View: 5218|Reply: 66
|
[Tempatan]
ibubapa maut ditempat kejadian,anak usia 3tahun cedera kemalangan jalan raya
[Copy link]
|
|
KOTA TINGGI: Sepasang suami isteri maut, manakala tujuh cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Kilometer 59.5 Lebuhraya Senai-Desaru, dekat sini, hari ini.
Muhamad Faizal Ramli, 30, yang memandu PERODUA Myvi dan isterinya, Nurul Farehah Syawal, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah bahagian badan dan kepala, manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dipercayai anak mereka dilaporkan cedera ringan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Mohamed Sazif Mohamed Subri, berkata PERODUA Myvi dari arah Senai menghala ke Desaru bertembung dengan PROTON Waja daripada arah bertentangan.
Katanya, kejadian itu menyebabkan Honda HRV yang mengekori PERODUA Myvi tidak sempat mengelak sebelum turut merempuh PROTON Waja.
"Akibat dari kemalangan itu, pemandu PERODUA Myvi dan penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang kanak-kanak dalam kereta cedera ringan.
"Pemandu PROTON Waja turut cedera parah, manakala pemandu dan penumpang kereta Honda HRV cedera ringan. Keempat-empat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail, dekat sini, untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mohamed Sazif berkata, siasatan dijalankan mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan, selain menasihatkan pengguna jalan raya lebih berhati-hati ketika memandu terutama di musim cuti hujung minggu.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Sailaini Oda, dari Balai Bomba dan Penyelamat Penawar, yang mengetuai operasi menyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.19 pagi.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian jam 10.42 pagi, lapan anggotanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduknya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sape yang langgor garisan tengah ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-9-2017 05:23 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Salam takziah,sedihnya anak 3tahun tu,biasanye cmtula yg melanggo tu cedera ringan je |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnalillahirojiun.. Sebaknya kenangkan nasib si anak..sekelip mata yatim piatu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian nya anak tu...tgk mak bapak meninggal dpn mata |
|
|
|
|
|
|
|
highway tu mmg xde divider kt tgh ker. jalan 2 hala gini pun dipanggil highway ke |
|
|
|
|
|
|
|
Nama je highway tp lps jambatan da jd 2 lorong je..dala tol mahal
Kesian ank kecik2 da jd yatim piatu |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk jalan tak mcm highway pun. Tak pernah lalu situ. Mmg highway ke tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah utk keluarga kedua2 arwah. Kesian anak kecik tu. Yatim dah dia Semoga nasibnya terbela, membesar jadi anak yg solehah dan berjaya, amin |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian ke anak arwah.. dah la kecik lagi.. tak taw apa2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada keluarga mangsa.
Jalan lurus macam tu, mesti mengantuk dibuatnya kalau drive waktu tengah hari yang panas. |
|
|
|
|
|
|
|
E22 higway neraka ni..tol mahal tpi jalan berlubang2 sana sini..hiway tpi jalan selorong..tempat yg accident ni baru ditar jalan nya line putih pun tak ada..double line tpi masih degil nak memotong.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah, sian budak kecik tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ms.engine replied at 24-9-2017 06:01 PM
Nama je highway tp lps jambatan da jd 2 lorong je..dala tol mahal
Kesian ank kecik2 da jd yatim pia ...
Tu mmg bukan Highway pon. Tp Expressway.. SDE Expressway kan.. Bukan Highway. |
|
|
|
|
|
|
|
moonbug replied at 24-9-2017 06:23 PM
Tgk jalan tak mcm highway pun. Tak pernah lalu situ. Mmg highway ke tu?
Mmg highway..from senai to jambatan 2 lorong. After jambatan sampai bdr penawar jalan selorong x de divider tengah, kiri kanan. Kalau mlm gelap gile. X padan dgn harga tol yg mahal tu |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 24-9-2017 07:35 PM
Tu mmg bukan Highway pon. Tp Expressway.. SDE Expressway kan.. Bukan Highway.
Beza ek expressway dgn highway
Sorry kalau i salah bezakn. Mcm NKVE tu north klang valley expressway ok je spi 3 lane |
|
|
|
|
|
|
|
ms.engine replied at 24-9-2017 07:40 PM
Beza ek expressway dgn highway
Sorry kalau i salah bezakn. Mcm NKVE tu north klang valle ...
Mmg xde beza sgt pon.. Expressway is also highway.. Tp tu la.. SDE ni kire expressway pprt cuols.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hanjeng okey hiway neh..harap mahal tp maintenance jalan hazab..tar pun main tampal2 je..walau lurus tp byk part berbukit..pehtu beratur lah klau time lori byk..btw takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
| |
|