CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12476|Reply: 93

Aku dilemma dan stress. Tolong bagi idea!

[Copy link]
Post time 28-9-2017 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by milamela at 29-9-2017 11:05 AM

Salam semua.

Aku tak tau mana nak start tapi aku memang tengah dilanda masalah.  Macam ni, aku bekerja sebagai PA untuk sorang bos ni kat sebuah bank di ibu kota. Kerja kat sini dah nak dekat 2 tahun. Tak tau lah dia ni psycho ker apa, tapi dah berapa bulan ni dia macam silent treatment / mental torture aku. Baru baru ni aku mc 2 bulan atas sebab sakit yang tak dapat nak dielakkan. Tapi sebelum mc pun dia dah mental torture aku cuma aku jer buat bodoh anggap tak paham.

Contoh dia mental torture, dia tak bercakap dengan aku langsung. Pagi dia sampai aku buat kopi untuk dia then aku wish morning, dia buat muka selamba tak layan. Dulu dulu masa baik ada respon lah juga. Lar ni haram nak jawab, senyum apatah lagi. Pastu kalau dia nak mintak apa apa, dia akan melalui manager / staff lain. Kalau terdesak sangat baru dia suruh aku. kadang dia tak puas hati dengan aku, dia jumpa staff / manager dia cite apa dia tak puas hati dengan aku. Aku tak boleh nak digest sebab, aku ni PA kau kot. Apa masalah kau sampai tak nak bercakap dengan aku langsung? tapi dengan staff lain nak nak yang kesayangan, bukan main kau melayan. Dia memang sejenis yang tak puas hati, dia takkan bercakap dengan kau. dia nak kau paham paham sendiri apa salah kau, sampai lah kau berhenti / transfer pegi tempat lain. kat sini banyak manager laki yang blah sebab tak tahan kena layan dengan dia camtu. dia maki manager tu depan orang ramai, pastu bila manager tu mintak transfer dia kiv sampai 2 tahun ding dong ding dong sampai orang tu akhirnya dapat juga keluar pegi tempat lain.


Aku dah sampai tahap nak masuk bilik dia letak /amek dokumen tunggu dia takde dalam bilik sebab kalau dia ada kat bilik, dengan muka dia tak berapa nak welcome, aku rasa macam terhina pulak walaupun dah cuba buat bodoh jer. Baru baru ni ada meeting kelab Jabatan, aku ada sekali dalam meeting tu. Sambil meeting sempat lagi dia perli aku, “ada orang time I takde baru nak masuk bilik I. time I ada dalam bilik tak nak pulak dia masuk.” Aku dalam hati dah macam.. fuhh. Bos perli PA dalam meeting eh?? Oh bos aku ni jenis suka maki hamun orang, kalau marah dia menjerit sampai 1 floor tau kau kena marah. Lepas keluar dari bilik dia sure muka kau malu sebab semua staff akan pandang. Mostly yang keluar dari Jabatan aku ni semua sujud syukur sebab tak payah nak ngadap dia lagi. PA dia yang sebelum aku pun penah mc 3 bulan, sakit lebih kurang aku juga. Kakak tu start kerja dia pun torture kakak tu sama macam dia torture aku sekarang, aku rasa teruk lagi kot dia kena. Tapi Alhamdulillah kakak tu dah pegi Jabatan lain & dapat bos yang lebih baik. Rezeki dia.


Tu belum part pilih kasih. Masa meeting Jabatan tu, staff kesayangan dia yang ganti aku time aku mc pulak masuk hospital sebab keguguran. Dia Tanya semua dalam meeting room tu, bukan Jabatan ni ada tabung musibah untuk staff ker? Semua diam. Then dia Tanya lagi, selalu si temah (bukan nama sebenar, staff kesayangan dia) yang collect kan? Ni dia masuk hospital, takkan takde siapa yang collect? lepas ni buat collection untuk dia & kirim duit tu kat staff yang pegi visit dia petang ni. Ada lah 2-3 orang yang berbulu sebab yang berbulu tu semua penah masuk hospital termasuk aku,tapi tak penah pulak si temah tu buat apa apa collection, tapi bila part staff kesayangan dia kena buat collection pulak?


So di sini problem aku, prosedur kat sini, notis tender kena 3 bulan. By bulan 12 sure kat sini dah heboh dengan kpi, so aku tak nak lagi ngadap kpi pilih kasih politik orang. Aku boleh agak kpi aku sure teruk kena potong sebab mc & aku dengan dia pulak camni. Aku decide nak tender 24 jam jer, lepas dapat gaji nak cabut. aku tau akibat yang akan datang, tapi serius, sepanjang aku bekerja, aku tak penah jumpa bos aneh macam ni sampai aku kena bertindak berhenti 24 jam. Aku jarang tukar kerja, terpaksa sangat baru tukar, tu pun tender secara proper.


