CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7896|Reply: 43

7 Tempat Paling 'Sakit' Di Dunia, Yang Akhir Tu Boleh Bikin Sakit Jantung!

  [Copy link]
Post time 3-10-2017 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Dalam banyak-banyak tempat dalam dunia ini, di manakah tempat paling menakutkan pada anda?


Mungkin anda tahu kewujudan 7 tempat seram atau menggerunkan ini, tapi belum berkesempatan untuk mengunjunginya. Bagi anda yang memang tak tahu kewujudan tempat-tempat ini, jom tengok satu-satu!


Kalau tengok sahaja, mungkin tak rasa apa-apa, tapi cuba bayangkan anda berada di situ dan situasi yang mungkin akan berlaku kepada anda seperti dalam filem seram atau thriller. Pasti meremang bulu roma!



1. Pulau Anak Patung - Mexico





Mengikut legenda, seorang lelaki menemui sebuah anak patung berhampiran lokasi anak perempuannya yang mati lemas di sekitar pulau itu. Dia menganggap roh anaknya memasuki anak patung berkenaan dan kemudiannya menggantung anak patung tersebut di pokok.


Lelaki itu kemudiannya mengumpulkan semua anak patung terbuang dan membawanya ke pulau berkenaan, lalu meninggalkan keluarganya untuk menetap di pulau berhantu itu.








Pelancong boleh mencabar keberanian mereka dengan cuba untuk bermalam di kabin usang lelaki itu dan baring bersama patung 'anaknya'. Tapi siap sedialah apabila menjelang senja. Anda berani bermalam di kabin usang bertemankan anak-anak patung menyeramkan di sebuah pulau bersendirian?




2. Kubur Bawah Tanah Capuchins - Itali





Terletak di bandar Sicilian di Palermo, selatan Itali, kubur bawah tanah ini terkenal dengan pengebumiannya yang unik kerana mempamerkan mayat seperti di muzium. Lihatlah, mereka seolah-olah masih hidup lagi!







Dikhabarkan, seorang lelaki mabuk yang tertidur di dalam tempat ini ditemui dalam keadaan yang teruk sehingga terpaksa dibawa ke hospital mental. Apa yang berlaku kepada dia agaknya?



3. Kampung Boneka Nagoro - Jepun





Kalau anda dah bosan hidup di bandar yang bingit dan menyesakkan, bolehlah singgah di desa Nagoro yang berhantu ini!









Semua boneka ini dicipta bagi menggantikan penduduk asalnya dari nelayan, murid-murid sekolah, mahupun guru-guru. Lebih kurang 350 boneka menjadi penghuni tetap kampung ini di samping 37 penduduk kampung yang masih 'hidup'.



4. Keranda Tergantung - Sagada, Filipina





Berbeza dengan pengebumian biasa, penduduk tempatan menggantungkan keranda di tebing bukit. Tapi, untuk dikebumikan dengan cara ini ada syaratnya iaitu orang yang mati itu perlulah sudah berkeluarga dan memiliki cucu.





Mereka percaya bahawa lebih tinggi keranda digantung, lebih dekat roh si mati dengan syurga.



5. Bandar Berhantu, Centralia - AS





Sekali tengok, nampak macam dalam permainan video seram Silent Hill pula. Bandar ini pada asalnya merupakan sebuah bandar perlombongan, namun ditinggalkan penduduknya selepas lombong bawah tanah terbakar pada tahun 1962.


Terdapat banyak bangunan yang sudah musnah, jalan runtuh dan paling menyeramkan adalah kepulan asap yang keluar dari celah-celah tanah!



6. Hospital Tinggal Beelitz-Heilstätten - Jerman





Kita biasa nampak pemandangan ini dalam filem seram. Tak kurang, pasti ada yang terasa macam nak buat aktivit Seekers di dalam bangunan ini, kan?


Selama bertahun-tahun, ia berfungsi sebagai sanatorium tuberkulosis dan sebuah hospital tentera, yang pesakitnya termasuk Adolf Hitler.
Hari ini, beberapa wad masih digunakan sebagai pusat pemulihan neurologi, tetapi hampir seluruh kompleksnya sudahpun ditinggalkan.






Cuba bayangkan anda berdepan dengan doktor atau jururawat gila di dalam bangunan ini. Kat mana nak menyorok ya?



7. Taman Arca Veijo Ronkkonen - Finland





Taman ini tempat paling pelik dan menakutkan di Finland kerana terletak di pedalaman hutan dan dipenuhi dengan patung arca menyeramkan.






Veijo Ronkkonen merupakan seorang artis Finland terkenal, tetapu seorang yang sangat pemalu. Sebahagian besar karyanya 'tersembunyi' di halaman belakang rumahnya sendiri.


Foto: BrightSide




Bayangkan anda tersesat di sini ketika sedang melarikan diri daripada seorang psikopat. Fuh, boleh kena sakit jantung dibuatnya! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2017 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ni memang menyeramkan..jangan harapla nak bermalam kat tempat-tempat ni{:run{:run
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyeramkan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok pn da seram apatah lg kalau pi sana
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat malaysia xde ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kampung Boneka Nagoro tu sgt menyeramkan! Teringat cerita Wax apa tah yg satu bandar org dia kena wax jadi patung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2017 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Scary gak weh....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik2.. ada ke yg prnh pergi tmpat ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2017 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Zasss777: Kampung Boneka Nagoro tu sgt menyeramkan! Teringat cerita Wax apa tah yg satu bandar org dia kena wax jadi patung.


Best kan cerita wax tu. Sampai sekarang i ingt huhuuu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 09:58 PM | Show all posts
pulau anak patung tu mmg scary wei.... bagi sejuta pun aku tak nak pegi
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya.. Especially hospital tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 10:53 PM | Show all posts
Semuanyaaa skeriiiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kampung jepun tu buat teringat story damerung kat bod mps
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 12:28 AM | Show all posts
Ish!!!! Tapi teringin juga nak pergi!
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 03:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh menyesal baca. Tak tido dah mak jemah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 07:27 AM | Show all posts
aku rasa malaysia lagi seram..........xde benda yg x seram kat malaysia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2017 07:33 AM | Show all posts
baru tau kewujudan tempat2 ni..
hospital tu seram..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 08:04 AM | Show all posts
semua2 pn nmpk seram
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 08:12 AM | Show all posts

kat malaysia tempat tu ada kat putrajaya
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 08:12 AM | Show all posts
Zasss777 replied at 3-10-2017 07:38 PM
Kampung Boneka Nagoro tu sgt menyeramkan! Teringat cerita Wax apa tah yg satu bandar org dia kena wa ...

cite yg paris hilton berlakon tu ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.085924 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list