CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2868|Reply: 38

[Tempatan] beli 30ekar tanah tanjung karang dengan hanya rm100k

[Copy link]
Post time 23-9-2017 01:16 PM | Show all posts |Read mode
'Di mana beras itu sekarang, Noh?'

Tan Sri Noh Omar perlu mencermin diri terlebih dahulu sebelum menuduh kerajaan Selangor terlibat dalam salahguna kuasa dan penyelewengan, kata pembantu politik kepada menteri besar Selangor, Shuhaimi Shafie.

Shuhaimi sebaliknya berkata Umno Selangor yang diketuai Noh hingga kini gagal membuktikan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Azmin Ali.

"Tan Sri Noh perlu membuktikan dirinya bersih terlebih dahulu dalam isu-isu yang berbangkit termasuk ketika menjawat jawatan menteri kabinet.

"Apa berlaku pada program SUBUR (Baucer Subsidi Beras Untuk Rakyat) atau sumbangan beras pada rakyat?


"Di mana beras itu sekarang?" Soalnya dalam kenyatan media hari ini.

Selain itu, Shuhaimi turut meminta penjelasan Noh mengenai status 30 ekar tanah miliknya yang dibeli dengan harga RM100,000 di kawasan Tanjong Karang.

Semalam, Utusan Online melaporkan kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu yang menyifatkan Azmin berlagak sombong apabila didakwanya enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Noh mendakwa terdapat bukti beberapa kes penyelewengan dan salah guna kuasa sudah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, serbuan SPRM dalam isu melibatkan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Jana Niaga Sdn Bhd dan Universiti Selangor (Unisel) membuktikan pentadbiran Azmin memerlukan dokongan integriti daripada SPRM.

“Dia (Azmin) jangan ingat pembangkang ini malaikat? Macam maksum sangat hingga tidak ada salah.

"Sepatutnya perlu ada pihak ketiga yang melakukan proses semakan dan yang terbaik dalam isu rasuah ini adalah SPRM. Jadi, janganlah nak mengaburi mata rakyat dengan sikap ego, seolah-oleh mereka ini telus sehingga tidak perlu menandatangani IBR," katanya.

Bukan sekadar baca ikrar

Bagaimanapun Suhaimi berkata di sebalik fitnah dilemparkan, kerajaan Selangor tetap membuka pintu kepada siasatan pihak berkuasa, khususnya SPRM.

"Terbukti bahawa tidak pernah seorang pun ahli politik daripada Pakatan Negeri Selangor didakwa atas salah laku rasuah atau penyelewengan atas tuduhan yang dilemparkan itu.

"Apa yang ada hanyalah dakwaan tidak berasas, palsu dan belum pun dibawa ke muka pengadilan," katanya.

image: https://i.malaysiakini.com/1144/ ... 34c06ed55af73a.jpeg

Hakikatnya, katanya, kerajaan negeri melalui anak-anak syarikatnya seperti Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjunjung teguh integriti seawal tahun 2013 dengan memeterai 'integrity pact'.

"Dan ia dibuktikan dengan tindakan, bukannya sekadar mengangkat tangan membaca ikrar.
"Hasilnya, khazanah negeri bertambah dan pada masa sama diagihkan kepada rakyat Selangor menerusi lebih 40 program Inisiatif Peduli Rakyat atau IPR," jelasnya.

Suhaimi berkata, Noh hanya mengikut skrip yang disediakan pihak tertentu bagi terus memburukkan kerajaan Selangor.

"Ingin ditegaskan, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang jelas memfitnah secara jijik terhadap kerajaan negeri Selangor," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2017 01:19 PM | Show all posts
Selain itu, Shuhaimi turut meminta penjelasan Noh mengenai status 30 ekar tanah miliknya yang dibeli dengan harga RM100,000 di kawasan Tanjong Karang.


Fuhhhh...... Beruntung jadi orang politik nih.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kimak betul puak yg mampu berjuta2 ambik peluang gituh ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2017 01:24 PM | Show all posts
Keluasan 1 ekar sama dengan keluasan 1 padang bola sepak yang memiliki ukuran 90m X 45m.

nor udang beli 30 padang bole sepak dgn harga 100k
atau beli 1 padang bola sepak dgn harga rm3.3k, lagi murah dari ex5.

melayu kencing melayu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa lah yg sggup pilih muka bulan ni sbgai MB? spin xhabis
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 01:25 PM | Show all posts
dizzzek replied at 23-9-2017 01:24 PM
Keluasan 1 ekar sama dengan keluasan 1 padang bola sepak yang memiliki ukuran 90m X 45m.

nor udan ...

Dia beli tanah ni dari siapa ye?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2017 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanah milik siapa tu dibeli?

Mana ada dh tanah kat Slangir harga sebegitu.....kalau di Sarawaknye lah kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2017 01:30 PM | Show all posts
melayu kan mudah lupa
menyeri ambil kesempatan jawatan menteri utk mendapat kebaikan

Skandal Noh Omar beli 30 ekar tanah pada harga RM100,000 saja

Dewan Negeri Selangor (DNS) digemparkan tentang skandal pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995.

Lebih lagi, Noh, yang sekarang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memulakan projek ternakan udang pada tahan 30 ekar itu bersama sebuah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd.



Katanya, tanah itu yang asalnya berstatus komersil kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian demi menjayakan projek ternakan udang itu pada 2011.

“Rakyat susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya adalah untuk ternakan udang,” katanya semasa sesi perbahasan di hari terakhir persidangan DNS.

