CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1166|Reply: 13

[Jenayah] Gambar 4 suspek yang masih bebas, kes bunuh pengawal keselamatan

[Copy link]
Post time 24-9-2017 10:14 PM | Show all posts |Read mode


EMPAT lagi suspek yang masih bebas, sedang diburu polis. Dari kiri Herman Langguru, Harman, Ajai dan Fadilah Abdul Latif. - Foto Ihsan Polis

TAWAU: Polis menahan lima suspek dan memburu empat lagi kerana disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang pengawal keselamatan di luar pusat hiburan di Jalan Kuhara, di sini, pada 17 September lalu.

Dalam kejadian pada jam 2 pagi itu, Norajlan Norsait, 32, meninggal dunia selepas dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Tawau, dipercayai akibat dipukul, pada jam 3.12 pagi, 19 September lalu.

Difahamkan, mangsa telah dimasukkan ke hospital itu pada jam 6.10 pagi, pada 17 September lalu, selepas dipukul oleh orang yang tidak dikenali.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata lima suspek lelaki tempatan yang berusia antara 28 hingga 51 tahun telah ditangkap bagi membantu siasatan.

Katanya, polis kini memburu empat lagi suspek yang masih bebas yang dikenali sebagai, Herman Langguru, 33; Fadilah Abdul Latif @ Boy, 34; Ajai, 30 dan Harman, 20-an.

"Siasatan awal mendapati, pada 16 September lalu, mangsa bersama lima rakannya ke pusat hiburan sebelum mereka keluar dari situ untuk pulang ke rumah, pada jam 2 pagi, 17 September lalu.

"Ketika berada di luar pusat hiburan itu, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki tidak dikenali menyerang salah seorang rakan mangsa. Mangsa cuba untuk meleraikan pergaduhan sebelum seorang suspek menumbuk mukanya.

"Mangsa kemudian dipukul di kepala oleh dua suspek yang mengejarnya ketika dia cuba melarikan diri. Motif kejadian dipercayai akibat perselisihan faham ketika berhibur," katanya dalam kenyataanya di sini hari ini.

Katanya, mangsa telah meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Tawau pada jam 3.12 pagi, 19 September lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2017 10:19 PM | Show all posts
Mabuk kah?  Byk duit pengawal keselamatan siap boleh  clubbing dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka Indon semua...Sabah konon...orang Indon boleh buat IC Klu korang nak tahu...kawan aku antara yg suaminya dah selamat dpt IC orang Sabah kononnya..kawan aku tu inspektor ok...dah 4 thn kahwin... hahahaaa

P/s
First time aku diperkenalkan kpd bf dia (skrg Dh jadi husband) aku tengok dia x pandai bergaul...muka tak mcm org Sabah pun..tapi muka Indon sebijik mcm yg kat atas ni..dan betul tekaan aku tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
wanitajelita replied at 24-9-2017 10:29 PM
Muka Indon semua...Sabah konon...orang Indon boleh buat IC Klu korang nak tahu...kawan aku antara yg ...

Nama Harman/herman ni memang indon pun. Menyemak jer buat jenayah sini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila PATI dpt IC.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 10:48 PM | Show all posts
wanitajelita replied at 24-9-2017 10:29 PM
Muka Indon semua...Sabah konon...orang Indon boleh buat IC Klu korang nak tahu...kawan aku antara yg ...

Inspektor? Inspektor polis ke?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2017 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bugi bugi tawau ka ni ....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lebih tertarik avatar tt.

@Changa kopek labuh irl tu kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2017 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Herman Langguru

Nama Indon sangat
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt tawau mmg ramai yindon bugis..seram siot ngn perangai sekor2..pati yg xsedar diri..dtg negara org buat onar..go to hell!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 24-9-2017 10:48 PM
Inspektor? Inspektor polis ke?

Kau agak inspektor bas ke?....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 12:18 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 24-9-2017 11:57 PM
Kau agak inspektor bas ke?....

Den ingat Inspector Gadget jah. Hihihi, gurau jah.

Ye la. X sangka inspektor pun berselera dengan laki Indon ya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Nila bila pemimpin terlalu merajakan warga asing...lambakan diaorg ..mcm2 kes jenayah dah skang ndgn cost living tinggi lg irg dah x berpikiran waras.humanity dah nipis sgt. Emo ai mlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 09:24 AM | Show all posts
wanitajelita replied at 24-9-2017 10:29 PM
Muka Indon semua...Sabah konon...orang Indon boleh buat IC Klu korang nak tahu...kawan aku antara yg ...

apelah nasib malaysia di tgn inspektor polis kalau dah membiak deols ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.443991 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list