seperti orang biasa

Walaupun tersangat kaya, namun Bill Gates dahulunya menaiki kapal terbang seperti orang biasa. Menurut Brad Silverberg, ketika beliau baru menyertai Microsoft pada 1990, ketika itu Microsoft sudah menjadi syarikat yang berjaya. Namun polisi syarikat adalah semua orang harus menaiki pesawat biasa.
Termasuklah Bill Gates, yang duduk di tempat duduk tengah, sambil membaca buku, seperti tak ada apa-apa berlaku. Namun kini Bill Gates menggunakan pesawat yang dibelinya pada tahun 1997, yang beliau anggap sebagai "belanja besar".

14. Sangat dermawan

Bukan sahaja kaya, tapi dermawan. Bill Gates terkenal dengan sifat dermawannya dengan menubuhkan Bill & Melinda Gates Foundation yang dilancarkan pada tahun 2000. Tujuan penubuhannya adalah menghapuskan kemiskinan, penjagaan kesihatan dan juga pendidikan. Bagi sudut kesihatan, yayasan ini fokus kepada penyakit maut seperti malaria dan polio.
Bill Gates juga melakukan kerja meyakinkan billionaire-billionaire yang lain supaya menandatangani "Giving Pledge", iaitu perjanjian untuk menderma majoriti daripada kekayaan mereka untuk digunakan dalam kerja amal. Sehingga kini, terdapat 158 ahli yang menyertai ikrar ini, dengan jumlah terkumpul sebanyak RM1.536 trillion.
Antara nama terkenal yang menyertai ikrar ini termasuklah Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan, Mark Zuckerberg, Warren Buffet, Michael Bloomberg, Paul Allen, Elon Musk dan Richard Branson.

15. Tidak suka membazir

Dengan kekayaan yang dimilikinya, hampir semua benda di dunia ini mampu dibeli oleh Bill Gates. Namun, ia tidak berlaku. Menurut Bill Gates, beliau tidak pernah menginginkan kereta-kereta baru, atau perkara materialistik.
"Tapi saya beli banyak buku," jelas beliau. "Disebalik kekayaan dan kebanggaan ini, berapa banyak makanan sangat yang anda boleh makan, dan berapa banyak baju yang anda boleh pakai?," tambahnya lagi.

16. Sangat bijak mengajar anak-anak

Bill Gates tidak memberikan anak-anaknya telefon pintar sehingga umur 14 tahun. Selain itu, beliau sangat benci untuk membesar dengan mengharapkan mewarisi kekayaan yang sangat banyak.
"Orang akan melayan dengan pelik sekali. Saya akan berasa sangat janggal, dan tak bersemangat," kata beliau. Beliau juga memberitahu anak-anaknya akan diberikan wang simpanan, namun tidaklah begitu banyak.
Menurut Bill Gates, meninggalkan wang yang terlalu banyak kepada anak-anak tidak akan membantu, malah akan memanjakan lantas merosakkan mereka. Ketiga-tiga anak beliau hanya akan diberikan USD10 juta (RM42 juta) setiap seorang. Walaupun nilai itu banyak bagi kita, namun ia tidaklah seberapa dan hanya 0.15% daripada kekayaan beliau iaitu RM362 billion.Ketiga-tiga anak beliau hanya akan diberikan USD10 juta (RM42 juta) setiap seorang. Walaupun nilai itu banyak bagi kita, namun ia tidaklah seberapa dan hanya 0.15% daripada kekayaan beliau iaitu RM362 billion.


Selebihnya akan diberikan kepada Bill & Melinda Gates Foundation.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.053746 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list