CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Tempatan] kelantanistan haramkan makyong

[Copy link]
Post time 22-9-2017 10:15 AM | Show all posts |Read mode
lagi 100thun, apa melayu ada? semuanya budaya padang pasir je la


UNESCO gesa kerajaan Kelantan tarik balik larangan persembahan Mak Yong

22/09/2017 9:11am


KUALA LUMPUR - Kerajaan Kelantan digesa menarik balik larangan persembahan tarian Mak Yong dan lain-lain bentuk seni tradisional Melayu secara terbuka.

Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dalam bidang hak budaya, Karima Bennoune berkata budaya ini yang kaya dengan tradisis sebaliknya perlu dirai dan dihargai kerana ia adalah satu seni pentas yang tertua di dunia.

Beliau berkata langkah-langkah juga perlu diambil bagi meningkatkan kefahaman dan penjelasan tentang maksud amalan-amalan ini, dan sejarahnya yang panjang di Malaysia untuk mengatasi pandangan prejudis mengenainya.

"Oleh kerana Kelantan kaya dengan tradisi seni, sekatan ke atas bentuk seni tradisional yang lain seperti wayang kulit, main puteri dan dikir barat juga perlu ditarik balik. Rakyat harus menikmati persembahannya dan menghargai budaya asli ini yang telah wujud selama berabad-abad," kata beliau pada sidang media mengenai hak-hak budaya Malaysia di sini semalam.

Mak Yong merupakan salah satu persembahan seni tradisi tertua Kelantan dan ia telah diiktiraf sebagai warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

Sidang media itu diadakan untuk membentangkan dapatan awal Bennoune hasil lawatannya selama 11 hari ke Malaysia yang berakhir hari ini dan menilai usaha untuk melaksanakan hak-hak budaya terutama hak rakyat untuk mengambil bahagian dalam kehidupan budaya tanpa diskriminasi.

Bennoune yang berada di negara ini atas jemputan kerajaan Malaysia, diberi mandat oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk pemantauan, mengkaji semula, dan memberi nasihat tentang hak-hak budaya di semua negara.

Sementara itu, Bennoune menarik perhatian tentang perlunya menyemak dan menjelaskan kriteria untuk penapisan buku dan filem serta menjadikan proses membuat keputusan lebih telus bagi menjamin hak kebudayaan termasuk kebebasan persembahan seni di negara ini.

"Istilah seperti kontroversi atau sensitif adalah terlalu subjektif untuk mematuhi standard antarabangsa mengenai kebebasan bersuara. Di samping itu, lebih banyak sokongan perlu diberikan untuk penerbit filem bebas dan dokumentari termasuk platform dalam media nasonal," kata beliau. - Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.123736 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list