CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3549|Reply: 43

[Tempatan] Arif dah tak kuat papa.

  [Copy link]
Post time 24-9-2017 05:55 AM | Show all posts |Read mode
Arif dah tak kuat papa


[size=1.125]




[backcolor=rgba(10, 10, 10, 0.498039)]4Mohd. Nor Hafiz Abd Aziz tidak pernah berputus asa untuk melihat anaknya, Mohamad Arifuddin kembali sembuh.
[size=0.75]21 September 2017 4:00 PM
[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]






“Arif nak main tak boleh dah papa. Arif dah tak kuat. Kenapa Arif jadi macam ni.”

Itu antara rintihan yang sering keluar dari mulut kanak-kanak berusia 9 tahun ini, yang sudah hilang kedua-dua penglihatannya selepas hampir sembilan bulan berjuang melawan kanser tisu kronik (sarcoma).



Ketika mula-mula disahkan menghidap kanser tersebut, hampir setiap hari Mohamad Arifuddin Mohd. Nor Hafiz termenung mengenangkan keadaan dirinya yang tidak lagi normal seperti kanak-kanak lain.
Ketika rakan-rakan sebaya seronok bermain, dia hanya mampu melihat dari atas kediamannya yang terletak di tingkat enam Pangsapuri Impian Meru, sambil meluahkan rasa sedihnya kepada bapa kesayangan, Mohd. Nor Hafiz Abd Aziz, 33.
Bagi ibu dan bapa Arif, sudah kering air mata menangisi takdir yang menimpa anak sulung mereka, namun harapan tidak pernah surut walau sejengkal untuk melihat anak itu sembuh seperti sediakala.

Dilahirkan sebagai anak normal, Arif hanya menunjukkan simptom pening kepala dan mata kabur pada Januari lalu sebelum disahkan menghidap kanser sarcoma, yang semakin ketara apabila bebola matanya mulai tersembul keluar sejak beberapa bulan lalu.
“Pada mulanya saya ingat dia hanya rabun biasa, saya bawa dia ke kedai cermin mata. Apabila diperiksa, rabunnya sudah mencecah 300. Optometris meminta saya merujuk Arif ke klinik kerajaan kerana tahap kerabunannya terlalu tinggi untuk usia sebegitu.

“Doktor di klinik kemudiannya meminta saya membawa Arif ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kerana mereka mendapati Arif mempunyai masalah lain. Di sana, dia diminta menjalani prosedur CT scan (pengimbasan tomografi berkomputer) serta MRI (pengimejan resonans magnetik) dan disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian otak kiri yang bertindih dengan saraf mata.
“HTAR tidak mempunyai pakar, jadi kes Arif dirujuk ke bahagian Neurologi di Hospital Kuala Lu
mpur (HKL). Selepas diperiksa oleh pakar, mereka mendapati ketumbuhan tersebut tidak terkena otak tetapi melibatkan bahagian telinga, hidung dan tekak (ENT).

“Arif sepatutnya perlu menjalani pembedahan pada Mei lalu, namun sehari sebelum prosedur dilakukan, doktor menangguhkan kerana biopsi menunjukkan Arif menghidap kanser tisu. Ketumbuhan yang dialami terlalu banyak di bahagian saraf mata.
“Lama-kelamaannya matanya mulai tersembul keluar. Semua saraf di bahagian ENT kiri terjejas, pipi semakin membengkak dan mata di bahagian kanan juga terjejas.

“Sejak itu, kehidupan kami sekeluarga berubah 360 darjah. Masa yang ada hanya untuk menguruskan Arif demi melihat dia kembali pulih,” kata Mohd. Nor ketika ditemui di kediamannya di Meru, Klang, Selangor baru-baru ini.
Penurunan berat badan Arif yang mendadak amat merisaukan kedua-dua ibu bapanya. Sebelum ini, berat badan kanak-kanak aktif itu 45 kilogram namun kini menyusut hingga 27 kilogram kerana kesan sampingan rawatan radioterapi.

Arif terpaksa menjalani rawatan radioterapi kerana badannya ‘menolak’ rawatan kemoterapi.
Selepas enam kali menjalani prosedur radioterapi, Arif mula menunjukkan perkembangan positif dan setakat ini dia sudah pun melalui sebanyak 20 sesi.
Apa yang lebih meruntun hati kedua-dua ibu bapanya, Arif sering bertanya bila dia boleh kembali ke sekolah meskipun sudah diberitahu berkali-kali perlu bercuti untuk tempoh yang lama bagi menjalani rawatan.

“Kadangkala dia akan meminta saya membawanya ke sekolah untuk melihat suasana di sana dan mahu pergi ke kantin. Kalau dia sihat, saya akan turuti permintaannya bagi menghilangkan rasa rindu untuk ke sekolah.
“Melihat perubahan Arif, saya dan isteri rasa sangat sedih kerana dulu dia seorang yang aktif. Ada masa kami reda, boleh terima, tapi ada masa juga kami tak boleh terima sebab dia anak kami, kami tak sanggup lagi melihat dia semakin lemah.

