CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4652|Reply: 14

Suami Dedah Isteri Khalwat, Pasangan Kapten Ditahan

[Copy link]
Post time 28-9-2017 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


ISU suami atau isteri main kayu tiga kini tidak lagi asing dalam negara kita. Walau sudah punya pasangan yang sempurna, tapi masih lagi mahu mencari ‘spare part’.

Sejak bulan April lalu, seorang lelaki telah memuat naik satu gambar dengan kapsyen yang memilukan hati apabila isterinya sendiri dikatakan telah mengadakan hubungan terlarang di belakangnya.



Difahamkan bahawa wanita itu merupakan Kapten dari Maktab Tentera Diraja manakala si lelaki pula berpangkat Leftenan di pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, telah menjalinkan hubungan sejak September tahun lalu.

Pasangan itu telah ditangkap berkhalwat di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Cyberjaya, Selangor pada 2 April yang lalu, jam 3 pagi.

Ketika kejadian, suami wanita tersebut telah membawa dua orang anggota polis dari Balai Polis Cyberjaya, seorang saksi dan beberapa kakitangan pihak hotel bersama seorang pengawal keselamatan sebagai saksi.

Pasangan ini juga difahamkan pernah ditangkap pada September tahun lalu di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Lelaki tersebut telah memaklumkan di akaun Facebooknya bahawa pasangan itu mengambil masa hampir setengah jam untuk membuka pintu hotel tersebut. Setelah diserbu, wanita itu sedang menyorok di dalan tandas.

Menurut posting tersebut, selepas disoal siasat, kapten itu mengaku sanggup datang dari Kuantan, Pahang dengan menaiki bas ke Putrajaya dan seterusnya menuju ke hotel di Cyberjaya untuk bertemu si kekasihnya itu.


Hasil perkongsian itu, ramai netizen memberi komen negatif dan ada juga positif yang menyebelahi si suami serta terdapat sesetengah menyebelahi nasib wanita itu kerana terdapat satu berita lain mengenai kisah curang ini yang tular di media sosial.



Menurut portal Sila Meninggal, terdapat satu gambar menunjukkan perbualan seorang individu dengan admin sebuah page yang tidak diketahui sedang menceritakan mengenai hal sebenar yang berlaku.

Lain pula cerita seorang individu itu yang mengatakan bahawa penangkapan itu telah dirancang oleh si suami kononnya kerana tidak berpuas hati si isteri telah meminta cerai.

Katanya suami tersebut tidak menjalankan tanggungjawab serta sering memukulnya dan telah melakukan hubungan terlarang bersama wanita lain serta melanggan khidmat pelacur bagi memuaskan nafsunya.

Bukan itu sahaja, si suami juga dikatakan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak memberi nafkah zahir termasuk tidak menanggung perbelanjaan isi rumah selama mereka berkahwin.






Dikatakan si suami telah menceraikan isterinya lebih daripada 10 kali namun tiada sebarang pengesahan dilakukan kerana si suami sering berdolak dalik menafikan lafaz talak itu.

Kononnya, leftenan yang merupakan kekasih wanita itu dikatakan kenalan rapat keluarga wanita tersebut dan sering bersama dengannya ketika dia mengalami masalah dengan suaminya itu.

Hubungan perkahwinan leftenan tersebut turut goyah kerana isterinya dihasut oleh suami wanita itu yang mengadu mengenai hubungan terlarang pasangan itu.

Namun, jika dilihat di sini keadaan masih tidak jelas lagi. Walaupun terdapat cerita lain di sebalik kejadian yang berlaku, sebagai orang luar, kita tiada hak untuk masuk campur dalam hal rumah tangga orang lain.

Di akaun Facebook suami kapten itu, dia telah menyatakan bahawa jika masih ada lagi dakwaan yang mengatakan dia mereka cerita mengenai kecurangan isterinya, dia tidak akan teragak-agak untuk menyatakan bukti yang lain.





Namun, pasangan itu akan didakwa pada 25 Oktober di Mahkamah Syariah Daerah Sepang di bawah seksyen 29(a&b) jenayah syariah dan jika di dapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Biarlah pengadilan yang menentukan siapa betul dan siapa salah. Jika hanya mendengar khabar angin tanpa bukti, masalah tidak akan selesai sama sekali.

[youtube]VhmPBLluTdA[/youtube]

Sumber : MYNEWSHUB


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2017 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
birahnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk video tu sohih sebilik. Dia2 mengelak & panik kena serbu. Dekat mana yang kata dirancang?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bini menyampah dgn ko..  lepas kan jelah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak paham dgn jantan mcm ni. sah2 ko x didik dia dgn betul. Sebab tu dia tak takut dosa cari jantan lain.

Kau pon bukan elok aku rasa. Ego tinggi nih mesti ko rasa x boleh hidup tanpa bini. Baik ceraikan jer kahwin ngan sajat. Dgr suara macam kendoo sgt mesti sajat suka.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 09:37 PM | Show all posts
masing2 mesti ada silap kat mana2 tu. Yg suami pun kalau tak bersebab takkanlah isteri nak buat camtu. Rare case sangat la kot kalau isteri saja2 gatal cari lelaki lain. Isteri pun satu hal, yg pi mengadu kat jantan lain tu dah kenapa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2017 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk tnya..kalau penjawat awam ada kes mahkamah..mcm khalwat etc mcm kes ni..xkena buang kerja eh
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 09:40 AM | Show all posts
da ada suami hadap jugak jntn lain
da ada istri hadap jugak prempuan lain..
zmn sekarang da jd perkara biasa pulak
da semakin ramai suami/istri curang
kalau da salah sorang buat perangai baik bercerai jerk dr awal
masing2 pilih jln sendiri nak kawin lain atau nak jd org bujang

kalau suami curang berbakul bakul org ketiga/perempuan lain dikatakan mcm babi suka menyondol ...
tp kalau istri yg curang suami pulak salah kenapa x didik istri/kenapa x ceraikan istri
sape yg betul sebenarnya dlm hal rumahtangga ni yerrr...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2017 09:49 AM | Show all posts
x da ka pic miss kapten tu nk tgk

n pic skandalnya si leptenen tuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 10:27 AM | Show all posts
dah terang isteri ko ada hub dgn lelaki lain pun ko x reti nak lepaskan..
apa yg ko hadap dgn wife gitu.... ??/nak sgt tunjuk power title suami.. ??
(..hihi....agak2 suami bajet gud2 ni baca tak?)
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape punye cite dahhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:06 PM | Show all posts
malas tgk dan baca drama dgn skrip tonggang terbalik
scripwriter mana????

isteri curang, laki curang so... ceraila
brg yg lepas jgn dikenang, brg yg terlepas pon jgn diambikk .. tak baik
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:51 PM | Show all posts
lil_sparky replied at 28-9-2017 09:55 PM
Nk tnya..kalau penjawat awam ada kes mahkamah..mcm khalwat etc mcm kes ni..xkena buang kerja eh

pernah ada kes kantoi khalwat pengarah kat satu jabatan di universiti, tak silap dia diberi pilihan sama ada nak berhenti secara suka rela atau pindah ke tempat lain kalau x silap...dia pilih berhenti. So tak dapat la duit pencen.

Tapi biasanya, busuk2 pon kena pindah je lah...harap2 Malaysia Baharu ni dah tak guna prosedur ni, terus buang jah bagi tukar sikit mentaliti ummah gomen
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau bini dah tak nak bang, lepaskan je lah. kalau kekal kawin sampai ke tua pun tak bahagia buat apa.

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2018 08:57 PM | Show all posts
pompuan sama taraf dengan lelaki sekarang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.063605 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list