Berikutan tidak terdaya, seorang lelaki hampir maut dihempap besi angkat berat 120 kilogram di bahagian leher ketika mengangkat berat seorang diri tanpa dipantau jurulatih bina badan di bilik gim di Brisbane, Australia baru-baru ini.
Memetik laporan Daily Mail, mangsa berusia 28 tahun dikenali sebagai Jason Layt ketika itu sedang baring di atas kerusi angkat berat itu, namun disebabkan tidak berpegang kuat besi angkat berat itu, akibatnya ia terjatuh dari bahagian dada dan tergelincir ke bahagian leher.
Mujur pada masa itu, orang ramai yang berada di lokasi menyedari situasi yang dialaminya, maka segera menghulurkan bantuan, barulah Jason terselamat daripada kecederaan yang serious.
Paparan video jelas menunjukkan ketika besi angkat berat itu terhempap bahagian leher, Jason kelihatan berusaha untuk mengalihkan pemberat itu namun gagal.
Selepas kira-kira 17 saat, barulah terdapat orang awam yang prihatin datang memberi bantuan.
Kemudian Jason dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.
Walaupun lehernya perlu dikekalkan kedudukannya dengan alat pengekal selama lima jam, namun mujur tiada mendatangkan masalah besar buat dirinya.- CARI