|
Aeril Azrel dan Wawa Zainal memang sentiasa romantik. Tengok sahaja gambar-gambar di Instagram, memang ramai memuji pasangan selebriti ini.
Namun baru-baru ini mereka dikecam teruk gara-gara satu foto yang dikatakan tidak senonoh disebabkan gaya dan isyarat tangan yang dikatakan lucah. Biar betul?
Dalam kapsyennya, aktres jelita itu menulis, "Siapa nye style cam tu tu? Ce tekaaa."
Foto: IG Wawa Zainal
Niatanya cuma bergurau kerana cuba meniru gaya Sajat dan Datuk Seri Vida, namun tindakan tersebut telah menimbulkan salah faham di kalangan peminat.
Ramai yang meluahkan kekecewaan terhadap kedua-duanya kerana sebelum ini mereka terkenal dengan imej yang sopan dan islamik.
Foto: IG Wawa Zainal
Ada juga pengikut yang menegur Wawa kerana membela kuku panjang dan tidak sesuai dengan penampilan seorang muslimah.
Walaupun dipenuhi dengan komen negatif, selebihnya memuji kemesraan yang terjalin antara mereka dan menjadikannya sebagai contoh dalam rumah tangga.
Foto: IG Wawa Zainal
Apa pun diharap Aeril dan Wawa akan ambil kritikan peminat secara positif ya. -CARI |
|