Tapi aku kena fikir, aku tengah pregnant anak no.2, baru 2 bulan. Husband aku gaji tak tetap. So mostly tanggungan setiap bulan semua under aku. Aku pun tak dapat kerja kat tempat lain lagi ni.


Korang ada idea tak apa kerja yang boleh buat dari rumah? Aku fikir nak jual makanan, tapi rasa jual 1 benda jer tak cukup. Korang boleh share idea lain yang aku boleh buat untuk menjana pendapatan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2017 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade HR tak ofis u?  Lodge official complaint
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 04:30 PM | Show all posts
Mesti bos ko tu andartu tak laku kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2017 04:34 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 28-9-2017 04:29 PM
Ade HR tak ofis u?  Lodge official complaint

HR pun tak telus u. PA lama dulu jumpa HR sebelum mintak transfer. Dia cerita semua isi hati dia, the next day bos i pun tau semua cerita minah tu. penah ada orang komplen, orang HR cuma jawab, layankan jer lah bos kau tu. apa dia mintak, bagi jer lah. HR pun malas nak fikir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2017 04:35 PM | Show all posts
tagas replied at 28-9-2017 04:30 PM
Mesti bos ko tu andartu tak laku kan

malangnya bos aku lelaki ada anak 3.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 04:36 PM | Show all posts
kesianya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2017 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis sabar la smpai bersalin. Or sampai dpt kerja baru..sabar ye sis. Kesian plak..mencik tol silence treatment ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
X beznye la dapat boss cmni... lagi satu tu yg saya x suke bile company kene tender notice 2/3 bulan.. mcm mengikat staff pula.. mmg la nk elak staff lompat2, tapi klu dpt company tak bez, cmni la jadinya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2017 04:51 PM | Show all posts
lil_sparky replied at 28-9-2017 04:48 PM
Sis sabar la smpai bersalin. Or sampai dpt kerja baru..sabar ye sis. Kesian plak..mencik tol silence ...

Kalau kenangkan financial, memang nak sabar u. tapi kenangkan hari hari yang nak kena hadap muka bos macam tu, dengan dia layan macam kita ni takde muka & rasa terhina. macam no choice. dah lah kerja direct dengan dia. penah one time aku menangis teruk malam malam sebab tak nak pegi kerja esok. macam budak tak nak pegi sekolah. maybe sebab aku pregnant hormon tak stabil pun yer juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2017 04:53 PM | Show all posts
Edited by milamela at 28-9-2017 04:55 PM
epis replied at 28-9-2017 04:49 PM
X beznye la dapat boss cmni... lagi satu tu yg saya x suke bile company kene tender notice 2/3 bulan ...

betul sis. aku rasa tempat kerja aku ni dah kena revise balik polisi / prosedur lapuk diaorang ni. 3 bulan tender macam tak relevant. so far semua staff cabut sama ada tender sebulan atau dapat gaji pastu bagi notis 24 jam cabut terus. buat apa nak tunggu 3 bulan, dengan gaji kena hold lagi. nak nak macam jabatan aku ni, mau tak terseksa 3 bulan kena torture.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 04:56 PM | Show all posts
i nak nasihatkan u better u gi jumpa hr mintak utk transfer ke apa2 jabatan or position  yg releven dengan sis. JANGAN RESIGN ok.  Iols dulu pernah jugak keje bank HQ kat tgh ibu kota. tak sampai sebulan i dah resign. office politik mmg teruk walaupun i tak berminat nak main politik. 1st time masuk banking industry. i xder choice. now i suffer and struggle end up balik kg. now i buat bisnes kecik2 juai 1 jenis minyak ubat ni tapi SENDU.

sampai skrng i still looking for a job. i accounting background.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2017 05:07 PM | Show all posts
iwan007 replied at 28-9-2017 04:56 PM
i nak nasihatkan u better u gi jumpa hr mintak utk transfer ke apa2 jabatan or position  yg releven  ...

adakah kita dari bank yang sama? sama lah. i pun first time kerja bank ni, sekali politik kat sini memang politaik lah i must say. department lain i tak sure tapi cukup lah dengan department sendiri pun kena macam ni. i ingat kalau dapat kerja lain nak cabut sebelum kpi bulan 12 ni tapi macam tipis jer peluang. zaman sekarang nak cari kerja lain memang susah. ditelan mati emak, diluah mati bapak kata peribahasa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 05:20 PM | Show all posts
Meletak jawatan dlm tempoh 24 jam  akan dikenakan pampasan sebulan gaji.  Tetapi jgn takut, rezeki kita Allah yg beri.  Jgn gadaikan kebahagian dan keseronokan  bekerja demi sesuap nafkah dan elakkan diri digeluti stress  gara2  seorang bos yg tidak tahu menghargai pekerjanya.

