CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4539|Reply: 60

Harga Diri Lim Kit Siang Dibeli Mahathir RM1Billion??"Test Case" Belum

  [Copy link]
Post time 1-10-2017 08:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by dcruins at 10-10-2017 10:21 PM

Panazzzz ni,typical laaaa guna bank offshore Singapore/Hong Kong.....

ada drama saman menyaman lagi laaaaa agak nyerrr ni....

Baru RM750 juta terbayar setakat ni khabar nyerrr...

-------------------

http://www.malaysia-today.net/mahathir-rasuah-kit-siang-rm1-bilion-untuk-jadi-pengerusi-pakatan/

Mahathir Rasuah Kit Siang RM1 Bilion Untuk Jadi Pengerusi Pakatan
By MT Webmaster    On Oct 1, 2017


Mahathir menyogok Kit Siang RM1 bilion supaya dia boleh menjadi Pengerusi Pakatan. Sebahagian daripada perjanjian itu adalah Kit Siang tidak akan ‘mendedahkan apa-apa’ berhubung skandal forex Bank Negara dan Mukhriz akan diberikan kerusi parlimen yang selamat untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. RM750 juta telah dibayar setakat ini dan apabila kerusi Mukhriz disahkan maka bakinya akan dibayar.

(bicara News) – Tindakan Lim Kit Siang semenjak awal tahun ini telah membingungkan ramai orang, terutamanya kepimpinan DAP. Kit Siang nampaknya telah menghangatkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kit Siang tidak lagi menganggap Mahathir sebagai bapa perkauman, ‘Bapak’ segala rasuah, orang yang membunuh demokrasi, orang yang memusnahkan badan kehakiman, penjenayah yang mesti dimasukkan ke dalam penjara sepanjang hayatnya apabila Pakatan Harapan berkuasa, dan sebagainya.

Malah, hari ini Kit Siang menganggap Mahathir sebagai individu yang akan menyelamatkan Malaysia dan dia mengatakan bahawa dia tidak pernah mempunyai dendam peribadi terhadap Mahathir tetapi hanya tidak bersetuju dengannya mengenai hal-hal dasar dan pengurusan negara. Sejauh mana maruah Kit Siang dari menggelarkan Mahathir  ‘Syaitan’ kepada sekarang menggelarkannya ‘Anak Tuhan’.

Sebenarnya ia lebih daripada itu. Mahathir telah membeli Kit Siang dengan harga RM1 bilion dan itulah sebabnya orang cina tua itu telah berubah menjadi ‘anjing tua Mamak yang jinak’. Jadi benar apa yang mereka katakan pada tahun 1976 selepas itu, yang mana Kit Siang boleh dibeli tetapi ia perlu pakai banyak wang. Mereka yang mengingati skandal Exxon pada pertengahan 1970-an yang melibatkan carigali minyak di Laut China Selatan akan tahu apa yang dimaksudkan. Malah, Kit Siang hampir dipenjara kerana isu tersebut dan ketika dia melakukan U-turn ramai orang tidak memahami sebabnya.

Bagaimanapun, beberapa hari yang lalu seorang kawan menghubungi saya untuk pergi ke London bagi mengaturkan seseorang untuk berjumpa dengan saya. Rakan saya tidak akan memberikan butiran lebih lanjut tetapi hanya mengatakan bahawa ‘seseorang’ dari ‘dalaman’  DAP dan dia mempunyai maklumat yang sangat penting untuk didedahkan.

Kami berjumpa dan penyampai maklumat ini memberitahu saya bahawa Mahathir telah menyogok Kit Siang dan jumlahnya adalah RM1 bilion yang akan dibayar dalam empat peringkat. RM750 juta telah pun dibayar dan peringkat akhir sebanyak RM250 juta akan dibayar apabila perjanjian itu selesai sepenuhnya. Wang itu, menurut sumber rapat, telah dibayar di Hong Kong dan Singapura.

Untuk memperoleh yang RM1 bilion pertama, Kit Siang perlu bersetuju dengan PPBM menyertai Pakatan Harapan sebagai ahli gabungan keempat dan Mahathir menjadi Pengerusi gabungan. Kemudian Kit Siang harus ‘undur’ dan tidak mendedahkan apa yang dia ketahui semasa pendengaran RCI mengenai RM31.5 bilion skandal forex. Mukhriz seterusnya mesti diberi kerusi parlimen yang selamat untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kalau boleh kerusi yang DAP boleh ‘kawal’ dan boleh mengarahkan pengundi siapa yang perlu di undi.

Selepas mendengar pendedahan ini saya memberitahu sumber rapat yang saya tidak boleh menulis cerita ini kecuali saya dapat melihat buktinya. Ini sama dengan sumber rapat yang mendedahkan bahawa Muhyiddin mempunyai hubungan dengan Nika Gee. Kecuali saya dapat melihat bukti tersebut maka ia hanya sekadar cerita dan bukan sesuatu yang saya boleh tulis. Orang yang membawa skandal Muhyiddin-Nika Gee ke perhatian saya kemudian menunjukkan kepada saya afidavit yang ditandatangani untuk membuktikannya.

