CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29983|Reply: 274

Nak Kritik Tayang Badan Dalam Tombiruo? Zul Ariffin Tak Kisah

  [Copy link]
Post time 28-9-2017 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Dah tengok treler filem Tombiruo? Pastinya peminat novelis thriller nombor satu Malaysia Ramlee Awang Murshid, tak sabar nak terjah pawagam pada 12 Oktober ini, kan?


Beralih kepada bintang utamanya, Zul Ariffin menegaskan dia bersedia dikritik apabila tampil tidak berbaju dalam filem adaptasi novel arahan Seth Larney dan Nasir Jani itu.








Memetik BH Online, Zul sudah mempersiapkan mental dan fizikalnya untuk berdepan situasi terbabit sejak dihulurkan tawaran membintangi filem berkenaan lagi.

"Saya sudah bersedia untuk menerima apa saja komen, sama ada daripada penonton mahupun pengikut novel ini. Begitupun saya pasti, penggemar novel mahu melihat apa yang dibaca mereka dalam buku divisualkan ke layar lebar.

"Mungkin juga ada yang tidak dapat menerimanya apabila ia diangkat ke filem kerana ia sememangnya fitrah manusia. Namun begitu, saya sudah bersedia dengan apa juga tanggapan atau kritikan orang ramai kerana ia hanyalah lakonan. Watak yang perlu saya bawakan pula memang digambarkan sebegitu," katanya.








Zul berharap agar dapat menerima penampilannya itu selain menikmati dan menghayati filem terbabit.

"Saya tahu, pasti ada anggapan kononnya saya menayangkan tubuh sebagai pelaris filem. Selalunya pula, pelakon berbuat demikian untuk beberapa babak saja, tetapi saya pula berpenampilan seperti itu bagi keseluruhan filem. Apapun, saya seronok menontonnya dan sebagai pelakon, saya teruja mendapat kostum terbabit.

"Saya dapat menjiwainya kerana ia sesuatu yang baharu dan julung kali saya diberikan watak sebegitu. Kita juga cuba untuk tidak memberikan jawapan mengenai karakter saya yang bertopeng kerana mahu orang tertanya-tanya, bagaimana rupa sebenar watak itu?" katanya.




Foto: IG Zul Ariffin




Apa pendapat anda yang dah tengok treler filem itu? - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2017 11:16 AM | Show all posts
permilihan perlakon tak buat iols teruja nk tgk filem nie... walaupun novel RAM nie salah satu novel fav iols ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 11:18 AM | Show all posts
takde yg komen ke? meh meols komen....

sedap x si jol ni klu x berbaju?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok je.  Sedangkn wolverine pun x pakai baju baru nmpak best.  Miahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
body chuols sedap...so persetankan komen2 #AjetAjet tu semua... kalau chuols berbogel pun meols no hal... sbb chuols letopzz..nampak jantan...

kosser la nak tgk pelakon mcm zizan, cat farish, apek, dok berlengging dlm filem...choii
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Body dia not bad jugak kan so xdela bernanah mata kalu dia tayang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2017 11:39 AM | Show all posts
aku nk tengok nabila tu buka baju
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 11:48 AM | Show all posts
dia ni aku nengok cara dia mcm dia perasan org dok tgk dia je..plus kontrol hensem walaupun hidung kepit telinga capang!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2017 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ram punya novel best. Tp paling minat novel satu janji. Hiks
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 11:49 AM | Show all posts
bab kontrol tu tak payah cakap lah...nampak obvious kontrol dari pergerakan,cara cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 11:54 AM | Show all posts
dia nie kalau berlakon terlampau kontrol sampai tak dengar ape yg dia cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 12:00 PM | Show all posts

dalam drama titian cinta ptg2 tu pun..body heols walaaaaa sgt. x boroi pn perut heols...

xmcm hero muda2 skrg, muda2 lg perut da boroi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 12:02 PM | Show all posts
Apsal dia pakai seluar panjang?


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 12:17 PM | Show all posts
ok la abg jul ripin, mata iols x bernanah, so iols approve sajooo uols nak berbaju ke x

*cuci mate
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 12:21 PM | Show all posts
novel ni best
tp bila ZA jd hero film ni, tak kuasa aku nak tengok sbb mmg heshe belakon taraf kayu kayan, lontaran dialog pun  x jelas
ms naik etihad airways itu hari pun ada film JRevolusi  dlm inflight entertaintment...eeiiii kowser meols nak layan ZA belakon
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ehh..!!choyyy.. cerita titian cinta yg jul ni lakonkan d tv3suku tu pun aku susah nak fokus wlpn jul pakai baju..apatah lagi kalau cta ni jul x pakai baju..so tasty hokeyyy..matilanakkk.. {:shy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2017 12:39 PM | Show all posts
iols cuci mata je tgk heols berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 12:46 PM | Show all posts


x minat aku ngan zul ripin nie...
tp klu dia buka seluar sekali...aku tgk la...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 12:47 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 28-9-2017 11:30 AM
body chuols sedap...so persetankan komen2 #AjetAjet tu semua... kalau chuols berbogel pun meols no h ...

luvyou harris hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 12:48 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 28-9-2017 11:30 AM
body chuols sedap...so persetankan komen2 #AjetAjet tu semua... kalau chuols berbogel pun meols no h ...

kaka sepit memang win lah kalau komen.. org yg x suka zul pun buntang mata tgk zul tidak berbaju.. body heollss cantik untuk ditayang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.317138 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list