“Namun, saya sering ingatkan pada isteri, apa yang jadi sekalipun selepas ini, kalau Allah lebih sayangkan dia, kita kena terima. Tapi kalau Allah masih izinkan untuk kami terus berusaha mencari rawatan alternatif lain, kami akan usahakan. Apa yang berlaku baik buruk, kami serahkan segala-galanya kepada Allah,” katanya yang ditemani isteri, Nor Azlin Mohamad.

Mempunyai tiga orang lagi anak, pasangan itu berulang alik hampir setiap hari ke HKL untuk rawatan Arif.
Justeru, menurut Mohd. Nor, dia tidak mempunyai pilihan lain terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori bagi memberi tumpuan penuh kepada anaknya itu.

Buat masa ini perbelanjaan mereka sekeluarga dan kos ulang alik ke hospital bergantung kepada sumbangan orang ramai.
Sejak kisah Arif tular di laman sosial beberapa bulan lalu, keluarga tersebut menerima sumbangan daripada pelbagai pihak yang prihatin sama ada dalam bentuk wang tunai, barangan mentah, dan keperluan harian.
Selain itu kos rumah sewa ditanggung oleh Lembaga Zakat Selangor.
Mohd. Nor juga menanti bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan boleh dihulurkan ke akaun
          Mohd. Nor Hafiz Abd Aziz







Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/arif-dah-tak-kuat-papa-1.529054#ixzz4tXcswL4R
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2017 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapanya tak mengambil berat akan kesihatan sendiri.  Mesti ada tabiat pemakanan yang salah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat kelantan ada 1 tmpt ubat kanser secara traditional bang.pki ayat2 suci al Quran..cuba selidik
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 24-9-2017 07:09 AM
Bapanya tak mengambil berat akan kesihatan sendiri.  Mesti ada tabiat pemakanan yang salah

Baca komen u, terus scroll balik atas
Ada org lg byk problem/stress, lg byk makan

Kesian ank ni, berat dugaan dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 07:53 AM | Show all posts
keturunan tarak bagus. genes serabut. anak jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya anak ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2017 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang yang jaga betul kesihatan pun boleh je kena. Trigger dia ada di mana2. Rajin2 la periksa diri dan datang awal untuk check up
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2017 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sarcoma ialah kanser yg sgt2 aktif.  Moga pihak zakat negeri bantu utk kos pembedahan dgn segera.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Arif nak main tak boleh dah papa. Arif dah tak kuat. Kenapa Arif jadi macam ni.


sy pulak yg tak kuat baca pagi2 ni ..

bertabahlah .. semoga lekas sihat ye arif ..   
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 09:32 AM | Show all posts
Kesiannya,komen yg baik baik je..macam perlu pakai syrup morphine manjang kot kalau dah senantiasa kesakitan begini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 24-9-2017 07:53 AM
keturunan tarak bagus. genes serabut. anak jadi mangsa

Seronoknya mengutuk keturunan orang. InshaAllah. Bersyukur jerlah anda dilahirkan daripada keturunan yang bagus, tidak perlu kutuk orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 09:42 AM | Show all posts
tad8844 replied at 24-9-2017 07:18 AM
Kat kelantan ada 1 tmpt ubat kanser secara traditional bang.pki ayat2 suci al Quran..cuba selidik

kat kelantan pn ade gak perubatan alternatif y guna herba2...kat machang
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 09:43 AM | Show all posts
mane nombor tepon ayah arif nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannyaaaa... dulu tengok orang dewasa kat wad pun dah tak tahan, apa lagi tengok budak yang suffer macam ni... Allah... moga dipermudahkan ye.. sedih gile kalau anak sakit
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya adik ni..ya Allah berilah kesembuhan pada adik ni..ringankanlah beban kesakitan yg dia tanggung..Aamiin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2017 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 24-9-2017 07:09 AM
Bapanya tak mengambil berat akan kesihatan sendiri.  Mesti ada tabiat pemakanan yang salah

dok taiwan family aku cukup jaga makan dan mengamalkan  amalan sehat.tiba tiba dok muda ini disahkan kolon kanser stage 4.  dah balik taiwan pun . ambik rawatan disane.mungkin sbb faktor keturunan .mak bapak dia pun mati kanser.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Cancer is everywhere nowadays..hopefully famili ini tabah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 24-9-2017 04:30 PM
dok taiwan family aku cukup jaga makan dan mengamalkan  amalan sehat.tiba tiba dok muda ini disahk ...

Baka tak elok la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 23-9-2017 11:53 PM
keturunan tarak bagus. genes serabut. anak jadi mangsa

Aku kekadang hairan. Baanyak kes mak bapak ok tapi anak yang kena.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.078070 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list