|
Kisah haiwan dilahirkan dengan berkepala dua bukanlah sesuatu kejadian baru.
Hakikatnya haiwan yang dilahirkan dengan kepala kembar tidak dapat hidup lama setelah dilahirkan.
sumber : Daily Mail
Memetik laporan Daily Mail, uniknya seekor anak lembu berkepala dua milik seorang pemilik ladang tenusu di Karachi, Pakistan masih hidup sehingga kini sejak dilahirkan pada 27 September lalu.
Anak lembu yang dilahirkan di Ladang Tenusu Lucky Foods itu tidak mampu berdiri kerana kepalanya terlalu berat dan susu terpaksa diberi menggunakan botol.
Menurut pemilik ladang berkenaan, Salman Mamnoon Hussain, dia merasa amat terkejut apabila pengurus memberitahu seekor anak lembu dengan dua kepala dilahirkan di ladang itu.
“Saya terus pergi ke ladang untuk melihat anak lembu itu. Ia satu keajaiban."
“Pada mulanya saya percaya anak lembu itu mungkin mati tidak lama selepas dilahirkan tetapi sehingga kini ia masih hidup dan sihat,” katanya.
Ujarnya, doktor haiwan di ladang itu menjaga anak lembu itu dengan teliti bagi memastikan ia terus hidup.
“Saya mahu lihat anak lembu ini hidup, berdiri dan berjalan seperti haiwan yang lain,” jelasnya. - CARI
|
|