View: 19937|Reply: 121
|
Edisi terkantoi soalan bocor.... Produksi CLEVER GIRL penipu?
[Copy link]
|
|
Edited by anak_minang at 24-9-2017 12:28 AM
PESERTA CLEVER GIRL MALAYSIA DEDAHKAN PERANGAI SEBENAR PRODUKSI, MENJADI PUNCA TARIK DIRI. PATUT GRADUAN UNIVERSITI OXFORD NI ANGKAT KAKI RUPA2NYA SOALAN….
WAKIL Pulau Pinang dalam pertandingan Clever Girl Malaysia iaitu Noor Syakirah Mohd. Azam (Kiera) yang menarik diri daripada menyertai rancangan itu semalam mendedahkan mengapa dia membuat keputusan begitu.
Memilih Instagram sebagai saluran untuk mendedahkan punca penarikan dirinya daripada rancangan realiti itu, Kiera mendakwa pihak produksi Clever Girl 2017 berat sebelah ataupun ‘pilih bulu’.
Kata Kiera, dia berasa seperti tertipu dan diperbodohkan apabila terdapat peserta yang menerima soalan bocor daripada pihak produksi sendiri.
Menurut Kiera, dia berasa terkilan kerana seakan-seakan diperguna hanya kerana dia merupakan graduan institusi pengajian tinggi paling berprestij dunia iaitu Universiti Oxford.
Kata Kiera lagi, salah seorang peserta telah diberikan soalan dan jawapan bocor supaya dia akan terus kekal di dalam pertandingan tersebut.
Malah, ramai penonton sudah ‘perasan’ sesuatu yang aneh apabila pengacaranya, Aliff Satar, belum lagi habis menanyakan soalan namun telah menerima jawapan tepat daripada peserta tersebut!
Menurut Kiera, peserta tersebut tidak mengetahui jalan kerja soalan matematik tersebut dan tergagap-gagap sewaktu diminta melakukan jalan kerja bagi memahamkan rakan-rakan seperjuangannya.
Selain itu, Kiera turut mendakwa pihak produksi sengaja memberikan peserta itu jawapan yang betul kerana mahu penonton di rumah berasa ‘sesuatu’ apabila seorang graduan Oxford menjawab soalan dengan salah.
Kata Kiera, setiap hari dia menangis apabila memikirkan dirinya seperti dipergunakan oleh produksi untuk kelihatan ‘kurang cerdik’.
Selain itu, pemegang ijazah sarjana muda dalam jurusan Bahasa Inggeris itu juga menyifatkan tindakan segaja membocorkan jawapan itu sebagai satu taktik yang kotor dan keji.
Tak apa lah, dengan kepandaian dan kecantikan Kiera, lebih baik dia menyalurkan khidmat kepada karier dan keluarga sahaja.
Lagi pun, semua orang tahu peserta Clever Girl kebanyakannya tidak begitu ‘cerdik’, jadi dalam hal ini Kiera tidak rugi apa-apa langsung!
Sumber– MYNEWSHUB.CC |
|
|
|
|
|
|
|
AKu dah cakap dah aritu..kalau dia ni pandai sgt,,takde nye dia join rancangan tak pandai ni..selamat kau sedar cepat dik..so..nampak la ada sisi pandai balik dari oxford tu.. kot tak..tak yah la bangga sangat dok kat oxford yg cantek lg menawan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Takde gambar yg nk ditepek ke |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by RatuDunia94 at 24-9-2017 02:18 AM
Adakah peserta dr perak si minah salleh celup tu yg dpt soalan bocor? Sbb meols ada perasan sheols tekan buzzer sebelum alif habis baca jawapan.
Btw clever girl ni mmg patut diberhentikan je lah..
Juara musim pertama pon huhung jd pengacara sendu jah.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha ulama saudi kata golongan 3 suku
masuk pulak rancangan tv3 suku
|
|
|
|
|
|
|
|
X pernah tgk pun celever girl season 2 ni.
Rasa mcm ntah apa2 jer... |
|
|
|
|
|
|
|
oh xtahu pon si kiera ni tarik diri. ingatkan tersingkir |
|
|
|
|
|
|
|
tv3 should shame...tunggu sidang media rasmi pasal ini dan rancangan tersebut dihentikan serta merta |
|
|
|
|
|
|
|
Tukar nama rancangan kepada Bimbo Bitch Girl lebih sesuai |
|
|
|
|
|
|
|
Org lain yg study local uni tak terasa diperbodohkan ke? Kenapa nak bg kiera je nampak kurg cerdik? |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 24-9-2017 02:17 AM
Adakah peserta dr perak si minah salleh celup tu yg dpt soalan bocor? Sbb meols ada perasan sheols t ...
Betul Sara dari perak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Video tu ada kat thread besar CG. Page 13. |
|
|
|
|
|
|
|
xde bukti konkrit..so tv3 booo layan lah.
lgpun tu based on her assumptions..
|
|
|
|
|
|
|
|
Shirley23 replied at 24-9-2017 11:23 AM
Video tu ada kat thread besar CG. Page 13.
Ooo ok ok Tkasih sis |
|
|
|
|
|
|
|
Ni normal la. Byk je soalan i tgk yg bdk oxford ni takleh jawab even soalan senang.
Dia tarik diri pun lebih kepada sakit hati sbb dorang buat dia nampak mcm loser. If not dia pun stay. Tambah follower kt ig bak alif satar ckp. |
|
|
|
|
|
|
|
cerdik ke sebenarnya mereka ni.. baik rancangan ni tukar tajuk ke mari meneka |
|
|
|
|
|
|
| |
|