CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4022|Reply: 67

[Tempatan] Selamatkan MARA Digital Mall - buka kepada bukan bumiputra

  [Copy link]
Post time 25-9-2017 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Ideas syor Mara Digital Mall dibuka kepada bukan Bumiputera


http://www.freemalaysiatoday.com/category/...kan-bumiputera/
PETALING JAYA: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) mengesyorkan Mara Digital Mall dibuka kepada peniaga-peniaga bukan Bumiputera untuk “mendorong” Bumiputera menjadi usahawan yang lebih baik susulan laporan bahawa bisnes di pusat tersebut mula merosot.

Pakar ekonomi Ideas, Adli Amirullah berkata kehadiran peniaga-peniaga bukan Bumiputera di Mara Digital Mall akan mewujudkan persaingan sihat dan menggalakkan kaum Bumiputera melangkah keluar dari zon selesa.

“Ini akan meningkatkan produktiviti mereka dan meningkatkan kualiti mereka dari segi perniagaan dan akan memberi manfaat kepada Bumiputera dalam jangka panjang.”

Mara Digital Mall yang juga dikenali sebagai “Low Yat 2” dilancarkan pada 8 Disember 2015 berikutan insiden di Low Yat Plaza pada Julai tahun itu apabila seorang pemuda Melayu mencuri telefon pintar bernilai RM800 dari salah sebuah kedai pusat membeli-belah itu.

Insiden itu dijadikan oleh sesetengah pihak sebagai bersifat perkauman, sekali gus membawa kepada idea agar diwujudkan pusat membeli-belah berasingan yang membenarkan orang ramai, terutama orang Melayu, membeli daripada peniaga-peniaga Bumiputera dan bukannya perniagaan milik Cina di Low Yat Plaza.

Oleh itu Mara Digital Mall khusus untuk usahawan Bumiputera dan bertujuan untuk membantu mereka dalam memecah pasaran runcit teknologi komunikasi (ICT) dibuka.

Bagaimanapun menurut Adli, bukan kesemua bukan Bumiputera yang mendapat manfaat daripada Low Yat Plaza kerana ada yang tidak mempunyai peluang untuk memulakan perniagaan di sana kerana ia begitu kompetitif.

“Itulah sebabnya kerajaan perlu perlahan-lahan membuka Mara Digital Mall kepada bukan Bumiputera. Memberi peluang yang saksama kepada semua rakyat Malaysia adalah lebih penting daripada hanya memberi peluang kepada kaum tertentu,” kata beliau.

Adli turut mengkritik dasar kesemua peniaga Bumiputera di Mara Digital Mall terpaksa mendapatkan inventori daripada seorang pembekal tunggal.

“Itulah cara yang tidak masuk akal untuk mereka menjalankan perniagaan. Ia adalah asas ekonomi. Bekalan terhad akan mendorong kenaikan harga.


“Jika para peniaga tidak mempunyai kebebasan untuk memilih pembekal mereka sendiri, tidak akan ada banyak ruang untuk memaksimumkan keuntungan.

“Apabila anda mempunyai 1 pembekal, peniaga tidak mempunyai pilihan selain untuk menjual barangan mereka di atas harga yang kompetitif untuk menampung margin keuntungan mereka.”

Beliau menambah, penyelesaian kerajaan menimbulkan masalah yang baharu seperti mempromosikan keusahawanan tidak dicapai dengan campur tangan di pasaran.

“Memiliki hanya 1 pembekal, peniaga di Mara Digital Mall akan kehilangan pedagang lain di luar pusat membeli-belah yang bebas memilih pembekal yang berbeza dan boleh bermain-main dengan margin keuntungan.

“Kerajaan boleh memutuskan apa yang difikirkannya terbaik untuk pasaran, tetapi pasaran boleh melakukan ini dengan lebih cekap dan dengan campur tangan yang kurang,” kata Adli.

Menurut Adli, pada akhirnya usahawan Bumiputera tidak akan merasai galakan untuk melabur dalam sektor ICT, di mana ia bertentangan dengan apa yang kerajaan sebenarnya inginkan.

Jika kerajaan benar-benar mahu Mara Digital Mall diselamatkan, beliau berkata, ia sepatutnya berhenti mengganggu operasi di pusat itu.

“Persaingan pasaran perlu sihat supaya ia berfungsi dengan baik. Kerajaan hanya boleh masuk campur apabila terdapat kegagalan pasaran, tetapi mereka tidak boleh menentukan apa yang baik dan apa yang buruk bagi pasaran,” kata Adli.

