CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2524|Reply: 42

[Tempatan] kes terpencil: kebumi penganut Hindu di kubur Islam

  [Copy link]
Post time 22-9-2017 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Jabatan agama NS dituduh kebumi penganut Hindu di kubur Islam
FMT Reporters | September 22, 2017

Roseli Mahat berkata, dokumen semua ahli keluarga musnah dalam kebakaran 35 tahun lalu dan JPN bertindak meletakkan 'bin' pada dokumen pengenalan mereka, dengan alasan nama mereka mempunyai ciri-ciri Islam.

PETALING JAYA: Seorang anak mendakwa keluarganya tidak berpuas hati dengan tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan mengebumikan mayat bapanya yang beragama Hindu di tanah perkuburan Islam, dan mereka akan berusaha mengambil balik mayat warga emas itu untuk dikebumikan di tanah perkuburan Hindu.

China Press melaporkan Mahat Sulaiman, 76, yang berketurunan baba nyonya, meninggal dunia jam 2.31 pagi, 9 September lalu di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Anak sulungnya berusia 44 tahun, Roseli Mahat, ketika hendak mengambil mayat bapanya, dimaklumkan pihak hospital disebabkan nama warga emas itu mempunyai “bin”, mereka sudah memaklumkan jabatan agama Islam supaya menunggu pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenai agamanya, sebelum boleh menguruskan mayatnya.

Roseli dipetik akhbar itu sebagai berkata, beliau kemudiannya menghubungi jabatan agama Islam bagi memaklumkan bapanya penganut Hindu, tetapi pihak terbabit memintanya menunggu sehingga hari bekerja pada Isnin untuk menguruskan perkara itu.

Bagaimanapun, adiknya ketika menunggu di hospital pada jam 10 pagi Sabtu lalu, memaklumkan beliau sekumpulan pegawai dipercayai dari jabatan agama Islam bersama polis pergi ke hospital dan berkeras membawa mayat bapanya.
Ketika beliau tiba di hospital untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu, mayat bapanya sudah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sikamat, Seremban.

Katanya, JPN dalam Daftar kematian/Permit mengubur yang dikeluarkan pada 9 September lalu membiarkan ruangan agama dan bangsa dikosongkan.

Dua hari kemudian, ruangan agama dalam sijil kematian Mahat yang dikeluarkan JPN tertera “Maklumat tidak diperolehi” dan bangsa pula ialah Cina.
“Walaupun saya berusaha mengambil balik jenazah bapa, tetapi jabatan agama asyik meminta saya menunggu berita,” katanya pada sidang media di pusat khidmat Adun Nilai, J Arul Kumar, semalam.

‘Bin’ tak semestinya beragama Islam

Roseli berkata, semua dokumen pengenalan ahli keluarganya musnah dalam satu kebakaran 35 tahun lalu.
Beliau berkata, nama ahli keluarganya selama ini tidak mempunyai “bin” dan JPN bertindak meletakkan “bin” pada dokumen semua ahli keluarganya, dengan alasan nama mereka mempunyai ciri-ciri Islam.

“Ketika itu, bapa saya memaklumkan kami berketurunan baba nyonya, bukannya Islam. Pegawai JPN mengatakan nama mempunyai ‘bin’ tidak semestinya beragama Islam kerana semuanya akan ditentukan berdasarkan agama.
“Jadi, bapa saya pun tidak memanjangkan perkara itu, tetapi tak sangka hari ini timbul masalah agama.”

Selama ini, katanya, keluarganya tidak menggunakan nama Cina mereka dan datuknya yang berasal dari China dikebumikan di tanah perkuburan Cina Batu Berendam di Melaka.

“Sejak kecil, bapa saya hidup sebagai penganut Hindu dan tidak pernah mengikuti ajaran atau pantang larang Islam.
“Ahli keluarga kami makan daging babi, bahkan ketika saya berkahwin, bapa saya mengadakan majlis perkahwinan mengikut adat resam Hindu.”

Kecelaruan dalam sijil kelahiran

Beliau berkata, sijil kelahirannya tertera beliau berketurunan India, tetapi bapanya, Mahat pula berketurunan Melayu dan agama mereka berdua pula tertera “Maklumat tidak diperolehi”.

China Press turut menyiarkan sijil kelahiran adiknya yang bernama Sharifah binti Mahat, dengan keturunan tertera Cina dan beragama Buddha, serta maklumat bapanya pula tertera keturunan Cina dan beragama Buddha.

Tetapi, dalam sijil kelahiran anaknya yang bernama Ng Mei Ling, JPN meletakkan keturunan kanak-kanak itu sebagai India, manakala keturunan Roseli pula ialah Cina dan ruangan agamanya tertera “Maklumat tidak diperolehi”.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2017 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama korg pun buat keliru. kes mcm ni salah jpn jugak
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sabah bersepah non muslim guna bin..peraturan mana lah dorg ikut nama mencerminkan agama yg dianuti..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila JPN menentukan agama orang.

Agaknya betullah Malaysia ni terlalu ramai penjawat awam apabila semua benda perlu diselia oleh kerajaan. Rakyat pula terlalu bergantung dan percaya bulat-bulat kepada kerajaan utk tentukan perkara peribadi mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 02:11 PM | Show all posts
All the humans are one and all the religions are one. Here in India we people live together even though we are of different religion. Here I also saw them helping each other when in need . We all have one blood that is brothers and sisters. Regards rangoli designs one of the most beautiful place in India.e in India.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 22-9-2017 06:56 PM
Apabila JPN menentukan agama orang.

