Edited by changa=famri7 at 24-9-2017 10:08 PM
KIM Jong-Un menyifatkan Donald Trump menghadapi 'masalah mental'. - Foto AFP
Trump 'sakit mental': Jong-Un
SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, hari ini menyifatkan Donald Trump menghadapi 'masalah mental' dan memberi amaran akan membuatkan Presiden Amerika Syarikat itu 'membayar harga tinggi' kerana mengancam memusnahkan negaranya.
"Saya akan membuatkan beliau membayar harga tinggi kerana ucapannya menggesa kemusnahan sepenuhnya Korea Utara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," Kim dipetik sebagai berkata oleh agensi berita KCNA. - AFP
|