Artikel The Malaysian Reserve semalam melaporkan Mara Digital Mall sedang berhadapan dengan isu penurunan jualan dan bilangan pelanggan.

Beberapa peniaga dipetik artikel itu menyebut ia disebabkan oleh kekurangan pelbagai produk, harga tidak kompetitif dan publisiti yang sedikit.

Adli berkata satu-satunya cara ke hadapan adalah dengan mewujudkan persaingan sihat dengan membenarkan peruncit bukan Bumiputera beroperasi di pusat membeli-belah itu.

Peniaga juga harus dibenarkan mendapatkan inventori mereka dari pembekal yang pelbagai, katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2017 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Pencacai pergi tengok sendiri la mara digital mall banyak bisnes.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 10:50 AM | Show all posts
Meludah ke langit.

Gagal kerana banyak faktor2 sendirian! Asyik duduk dalam zon selesa, mahu untung atas angin.

Kalau tak berusaha gigih dan belajar dari kesilapan, selama itulah GAGAL terCOP kat dahi selama-lamanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu bila boleh bg dekat org asing nanti dia sewa pakistan, bangla, Indon, dia duduk rumah membuta
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendu je tempat nih. Harapkan kedai Ustaz jela yg meriah sikit. Bekalan wajib amik daripada 1 pembekal je? wtf
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 11:44 AM | Show all posts
pulak
ntah pape je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2017 11:49 AM | Show all posts
Syarat dia bagi kena ambik barang dari satu Pembekal ni... Pembekal ni pulak tolak harga mahal.. .walhal Peniaga boleh dapat harga lagi murah dari tu kalau ambil dari 'Pembekal Luar'... Barang mahal sewa pon dah naik sekarang... bungkos aja laaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 11:50 AM | Show all posts
bila dah nyawa2 ikan harapkan bukan bumiputra lak selamatkan...tak malu ke?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2017 11:54 AM | Show all posts
tempoh sewa free dh lama abis kan?
kt tempat ni Kedai Ustaz jek selalu penuh orang..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 12:40 PM | Show all posts
mana ada sewa free...semua berbayar...silap sikit cazzz..penalti... hari ni tetiba je ramai menteri2 turun tengok tapak... kalau tak senduu ajaa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila amengok nk bisnez  habis digunakan  kabel kronies untung atas  angin
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahaulawala... bapak segala tak tahu malunya bila dah sesak terus mintak tolong kat bukan bumiputera yang sering kita ejek2 tu iya sister?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 01:05 PM | Show all posts
WTF semua peniaga ambil dari satu pembekal je????? baik pembekal tu berniaga terus sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 01:06 PM | Show all posts
tunggu dekat pru, kerajaan umno akan umumkan dana 100juta utk mara digital mall lagi

dana tu dari duit siapa? rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam ni lah senang cerita sis. Jom shopping kat loyat pusat cina jah. Settle.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah menyampah dgn kaum sendiri sbb rasis nak mampus dan suka memaksa org ikut dia.. Pi mampus la bisnes Bodo mcm ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2017 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dizzzek replied at 25-9-2017 01:06 PM
tunggu dekat pru, kerajaan umno akan umumkan dana 100juta utk mara digital mall lagi

dana tu ...

Rakyat Bodo bangang saja undi Najib..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
idadzira replied at 25-9-2017 01:05 PM
WTF semua peniaga ambil dari satu pembekal je????? baik pembekal tu berniaga terus sendiri.

Bisnes kroni lahanat.. Kewujudan MARA digital ni pun penuh dgn noda rasisme dan prejudis. Sila tenggelam dlm kerugian..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 01:32 PM | Show all posts
nitezen replied at 25-9-2017 11:49 AM
Syarat dia bagi kena ambik barang dari satu Pembekal ni... Pembekal ni pulak tolak harga mahal.. .wa ...

syarat bangang camni la slh satu faktor bisnes jadi sendu. untungla si pembekal tu.syarat bangang nk mam
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 01:43 PM | Show all posts
finesse replied at 25-9-2017 01:10 PM
Aku dah menyampah dgn kaum sendiri sbb rasis nak mampus dan suka memaksa org ikut dia.. Pi mampus la ...

lu makan bah kut teh lagi bagus la
ingat ada orang percaya ka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.140044 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list