Semakin berseri-seri nampaknya Laudya Cynthia Bella yang berasal dari negara seberang ini.
Sejak mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran, nampaknya pelakon ini kerap berulang alik dari Indonesia ke Malaysia.
Tengok sahaja perkembangannya melalui Instagram, banyak masanya diluangkan bersama suami dan pelbagai aktiviti seni di sini.
Foto: IG Laudya Cynthia Bella
Ada khabar angin yang mengatakan mungkin aktres filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 itu bakal berpindah terus ke negara ini.
Ia dikuatkan lagi apbila Bella sekarang ini dilantik menjadi juri jemputan mingguan untuk rancangan pencarian bakat cilik Islamik, Ceria i-Star 2017.
Foto: IG Laudya Cynthia Bella
Sudah pasti kehadirannya diperlukan dalam tempoh yang lama di Malaysia kan?
Tambahan pula menurut Astro Awani, Melly Goeslow yang merupakan sahabat rapat Bella juga pernah memberikan bayangan tentang penghijrahan Bella itu.
Foto: IG Laudya Cynthia Bella
Mungkin terlibat dalam rancangan Ceria i-Star 2017 ini merupakan langkah pertama Bella untuk mengembangkan bakatnya di sini?
Lagi pula siapa yang sanggup berjauhan dengan suami kan? -CARI |