CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1261|Reply: 12

[Tempatan] ‘Saya bagaikan hilang arah’ - Chong Wei ( Lin Dan terkandas, LCW mara)

[Copy link]
Post time 21-9-2017 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by changa=famri7 at 23-9-2017 08:29 AM


KUALA LUMPUR 20 Sept. - Sebulan selepas dikejutkan Brice Leverdez dalam aksi pembukaan Kejohanan Dunia di Glasgow, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berdepan situasi hampir sama apabila kembali ke gelanggang dalam Siri Super Terbuka Jepun di Tokyo, hari ini.

Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu dipaksa be-kerja keras dalam pertarungan tiga set hampir sejam sebelum mengetepikan pemain tidak ternama Hong Kong, Vincent Wong 21-15, 16-21, 21-17.



Sejurus tamat perlawanan, Chong Wei mengakui, kekalahan 19-21, 24-22, 17-21 kepada Leverdez pada 22 Ogos lalu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepadanya.
“Hari ini saya tidak bermain bagus. Selepas tamat Kejohanan Dunia saya bagaikan hilang arah, hilang keyakinan.
“Sejujurnya, hari ini saya main tanpa keyakinan, terlalu berhati-hati dan melakukan ba-nyak kesilapan.
“Harap selepas kemenangan pertama ini (selepas aksi terakhir di Glasgow) saya dapat lakukan yang lebih baik esok dan pulihkan semangat,” kata Chong Wei ketika dihubungi Utusan Malaysia.


Kemenangan yang cukup mendebarkan itu membolehkan Chong Wei terus berada di landasan untuk mempertahankan kejuaraan dan memburu gelaran ketujuhnya di Jepun.
Chong Wei, 35, kini bakal berdepan Tommy Sugiarto dari Indonesia yang mara selepas menewaskan Qiao Bin dari China 21-17,21-15.


Berdasarkan rekod, Chong Wei memiliki kelebihan kerana menang kesemua 15 pertemuan mereka sebelum ini, namun memilih untuk tidak terlalu yakin.


Turut meneruskan kemaraan ke pusingan kedua ialah beregu lelaki, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang mengetepikan pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Pakin Kuna Anuvit 21-17, 18-21, 21-15.


Pemenang pingat perak Sukan SEA, Sonia Cheah juga cemerlang mara ke pusingan kedua hasil kemenangan ke atas Lee Chia Hsin dari Taiwan 21-13, 21-18.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian chong wei.. mungkin chong wei patut bersara jah.. stress gile
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 04:03 PM | Show all posts
kasi sara la latuk..alaun sula masuk mulan2 maaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
It's high time dia bersara. He's done enough. Baik dia resign while he's still celebrated.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Semangat dan nafsu main saja tidak cukup....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa wey..bukan coach kesayangan dah kembali dgn dia balik?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2017 05:31 PM | Show all posts
bersara jela...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 05:44 PM | Show all posts
Dan sampai masa dah tuh Chong Wei....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 06:58 PM | Show all posts
Ada eloknya dia memikirkan semula untuk bersara semasa nama masih diatas
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukan badminton tu sendiri dah hilang arah di pentas dunia, jadi permainan umah kepam berkerak macam indon ajah
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ala pakai jer kompas.. boleh downlod apps kat google play..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2017 08:30 AM | Show all posts


PEMAIN nombor satu dunia, Son Wan-Ho menyingkirkan Lin Dan di pentas suku akhir, kejohanan badminton Terbuka Jepun, sebentar tadi. - Foto AFP








Wan-Ho tumbangkan Lin Dan di Terbuka Jepun

Share


Tweet


Share




TOKYO: Pemain nombor satu dunia, Son Wan-Ho menyingkirkan juara Olimpik tiga kali, Lin Dan dari China di pentas suku akhir, kejohanan badminton Terbuka Jepun, sebentar tadi.

Juara dunia wanita yang baru dinobatkan, Nozomi Okuhara juga melangkah ke pusingan separuh akhir yang dijadualkan esok.

Son - dari Korea Selatan mengenepikan cabaran legenda China dalam pertarungan hebat dengan keputusan 21-15, 21-15, dan bakal berdepan juara dunia, Viktor Axelsen dari Denmark di peringkat kelompok empat terbaik.

Axelsen, yang menumpaskan Lin Dan untuk merangkul gelaran juara dunia di Glasgow bulan lalu, mengenepikan cabaran pemain India, Kidambi Srikanth 21-17, 21-17 di saingan suku akhir.

Juara bertahan, Datuk Lee Chong Wei turut mara ke separuh akhir selepas mengenepikan pemain pilihan keempat dari Taiwan, Chou Tien-chen dalam pertarungan tiga set, 21-11, 15-21, 21-19.

Chong Wei, yang memenangi Terbuka Jepun sebanyak enam kali akan berdepan Shi Yuqi selepas pemain China ini menewaskan pemain pilihan kedua, HS Prannoy dari India, 21-15, 21-14.







Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
jetrofa replied at 21-9-2017 11:04 PM
ala pakai jer kompas.. boleh downlod apps kat google play..

Lucu ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 1.019299 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list