Suee Lim dalam pada itu turut mendedahkan surat akuan sumpah yang membuktikan usahasama Noh bersama pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck.

Mengikut dokumen yang didedahkan Suee Lim, Noh mendapat tanah itu pada 13 Jun 1995. Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995.

“Kes ini saya anggap sebagai skandal tanah dan bukti wujudnya percanggahan kepentingan kerana beliau ketika ini ialah seorang menteri yang memegang portfolio pertanian dan industri asas tani yang secara terang terlibat secara langsung dalam industri itu.

“Di manakah maruah Umno-BN yang kononnya memperjuangkan hak rakyat tetapi parti terlibat dalam kes sapu tanah rakyat?” soalnya.

Sementara itu, DNS meluluskan Rang Undang-undang yang dicadangkan Suee Lim supaya tidak membenarkan wakil rakyat, ahli majlis dan pihak berkuasa tempatan membuat sebarang permohonan untuk memiliki tanah kerajaan negeri.

Usaha TV Selangor menghubungi Noh bagi mendapatkan respon beliau bagaimanapun gagal. Panggilan dan mesej pesanan ringkas yang dihantar kepada nombor telefon beliau tidak dibalas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2017 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku beli murah betul...ko beli murah salah....-ahli poltik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2017 01:31 PM | Show all posts
menteri umno beli tanah murah x pe
lim guan eng beli rumah murah kena




KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (NULLgambar) mengakui mempunyai pegangan dalam projek penternakan udang di Tanjong Karang tetapi menegaskan ia bukan satu kesalahan.

"Jadi, seorang menteri perumahan tidak boleh beli rumah. Apakah itu juga konflik kepentingan?" soal beliau balik apabila ditanya wartawan mengenainya.

Menurut laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini, beliau mendakwa ketika tanah seluas 30 ekar di Bagan Tengkorak dimilikinya, beliau belum lagi dilantik sebagai menteri pertanian.

Dewan Negeri Selangor baru-baru ini digemparkan tentang skandal pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995.

Lebih lagi, Noh, yang sekarang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memulakan projek ternakan udang pada tahan 30 ekar itu bersama sebuah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd.

Penglibatan Noh di dalam syarikat itu, kata Ng Suee Lim (NULLDAP-Sekinchan) (NULLgambar) yang mendedahkan skandal tersebut, menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana Noh merupakan menteri yang bertanggungjawab mengelola industri itu.

Noh membeli tanah 30 ekar itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu, kata Suee Lim.

Katanya, tanah itu yang asalnya berstatus komersil kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian demi menjayakan projek ternakan udang itu pada 2011.

“Rakyat susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya adalah untuk ternakan udang,” katanya semasa sesi perbahasan di hari terakhir persidangan itu.

"Tambahan pula, tanah itu bukan milik saya sendiri. Ya, saya menjalankan perniagaan penternakan udang bersama dengan ahli perniagaan lain, ini pun tidak boleh ke?" katanya ketika menjawab soalan wartawan selepas melancarkan satu program Bank Pertanian semalam.

"Saya mesti menegaskan bahawa perniagaan ini dikongsi dengan orang lain. Ia adalah sesuatu yang saya lakukan sebelum menjadi menteri. Saya membuat perniagaan itu bukan kerana Kementerian Pertanian, jadi apa yang salahnya?" kata Noh sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Cina itu.

Mengenai sama ada perniagaan penternakan udang itu akan menimbulkan isu konflik kepentingan kerana kedudukan portfolio beliau, Noh menyangkal.

Sebab beliau menjalankan perniagaan penternakan udang ialah keinginan untuk merasai kehidupan seorang petani dan beliau sendiri berminat dalam pertanian.

Sementara itu, pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck menafikan dakwaan bahawa ia berniaga dengan Noh dalam projek usahasama ternakan udang itu.

Bercanggah dengan Noh, Chu sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa menteri berkenaan hanyalah pemilik sebahagian projek penternakan udang itu seluas 100 ekar di Tanjung Karang, dan syarikatnya adalah penyewa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
SPRM tak siasat ke kes ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 01:42 PM | Show all posts
wahhhhhh100k je dpt tanah 30 ekar
nak dpt 1 ekar pun impossible... kne cari area banjaran titiwangsa
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jugak tanah 30 ekar rm100k
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 01:45 PM | Show all posts
kan orang dah kata nak kaya join UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
diskaun gila2 sbg suapan utk balasan? itu dah tentu kena di bawah seksyen 16 dan 17 akta sprm 2009
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 02:25 PM | Show all posts
Sebab itu Allah sudah berpesan, jangan dedah aib orang.
Ni, selagi boleh korek nak dedahkan aib, sendangkan sendiri bukannya malikat.
Hak kau, terdedah NOH UDANG b eli tanah 30 ekar dgn cuma rm100 ribu.
Ada hati nak jadi MB Selangor.
Jangan biarkan orang macam ni berkuasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2017 02:30 PM | Show all posts
jangan ambil tindakan. dia sudah cukup derita
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 02:40 PM | Show all posts
munchkin replied at 23-9-2017 02:30 PM
jangan ambil tindakan. dia sudah cukup derita

Ha ha ha.... macam pernah ku dengar....


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebak mung rm100k dapat 30 ekar tanah.. org biasa2 rm100k dapat beli tanah lot saja barangkali..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok muka pun nampak dah macam takde iman.
Orang kata "nur" tu takde langsung.
Muka bengis makan duit haram banyak sangat.
Itupun ada yang sudi kena gomol..
Kerana maruah boleh di beli..

;O
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.279072 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list