CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

[Tempatan] berita terpencil 2017: hak orang asli dinafikan bumiputera umno

[Copy link]
Post time 21-9-2017 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dizzzek at 21-9-2017 07:13 PM

hmm...bumiputera asal dibuli...
sabar ya orang asli, nanti dekat pru nanti...gula2 akan diberikan oleh bumiputera umno kpd anda...

MEREKA mungkin hanya 2% daripada pengundi di Perak, namun kira-kira 20,000 Orang Asli meninggalkan Umno untuk menyertai parti lain dalam Barisan Nasional dan memberi amaran sekiranya hak tanah mereka dinafikan, mereka tidak teragak-agak untuk meninggalkan parti memerintah pada pilihan raya umum akan datang.

Masyarakat Orang Asli itu memilih untuk menyertai United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko), sebuah parti dari Sabah.

Mereka kini membentuk empat bahagian Upko di Perak iaitu Tapah, Parit, Tanjung Malim dan Kapar dengan dipimpin oleh Suki Mee yang juga Pengerusi Yayasan Orang Asli Perak.

"Kami tidak semestinya mengundi BN walaupun berada dalam salah satu parti BN. Kami akan membantu kempen tetapi akan mengundi mengikut sentimen ketika itu.

"Kamu tentu tahu apa keaadan orang Asli di Semenanjung dan apa yang Umno dan BN telah buat kepada kami," kata Anjang Sadong, ketua Upko bahagian Parit kepada The Malaysian Insight.

Kecewa dengan Umno telah menyebabkan mereka tinggalkan parti itu dan menyertai Upko dan menyokong pemimpinnya ketika itu Bernard Dompok kerana yakin parti dari Sabah itu boleh membantu mereka terutama dalam isu tanah.

Kini Upko mempunyai 3,600 ahli yang terdiri dari Orang Asli di Perak sejak ia mula bertapak di negeri itu pada tahun 2012.

Sebelum ini, kebanyakan mereka adalah ahli Umno.

"Kami tidak marahkan Umno tetapi kami kecewa. Kecewa kerana mereka tidak memperjuangkan nasib kami walaupun kami ahli mereka," kata Anjang yang kini juga mula melayan permintaan Orang Asli di Pahang untuk menyertai Upko.

Menurut Anjang, negeri Selangor adalah paling berjaya dalam menguruskan isu tanah di kalangan Orang Asli.

"Di Selangor, 80% isu tanah Orang Asli telah berjaya diselesaikan. Semuanya bergantung kepada menteri besar," katanya.

Di Perak, katanya, ketika Pakatan Rakyat memerintah negeri itu selama 11 bulan, 120 ekar tanah Orang Asli telah diberikan geran di Tanjung Malim.

Menurut Suki Mee yang merupakan Pengerusi Perhubungan Upko Perak, tanah itu diperolehi mereka selepas kerajaan negeri menerima permohonan mereka untuk mendapatkan geran ke atas tanah yang mereka duduki sejak beberapa keturunan lalu.

Ia telah disahkan oleh bekas menteri besar Perak ketika itu, Mohamad Nizar Jamaludin yang berkata, ketika itu kerajaan negeri telah membentuk satu portfolio khas dengan seorang pegawai dilantik untuk menguruskan hal ehwal Orang Asli.

"Tetapi selepas BN mengambil alih semula Perak, permohonan kami telah dibiarkan begitu sahaja," kata Anjang yang memberitahu kawasan beliau sendiri di Parit tidak sempat diproses oleh kerajaan negeri selepas kerajaan Pakatan Rakyat jatuh pada tahun 2009.

Beliau menjelaskan, presiden Upko sekarang, Madius Tangau telah berusaha untuk menyelesaikan isu ini tetapi belum berjaya sehingga kini.

Katanya, Tangau telah melawat kampung-kampung Orang Asli di Perak dan juga berbincang dengan kerajaan negeri bagi membantu mereka tetapi belum berjaya sehingga kini.

Anjang masih berharap, dengan bersama sebuah parti dari BN yang memerintah negara dan negeri, perjuangan mereka untuk mendapatkan hak akan dipertimbangkan.– 25 Ogos, 2017.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.058764 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list