Agaknya betullah Malaysia ni terlalu ramai penjawat awa ...

Kalu iye pun penjawat awam yg silap, hangpa yg terlibat tu takde otak ke nak tukar butiran2 yg mengelirukan sejak dulu lagi. Ker nak dapat keistimewaan sebagai Islam di negara ini? Bila dah jadi camnie, salahkan semua pihak kecuali diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2017 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape la jab agama gigih nk tuntut mayat org lain.
Kalu org tu hidup menganut agama Hindu maknanya dia mmg bersedia dikebumikan sbgai Hindu.
Patutnye jab agama ni tnye org yg sedia Islam yg masih idop yg terang2 liberal dan menolak Islam Nak tanam kt perkuburan mana bila mati nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
" Patutnye jab agama ni tnye org yg sedia Islam yg masih idop yg terang2 liberal dan menolak Islam Nak tanam kt perkuburan mana bila mati nanti."

Tang ni aku setuju hang. Takkan nak seperkuburan dgn orang Islam kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2017 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam dunia ni, orang Islam je yang guna nasab dari bapa mereka sebab itu guna 'Bin' yang bermaksud 'anak lelaki kepada'

Orang kapir guna nasab nenek moyang atau surname.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa hidup dulu tak settlekan awal-awal...dah mampos baru nak bising-bising.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 22-9-2017 02:04 PM
Kat sabah bersepah non muslim guna bin..peraturan mana lah dorg ikut nama mencerminkan agama yg dian ...

Apa kata kau tanya pemimpin PH, Mahathir Kutty
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kenape jabatan agama begitu gigih nak masukkan mayat orang dlm kubur islam tanpa menunggu pengesahan?? aneh
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
taikor replied at 21-10-2017 06:31 PM
kenape jabatan agama begitu gigih nak masukkan mayat orang dlm kubur islam tanpa menunggu pengesahan ...

Jabatan agama dia just check IC...kalau IC tu salah, kena tanya JPN la...

Pengebumian mayat orang Islam memang perlu disegerakan.bukan macam mayat orang kapir
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 06:46 PM | Show all posts
"Ahli keluarga kami makan daging babi, bahkan ketika saya berkahwin, bapa saya mengadakan majlis perkahwinan mengikut adat resam Hindu.”

Kecelaruan dalam sijil kelahiran

Beliau berkata, sijil kelahirannya tertera beliau berketurunan India, tetapi bapanya, Mahat pula berketurunan Melayu dan agama mereka berdua pula tertera “Maklumat tidak diperolehi”.

China Press turut menyiarkan sijil kelahiran adiknya yang bernama Sharifah binti Mahat, dengan keturunan tertera Cina dan beragama Buddha, serta maklumat bapanya pula tertera keturunan Cina dan beragama Buddha.

Tetapi, dalam sijil kelahiran anaknya yang bernama Ng Mei Ling, JPN meletakkan keturunan kanak-kanak itu sebagai India, manakala keturunan Roseli pula ialah Cina



Boleh pitam baca pasal nama, bangsa dan agama keluarga ni....

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 06:58 PM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 21-10-2017 05:29 PM
Dalam dunia ni, orang Islam je yang guna nasab dari bapa mereka sebab itu guna 'Bin' yang bermaksud  ...

Orang putih kalau masuk Islam pun akan maintain surname.
Orang cina kat China pun maintain nama keluarga yang mereka warisi dari belah bapa and proud of it.
Orang muslim Siam (termasuk Melayu Pattani) pun guna surname.
Orang Arab pun ramai yang guna surname Al... Al... semua tu.

Kau nak kata semua di atas tu tak cukup isle kan?

Melayu ja takde surname maju sikit dari indon caprut yang langsung tak mention nama bapak dalam paspor - kalau bapa bagi nama Joko habis kat situ ja.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
So, masa bawak mayat pakcik kapior neh berat tak mayatnye? Ade tak cerita mistis dalam van jenazah? Mendiang tue merintih ker mintak mayat dia dibakor?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2017 08:39 PM | Show all posts
ultra78 replied at 22-9-2017 06:56 PM
Apabila JPN menentukan agama orang.

Agaknya betullah Malaysia ni terlalu ramai penjawat awa ...

it all boils down to this...

Beliau berkata, nama ahli keluarganya selama ini tidak mempunyai “bin” dan JPN bertindak meletakkan “bin” pada dokumen semua ahli keluarganya, dengan alasan nama mereka mempunyai ciri-ciri Islam.

“Ketika itu, bapa saya memaklumkan kami berketurunan baba nyonya, bukannya Islam. Pegawai JPN mengatakan nama mempunyai ‘bin’ tidak semestinya beragama Islam kerana semuanya akan ditentukan berdasarkan agama.
“Jadi, bapa saya pun tidak memanjangkan perkara itu, tetapi tak sangka hari ini timbul masalah agama.”

aku letak kan kesalahan pada JPN...

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisah la hindu je islam ka..sama ja kebumi pon tanam..

Ada hindu bakar..ada hindu tanam....sama ja...masa idup kat sepital tak kecoh kecoh lak..dah mati baru hegeh nak kaco
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni Cina yg masuk Islam pun akan kekalkan nama asal
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 21-10-2017 09:35 PM
Sekarang ni Cina yg masuk Islam pun akan kekalkan nama asal

Dan kena 'Bin' kan dengan Abdullah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.443531 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list