|
Edited by dizzzek at 22-9-2017 08:18 AM
fuh, ada cina sekor...
25 geng Goyang Yuk dituduh
SEBERANG PERAI – Seramai 25 remaja berusia antara 15 hingga 26 tahun dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret berasingan di sini semalam dengan masing-masing tiga dan empat pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan dalam satu pesta dadah di Pangsapuri Kelisa, Perai, minggu lalu.
Tertuduh, Mohamad Akmal Shamsudin, 22, Muhammad Zulhaili Zafrullah Zulkifli, 21, Mohammad Shaqirin Sa'aban, 20, Luqman Hakim Fakrurazi, 19, Sa'adon Din, 26, Tan Ming Lhek, 20, Nur Fithriyaani Ishak, 21, Dayang Sharmilly Zlkitlee, 20, dan Noor Elyya Natasha Md. Norizan, 18 serta lapan tertuduh di bawah umur mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd. Manap.
Sembilan lagi tertuduh iaitu Muhammad Firdaus Rosley, 18, Amzar Fahim Rosli, 22, Mohamad Azri Hisyam Mohd. Ariff, 21, Aniq Ishraf Hafey Mohamad Zuki, 19, Mohamad Lokman Imran Selamat, 18, Nur Atiqah Zulkifli, 23, Siti Aishah Amiril Hamzah, 18, dan Nurul Shuhada Adnan, 18, pula mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Dianne Ningrad Nor Azahar.
Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, tertuduh didakwa memasukkan dadah ke dalam badan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda, Bukit Mertajam antara pukul 2 hingga 3 petang pada 17 September lalu.
|
|