CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 792|Reply: 4

[Dunia] Pe-nemuan baharu fosil ikan bersirip lobus berusia 370 juta tahun di China didak

[Copy link]
Post time 24-9-2017 05:44 AM | Show all posts |Read mode
Penemuan hongyu chowi cerita evolusi hidup di darat


[size=1.125]




[backcolor=rgba(10, 10, 10, 0.498039)]
FOSIL ikan bersirip lobus, hongyu chowi berusia 370 juta tahun ditemukan di China.
[size=0.75]08 September 2017 3:00 AM


BEIJING 7 Sept. – Pe-nemuan baharu fosil ikan bersirip lobus berusia 370 juta tahun di China didakwa mampu dijadikan ‘sebab’ untuk pengkaji sejarah menulis semula sejarah bagaimana manusia terdahulu berevolusi untuk hidup di darat.

Mail Online melaporkan, saintis menemukan fosil spesies baharu ikan purba berkaki itu yang dikenali sebagai hongyu chowi di sebuah kuari di Ningxia, utara China.



Ikan aneh berukuran 1.5 meter panjang itu mempunyai ciri-ciri yang sama dengan dua lagi kumpulan berasingan ikan bersirip lobus dengan satu daripada haiwan terbabit berubah menjadi binatang berkaki empat.
Malah, fosil itu mengandaikan bahawa lebih banyak spesies bere-volusi untuk hidup di darat berban-ding andaian saintis sebelum ini.
Penyelidik dari Institut Paleontologi Vertebrata dan Paleoantropologi di Beijing percaya, hongyu chowi tidak mudah disesuaikan de-ngan pemahaman terkini tentang ‘evolusi ikan bersirip lobus’.
Fosil itu dipercayai hi-dup semasa Zaman Devon di China atau dikenali sebagai Zaman Ikan iaitu berusia antara 360 dan 270 juta tahun.
Saintis sebelum ini percaya ikan bersirip lobus itu bere-volusi menjadi haiwan ber-tulang belakang yang mempunyai empat anggota kaki atau tetrapod kira-kira 360 juta tahun dahulu.
Tetrapod merangkumi setiap binatang yang telah pupus dan haiwan berkaki empat termasuk amfibia, reptilia dan mamalia.
Bagaimanapun, penemuan hongyu chowi itu mengubah persepsi berkenaan kerana mempunyai ciri dua kumpulan ikan bersirip lobus lain yang dipercayai telah pupus.
Saiz hongwu chowi dan beberapa bentuk tulang fosil ber-kenaan didapati sama dengan ikan ‘Rhizodont’, kumpulan ikan bersirip lobus pemangsa yang telah pupus dan elpistostegids.


Tag Berkaitan







Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penemuan-hongyu-chowi-cerita-evolusi-hidup-di-darat-1.523921#ixzz4tXZrhMbX
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2017 06:33 AM | Show all posts
Jumpa fosil ikan terus nak dijadikan bukti manusia berevolusi. Hahahaha. Dasar atheist golongan bangang nak mampos

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
manusia memang berevolusi.... srbab tubada mcm mcm kaum....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 24-9-2017 09:39 AM

Al-Quran (Surah An-Nur Ayat 45)

"Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Al-Quran (Surah Al-Baqarah Ayat 6-7)

"Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.052248 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list