Nak cari nafkah kena cari kerja, bukan kerja cari kita.  Kena ada tekad yg kuat dan bersabar.  Orang berniaga pun bukan hari ini mulakan jualan besok dah jadi tokey.  Muhasabah diri dan  kenalilah kebolehan apa yg sdr ada.  Hari ini orang jual nasi lemak pun boleh menjana pendapatan, apa lagi kalau pandai menjahit.  Kalau tak ade kepandaian ape2, pergilah belajar atau kursus: tailoring ke, baking ke,  kraft ke... ape2 sajelah  asal tidak pangku tangan.  InsyaAllah, bila ada kemahuan di situ ade jalan.  Semoga berjaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2017 05:29 PM | Show all posts
Edited by milamela at 28-9-2017 05:31 PM
nolya replied at 28-9-2017 05:20 PM
Meletak jawatan dlm tempoh 24 jam  akan dikenakan pampasan sebulan gaji.  Tetapi jgn takut, rezeki  ...

rasa nak menangis baca komen sis. yer, pampasan memang akan kena bayar balik pada bank akan datang sama ada sebulan atau 3 bulan gaji, aku memang takut by the time kena bayar pampasan tak dapat kerja lagi, macam mana nak bayar? walaupun aku percaya rezeki Allah tu pasti ada cuma cepat atau lambat jer. aku akan cuba cari dengan bakat sendiri, insya Allah. thanks sis!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
milamela replied at 28-9-2017 05:29 PM
rasa nak menangis baca komen sis. yer, pampasan memang akan kena bayar balik pada bank akan datang ...

Dari awak resign drastik dan kene bayar pampasan dan awak xdpt keje kt tmpat lain, awak lagi rugi, better awak resign ikot sepatutnya 3 bulan, then duit yg sepatutnya tuk bayar pampasan awak gune tuk backup sementara cari keje lain..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2017 05:41 PM | Show all posts
epis replied at 28-9-2017 05:36 PM
Dari awak resign drastik dan kene bayar pampasan dan awak xdpt keje kt tmpat lain, awak lagi rugi, ...

yup.. tu pun aku ada fikir juga. tapi by the time nak tunggu 3 bulan tu dah bulan 12, mesti kena ngadap kpi juga nak tak nak. pastu bos aku ni pantang orang resign ker mintak transfer ker. dia doublekan mental torture sebab pada dia, padan muka kau. tak nak duduk department aku ni sangat kan? hah camtu. aku tau sebab dia penah mengaku masa dia baik dengan aku satu ketika dulu. tapi aku akan pertimbangkan juga idea tu. mekaseh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2017 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dik, tu realiti dunia kerja zaman skrg ni dik. Politik n ass-kissing tu memang ada dalam mana2 job pun. Either u sink or u swim.

Orang macam bos ko tu sebenarnya hidup dia tak bahagia, sebab tu dia nak orang lain pun rasa tak bahagia macam dia gak. Ko jangan korbankan masa depan n family ko untuk spesis2 macam ni. Kalau ko berenti, lagi dia rasa puas hati.

So akak nasihatkan, ko kena belajar untuk jangan ambik port pasal sikap dia. Buat je kerja ko macam biasa. Persetankan le dia nak ignore ko ke, nak cakap2 pasal ko kat belakang ko ke. Jangan jadi easy victim. Tapi jangan le pulak ko provok2 dia ke, perang mulut ke...

Good luck sis. Semoga jadi lebih kuat bila fikirkan masa depan family ko ye  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2017 06:06 PM | Show all posts
Megikari replied at 28-9-2017 05:53 PM
Dik, tu realiti dunia kerja zaman skrg ni dik. Politik n ass-kissing tu memang ada dalam mana2 job p ...

thanks sis. aku akan cuba bertahan selagi mampu. tu yang aku tengah cuba buat, buat bodoh jer lah. tapi kenangkan kalau stay lama masa depan kat sini pun tak cerah juga kalau dah kpi asyik kena slash, rekod buruk. nak pegi department lain pun department lain tak nak walaupun department tu tak tau hakikat yang sebenar. bos aku ni suka ugut staff, kalau nak tunjuk samseng, meh sini i tunjuk samseng kat u balik. ada 1 manager sini masuk sama dengan aku, kerja 6 bulan dah kena sacked sebab dia tak puas hati dengan mamat tu for small reason. tiap tiap hari dia komplen kat HR sampai HR offer mamat tu pampasan & dinasihatkan resign sebab bos aku suruh. tapi dia thru HR, which aku rasa dia kecut pun sebenarnya. kenapa kau tak buat direct jer kan? dia buat silent treatment kat mamat tu, tiap tiap hari dia tanya staff & manager kesayangan dia, "eh ada lagi mamat tu? ingat dah blah dah. tak paham paham bahasa ker orang dah tak nak?"
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Megikari replied at 28-9-2017 05:53 PM
Dik, tu realiti dunia kerja zaman skrg ni dik. Politik n ass-kissing tu memang ada dalam mana2 job p ...

very nice..thumbs up
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 06:11 PM | Show all posts
milamela replied at 28-9-2017 04:35 PM
malangnya bos aku lelaki ada anak 3.

entah-entah bini dia yg buka thread minta cerai kat FD
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.898687 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list