Sumber rapat yang saya temui kemudian menunjukkan bukti kepada saya. Saya dapat melihat buktinya tetapi dia tidak boleh memberikan apa-apa salinan, katanya. Dia menunjukkan bukti untuk membuktikan bahawa dia menyatakan perkara benar. Beliau juga berkata jika SPRM merasakan mereka mahu mengambil tindakan dan inginkan bukti maka dia bersedia untuk bekerjasama. Walau bagaimanapun, akan ada terma dan syarat tertentu, yang mana SPRM perlu bersetuju terlebih dahulu.

Bukti yang telah ditunjukkan kepada saya pasti meyakinkan dan jika SPRM melihatnya juga, mereka pastinya akan mengesahkan bahawa wujudnya kes. Isu Kit Siang yang menerima rasuah RM1 bilion adalah satu perkara tetapi bagaimana Mahathir menjelaskan dari mana datangnya RM1 bilion? Dan mengapa urus niaga ini dilakukan di luar pesisir dan bukan di Malaysia jika tiada unsur jenayah dilakukan? Anda hanya berurusan di luar pesisir jika anda melakukan jenayah dan anda tidak mahu bank tempatan mengetahui tentangnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2017 08:37 AM | Show all posts
Selamat bertarung di mahkamah laaa nampak nyerrr jalan citer dia lepas ni.....




Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Berita syok sendiri..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2017 08:44 AM | Show all posts
Industri finance cuci2 singapura lagi dan lagi,Hong Kong pun nak masuk sekali....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2017 08:49 AM | Show all posts
Siapa kahhh Mole dalam DAP ni.....

Sikit2 nak minta khidmat tukang cuci2 Singapore, pi kaya kannn big bro PAP jerrrr....guna laaaa Labuan sekali sekala, sekurang nyerrr capital tuuu masih dalam negara. Apa daaaa......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2017 08:57 AM | Show all posts
Kalau urusan cuci2 yg kat Hong Kong, apek fund manager ni kot disuruh urus kannnn...






Lim Guan Eng meraikan Dato ‘Cheah Cheng Hye, Pengerusi & Ketua Pegawai bersama Pelaburan Value Partners Limited (tengah)



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-10-2017 09:02 AM | Show all posts
Siapa laaaa yg nak kena dakwa ni, yg menyampaikan berita dari Manchester tu ke atau Mole dalam DAP tuuuu yg bawa bukti2 transaction offshore ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
apa lah sgt 1 billion bg Tun celah gigi je.satu  jacket  kulit mewah berjenama anak dia hilang kena curi kat london pun harga lebeh sejuta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2017 09:09 AM | Show all posts
Boboi nak dibagi kawasan safe mana untuk bertanding....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2017 09:10 AM | Show all posts
akusukaq replied at 1-10-2017 09:06 AM
apa lah sgt 1 billion bg Tun celah gigi je.satu  jacket  kulit mewah berjenama anak dia hilang kena  ...

Cash is King versi Mahathir & Lim Kit Siang dari Fujian....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.....kelakor
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 10:06 AM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 1-10-2017 11:14 AM

HAHAHAHAHAHAHA.................................Murahnya hargadiri Lim Kit Siang.
Najib takmain 1 billion ni. Hargadiri Najib sekurang-kurangnya 50 BILLION!
Dah takda benda lagi nak fitnah.
Nak rampas Selangor melalui lompat katak, cuma mat Taib je yg dapat.
Nak megah jadi best fren Trumph, alih-alih Trumph tak mahu
lawat Malatsia dalam lawagtannya ke Asia, November ni.
Tak dapatlah Najib bermegah-megah bergambo-gambo.
Alih-alih perasmian Pakatan kat Kucing dan Jb dapat sambutan.
Adehhhhhhhh.sakitnya di sini.
Terus buat cerita KIt siang kena lelong rega cuma 1 billion je..................
Takda cerita lain yang lebih lawak ke....????


Kesiannnnn decruins, kena UPKAN benang yang tka laku ni...........
Semua orang ketawakan dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2017 10:09 AM | Show all posts
Siapa kah mole itewwww....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2017 10:15 AM | Show all posts
Bank offshore mana kahh yg diguna Mahathir & Lim Kit Siang  kat Singapura & HK agak nyerrrr....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 1-10-2017 10:06 AM
HAHAHAHAHAHAHA.................................Murahnya hargadiri Lim Kit Siang.
Najib takmain 1 bi ...

Kan..... jom gelak reramai kahkahkah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2017 10:30 AM | Show all posts
dunia politik.....macam2 ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2017 10:32 AM | Show all posts
Siapa kah yg nak disaman mahathir & kit Siang?? RPK ke atau mole dalam DAP ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2017 10:38 AM | Show all posts
Patut laaa U-Turn semacam jerrrr Lim Kit Siang Dari Fujian ni dengan A/L Iskandar kutti......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2017 10:46 AM | Show all posts
Negara Tax haven jiran sekali lagi jadi highlight.....

Suruh cabut lari jerrrr laaaa client cuci2 kat dua negara ni, asyik kantoi jerrrrr, suruh client2 bawa lari jerrr harta dia pi tax haven lain, dah tak selamat kat Singapura & HK nampak nyerrrrr....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2017 04:54 PM | Show all posts
berhati-hati gilerrrrr nampak nyerrrr macai2 Lim Kit Siang dengan isu ni yg baru meletup semalam kat social media mereka,ada yg maki2, ada gak yg nak tau siapa orang dalaman DAP yg berani mati ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.539308 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list