|
(Edisi Tahniah) Update 105 #107 gambar kawin #84 Dato Jalaluddin Hassan kawin ah
[Copy link]
|
|
tak mahu cari pengganti ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh Datuk. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh , n rest well |
|
|
|
|
|
|
|
vanillaninja replied at 2-10-2017 02:46 PM
Heols kahwin dengan Ridana ke Ridani?
Nikah dgn Ridani kejap.
Akak rasa dia stress bila dibawa berbincang akan topik keluarga bahagia. Sepjg program , mesti hati rasa rindu pd arwah isterinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sihat dan banyakkan berehat datuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by RatuDunia94 at 2-10-2017 05:55 PM
vanillaninja replied at 2-10-2017 02:46 PM
Heols kahwin dengan Ridana ke Ridani?
Nahhh...
ARKIB : 16/05/1999
Ridani setelah bebas dari penjara kasih
Keegoanmu makin tak tertahan
makin tak terbendung
makin tak terluak
kerana ngerinya akupun terluka
oleh amarahmu
sering salah sangka
Kesilapanku asyik kelihatan
asyik kedengaran
asyik kau ulangkan
sehingga pedihnya
cinta yang membara
namun masih
aku pertahankan
Untuk hidup bersamamu
ku impikan bahagia
untuk hidup bersamamu
ku idam rindu setia
sebaiknya kasih sayang
kita gemerlapkan
di dalam jiwa
sebelum menjadi
lautan bara...
BAIT-bait lagu terbaru dendangan penyanyi muda Liza Hanim berjudul Ku Idamkan Rindu itu memang berupaya membuatkan jiwa pelakon sensasi Ridani Ghani goyah saat-saat menghayatinya.
Bagi Ridani, melodi dan lirik lagu itu bukan sahaja mampu meruntun hatinya bahkan ia seolah-olah 'menyimpan' kisah suka-duka perkahwinan yang pernah dilayarinya bersama pelakon tinggi, kacak, macho dan menggoda - Jalaludin Datuk Hassan.
Aktres yang mendapat pendidikan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) di Sekolah Menengah Sri Dungun, Terengganu ini menjadi isteri kedua Jalal selepas mereka berdua dinikahkan di Gombak pada 2 Februari 1997 dengan mas kahwin sebanyak RM15,000.
Bagaimanapun, perkahwinan yang dibina atas dasar 'cinta sama cinta' itu mula retak dan akhirnya musnah dalam tempoh tidak sampai setahun jagung.
"Saya tidak terkilan bercerai dengan Jalal dan saya juga tidak menyesal kerana terpaksa membawa status janda dalam usia yang begitu muda,'' demikian luahan hati aktres jelita yang lebih senang dipanggil Dani.
Dani kini mula belajar menjalani hidup sendiri tanpa suami berjanji pada diri bahawa dia tidak akan melakukan lagi 'kesilapan' yang serupa.
Menyelami maksud hatinya, Dani yang pernah melalui pengalaman hidup bermadu kira-kira 10 bulan berkata, jika mampu menolak takdir dia tidak ingin lagi mendirikan rumah tangga dengan suami orang.
"Kalau bertemu jodoh sekali lagi biarlah dengan orang bujang dan saya mencari seorang lelaki yang bertanggungjawab selain ada ciri romantik dan kacak,'' akuinya jujur.
Berperwatakan lincah dan menggoda, Dani mengakui bahawa beliau tidak gentar untuk menempuh alam perkahwinan kedua tetapi bukanlah dalam waktu yang terdekat ini.
"Saya baru bercerai tahun lalu, biarlah saya tumpukan sepenuh perhatian terhadap karier saya sebagai pelakon dan model,'' jelasnya bersungguh-sungguh sambil memberitahu beliau benar-benar mahu berjaya dalam kedua-dua bidang itu.
Bakal mencecah usia 25 tahun pada 12 September ini, Dani pasrah dengan takdir yang ditentukan oleh Ilahi.
"Sebenarnya, dalam hidup ini banyak perkara yang tidak kita duga akan berlaku secara tiba-tiba... begitu juga dengan kehidupan saya,'' kata pelakon kelahiran Dungun, Terengganu ini.
Pelakon dan model bertubuh seksi ini tidak menyangka jodohnya datang sebegitu awal dan berakhir begitu cepat dengan orang yang bergelar pelakon juga.
Anak kembar bongsu daripada sembilan adik-beradik ini 'ditemukan' dengan Jalal dalam drama Penjara Kasih tiga tahun yang lalu.
Dan tepatlah seperti tajuknya, Dani akhirnya 'terpenjara' oleh kasih sayang yang ditumpahkan oleh Jalal dan 'dipenjara' dalam cinta yang suatu waktu dahulu dianggapnya abadi dengan Jalal.
"Pada awalnya saya terpaksa merahsiakan kisah perceraian saya dengan Jalal daripada pengetahuan umum kerana saya dan Jalal pernah berusaha memulihkan semula hubungan kami berdua,'' jelasnya.
Namun apakan daya, ibarat retak menanti belah - ikhtiar mereka untuk menyemarakkan semula rasa sayang dan cinta tidak berhasil dan selepas sah diceraikan Dani akur menerima kenyataan.
Dani memulakan kariernya selepas berlakon sebagai anak kembar bersama kembarnya Ridana dalam drama Yang Mana terbitan HVD empat tahun lalu.
Memiliki wajah bujur sirih, bermata redup, kulit kuning langsat, tinggi 168 sm Dani menaruh harapan yang tinggi semoga suatu hari nanti orang akan mengenalinya sebagai Ridani pelakon yang disegani.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dato cepat sembuh. Aminnn yra |
|
|
|
|
|
|
|
Get well soon dato...lakonan sentiasa mantoppp.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian dia.semenjak wife dia passed away nmpk x terurus je dia |
|
|
|
|
|
|
|
lasagna replied at 2-10-2017 03:23 PM
biasa laa dah tua2 ni kan.. sebaya dgn bapak aku rupa nya beliau.
smoga datuk kembali sihat dan cer ...
Tula.. Sebaya dgn arwah abah i juga dh laa nk seiras gaya rambut pn sama.. Kalau tgk dato jalal mesti teringat...lusa ni genap setahun dia pergi..terasa2 mcm dia ada je lagi kt kg tu.. Moga lekas sembuh ye dato |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya tgk dia ni semenjak isteri meninggal npk lost sgt..semoga cepat sembuh Dato'. |
|
|
|
|
|
|
|
iols tgk citer dato ngan eman manan tuh nmpk dato cm letih jek muka dia.. gws dato |
|
|
|
|
|
|
|
gws dato jalal..
I terbaca dlm satu majalah lama dato jalal jatuh cinta dgn arwah isteri bila pertama kali dgr arwah mngaji al quran..dn disepanjang usia prkhwinan dato dn arwah pun dato bagitau arwah suka mengaji dan selalu mengaji alquran jika ada apa2 masalah yg mrk hadapi...
Manis nya memori dia dgn arwah ...
Byk2kn brsabar dato....
Mn mungkin dia akn lupa..
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh dato. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh. Aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
Get well soon Datuk J |
|
|
|
|
|
|
|
Motif sangat reporter pun nak tulis sheols takat belajar sampai SRP |
|
|
|
|
|
|
|
Get well soon tok jalal.
Iols biasa tengok interviews kat tv. Arwah isteri dia hebatnya. Tok jalal ni very sensitif dan isteri dia mmg jaga dan mnjakan dia sungguh. Itu pun teruji zaman ridana ridani.
Memang dia rasa kosong sgt lepas isteri meninggal. |
|
|
|
|
|
|
| |
|