CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3528|Reply: 60

[Dunia] Di Asia, jualan iPhone terlalu hambar, sendu dan sebagainya

[Copy link]
Post time 23-9-2017 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SYDNEY/TOKYO: Pelancaran iPhone8 di Asia kurang meriah berbanding kemunculan sulung model lain sebelum ini, apabila peminatnya menunggu model premium iPhone X awal November ini.

Ratusan pembeli kebiasaannya berkumpul di gedung Apple Sydney dengan barisan terbentuk di jalan utama bandar itu, George Street, apabila pelancaran produk baharu.

Namun, kurang 30 orang berbaris sebelum gedung itu dibuka semalam, menurut Reuters.



Walaupun jumlah pembeli yang beratur di luar gedung Apple merosot sejak beberapa tahun lalu dengan ramai memilih membeli secara dalam talian, sambutan lemah terhadap iPhone terbaru sebahagiannya adalah disebabkan ulasan yang kurang menarik.

Mazen Kourouche, yang menjadi orang pertama dalam barisan selepas beratur 11 hari di luar gedung supaya beliau boleh membeli dan membuat ulasan produk di YouTube, berkata wujud penambahbaikan sederhana sahaja.

"(Ia) hampir sama dengan iPhone 7, namun dapat merakam 60 bingkai sesaat dan mempunyai kaca baharu di belakang berbanding logam, yang menjadikannya lebih tahan lama.

"Tidak ada banyak ciri baharu pada model ini," katanya kepada Reuters.

Di China, pelanggan setia Apple berkata, kamera yang bertambah baik adalah antara sebab beliau membeli peralatan baharu berkenaan.

"Saya menunggu sehingga tengah malam untuk menyaksikan acara pelancaran bersama teman lelaki bagi mengetahui apa yang baharu dengan iPhone ini.

"Fungsi fotografinya agak bagus. Jadi, saya rasa perlu menukarnya tanpa ragu lagi," kata Ta Na, 29, di Shanghai.

Perhatian terhadap iPhone dan iPhone X di platform media popular China, Weibo kurang berbanding seperti yang disaksikan dalam dua pelancaran sebelum ini.

Ulasan buruk terhadap iPhone 8 yang dilancarkan 10 tahun selepas Apple mengeluarkan versi pertama telefon revolusi itu, menyebabkan saham syarikat jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua bulan AS$152.75 semalam, apabila pelabur bimbang pratempahan bagi peralatan itu jauh berada di bawah pelancaran terdahulu.

iPhone 8 hanya disasarkan kepada mereka yang mahukan versi baharu, namun tidak mahu membayar sehingga AS$999 bagi iPhone X, kata Pengarang Teknologi iTWire.com, Alex Zaharov-Reutt, yang tidak beratur pada pelancaran berkenaan.

iPhone X adalah peralatan kaca dan keluli tahan karat dengan paparan hujung ke hujung yang dikatakan oleh Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook sebagai lonjakan terbesar ke hadapan sejak iPhone pertama.

"Saya rasa ia menjadi lebih menarik dengan lebih ramai orang menunggu iPhone X," kata Ray Yokoyama, selepas membeli iPhone 8 di Tokyo. - Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2017 08:22 AM | Show all posts
currency tu satu hal yg membuat org asia kurang nk beli ipong yg mahal
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 08:43 AM | Show all posts
dorg tunggu iphone x la tewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah ifags pasti pedih hulu hati bila mendengar perkhabaran ini. @dinopower2
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:04 AM | Show all posts
Tak terkejar wehh Iphone ni tiap tahun tukar model.


aii hari ni dpt Samsung s7 (so yesterday kan?) tu pun sebab samsung S4 aii dah berkecai cermin screennya. Kalau tidak jangan haraplah aii nak tukar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu i selalu membayangkn rm2k beli hp kecik je..
Tp peti ais rm2k besar gabak puas hati segala mak nenek boleh masuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2017 09:19 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 23-9-2017 09:07 AM
Dulu i selalu membayangkn rm2k beli hp kecik je..
Tp peti ais rm2k besar gabak puas hati segala mak ...

your reply buat i ketawa depan pc
ada betul disitu apa yg u fikirkan

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Vokuro at 23-9-2017 09:44 AM
pearl.silver replied at 23-9-2017 09:07 AM
Dulu i selalu membayangkn rm2k beli hp kecik je..
Tp peti ais rm2k besar gabak puas hati segala mak ...


Dengan rm5k baik akak beli tilam yang empuk memory foam yang mahal ala2 tempur itu jah.
Boleh tahan at least 10 tahun
Ada tengah sale kat harvey norman, kalau rega tak sale memang tak la akak nak.consider sebab dah cecah 10k

Tapi rasanya tak juga akak beli kot sebab nak.kena buat room makeover secara total hujung tahun ini, dengan kos 5k dah boleh buat complete makeover
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2017 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarla android gamba mcm tetris..iphone untuk social climbers jah..so corny.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah agak ipon 8 ni tak laku..public target ipon X
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 23-9-2017 08:51 AM
Kahkahkah ifags pasti pedih hulu hati bila mendengar perkhabaran ini. @dinopower2

Kita tunggu Nokia sis..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 23-9-2017 09:44 AM
Biarla android gamba mcm tetris..iphone untuk social climbers jah..so corny.

Saya tunggu Nokia je sis.. kena baling dgn anak buah pun xpe..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 10:07 AM | Show all posts
dh nama smartphone
pengguna pn smart otaknya  jugak
mkin lama celik mata

nk bli mahal2 pikir byk kali, nk buang duit  kt  gadjet gtu ajaka
atau gadjet yg lagi murah tapi lagi baik/byk fungsi bagai

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 10:15 AM | Show all posts
pakai I phone tapi gunya untuk whatsapp jah.. baik guna vivo jah dek baharu 2k harganya..

tak kuasa lah nak beli sampai rm 5k gunanya utk whatsapps serta google jah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
finesse replied at 23-9-2017 09:52 AM
Kita tunggu Nokia sis..

Nokia dah mampos sis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bad news untuk pelabur Apple?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2017 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
hayati_hassan replied at 23-9-2017 09:19 AM
your reply buat i ketawa depan pc
ada betul disitu apa yg u fikirkan

Ya sis..masa tu i bli hp rm1.5k, tp peti ais umh yg 1 pintu rm500 je..
Rasa terkilan kat situ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
untuk org biasa macam aku.. pakai phone just utk call wasap google ambik selfie sikit2.. pakai oppo pun dah besar rahmat

yg berkemampuan dan mengejar teknologi.. silakan habis duit utk phone
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kaki gadget & bukan iphone fan
Pakai hp pun guna benda basic je so xberbaloi beli mahal2
Pakai je apa yg ada, kalau rosak br ganti baru
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 23-9-2017 10:41 AM
Nokia dah mampos sis.

Nokia belum mula pasarkan telefon lagi sis.. kat China je dia pasarkan. Tu pun utk versi mid range je.. tak sampai sehari dh habis sis..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.236438 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list