CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1811|Reply: 3

[Buku] Empat buku Malaysia mara final The Beauty and The Book Award 2017

[Copy link]
Post time 4-10-2017 07:46 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Empat buku penulis Malaysia mengungguli empat kategori dalam The Beauty and The Book Award 2017.

Ini bermakna keempat-empat buku itu disenarai pendek anugerah buku tercantik dunia berkenaan yang keputusan pemenangnya bakal diumumkan pada Pesta Buku Frankfurt, 14 Oktober ini.

Empat karya Malaysia itu ialah Kias Tersirat: Perantauan Bertemu Melayu & Islam di Dunia Melayu Benua tulisan Herman Abdullah bagi kategori Kembara dan Tulis! Jangan Takut-takut (Zamri Mohamad) bagi kategori DIY.

Dua lagi buku dari negara ini yang berada dalam senarai pendek itu ialah Modern Mosques in Malaysia Between Regionalism and Eclectism oleh Wael A Yousef Mousa bagi kategori Seni Bina dan Alegori Rumah Api oleh Mat Luthfi (Sastera Umum).

Sebanyak 10 buku daripada 10 kategori itu sebelum ini diundi secara dalam talian daripada ratusan buku lain, sebelum layak untuk berada dalam senarai akhir pencalonan berkenaan.

Undian bagi menentukan pemenang The Beauty and The Book Award 2017 anjuran Book Art Foundation dan Pesta Buku Frankfurt itu boleh dilakukan pemain industri buku dan pengunjung acara pesta buku terpenting dunia itu bermula 11 Oktober ini.

Turut berada dalam senarai pendek itu ialah empat buku tulisan pengarang Jerman, iaitu Mein Bienengarten oleh Elke Schwarzer bagi kategori Alam dan Perkebunan; Im Licht - Im Bild oleh Bernhard C Striebel (Buku Seni); Don Rosa: I still Get Chills oleh Alex Jakubowski, Lois Lammerhuber dan Don Rosa (Buku Bergambar).

Buku yang disenaraikan juga ialah Fur den Tieferen Sinn - Duft als Medium in Kunst, Design und Kommunikation oleh Martin Hegel, Matthias Wagner K, Heribert Friedl dan Tobias Jacob bagi kategori Rekaan (Design).

Dua buku lagi ialah Der geheimnisvolle Koffer von Herrn Benjamin bagi kategori Buku Kanak-Kanak dan Remaja serta Hundebraten süßsauer: Kochbuch der chinesischen Hausmannskost (Buku Masakan) Cook Book yang kedua-duanya ditulis oleh illustrator, Pei-Yu Chang dari Taiwan.

** Berita Harian **





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2017 09:48 PM | Show all posts
Hebat mat luthfi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2017 09:53 AM | Show all posts
update. pemenang award ni, penulis Jerman.

FBF 2017: Empat Buku Negara Beri Saingan Sengit Kepada Peserta Jerman

Empat peserta Malaysia bersama rekaan kulit buku masing-masing yang menyertai 'The Beauty and The Book Award 2017' anjuran Book Art Foundation dan Pesta Buku Frankfurt (FBF) 2017. Turut sama wakil penerbit Edition Monhardt, Stefan Monhardt (tengah).

FRANKFURT, 15 Okt (Bernama) -- Kejayaan empat buah buku Malaysia berada dalam senarai akhir pertandingan 'The Beauty and The Book Award 2017' anjuran Book Art Foundation dan Pesta Buku Frankfurt (FBF) 2017 telah berjaya menempatkan nama pemain industri buku negara di mata dunia.

Ketua delegasi Malaysia ke FBF 2017, Abdul Wahab Ibrahim berkata walaupun gagal muncul sebagai pemenang, namun keempat-empat rekaan sampul buku Malaysia berada dalam senarai 10 rekaan terbaik.

Katanya, kejayaan itu merupakan platform terbaik buat pemain industri buku negara apabila mara ke peringkat akhir bersama enam pencalonan lain dari Jerman. "Mungkin tahun depan kita adakan satu pemilihan di peringkat kebangsaan dan kita calonkan satu atau dua buku yang ada potensi untuk menang. Mungkin dengan cara ini kita boleh menang," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian plak kepada pemenang.

"The Beauty and The Book Award 2017' dimenangi buku 'Im Licht - Im Bild' hasil penulis Jerman, Bernhard C Striebel, terbitan Edition Monhardt.

Buku Malaysia yang berada dalam senarai 10 calon akhir adalah 'Modern Mosques in Malaysia Between Regionalism and Eclectism' oleh Wael A Yousef Mousa, terbitan Penerbitan Universiti Sains Malaysia (USM); 'Alegori Rumah Api' oleh Mat Luthfi (PTS); 'Kias Tersirat: Perantauan Bertemu Melayu dan Islam di Dunia Melayu Benua' tulisan Herman Abdullah (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia) serta 'Tulis! Jangan Takut-takut' oleh Zamri Mohamad (Legacy Publishing).

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Pemasaran Penerbitan USM, Mohd Yusri Kamaruddin berkata kejayaan berada dalam senarai akhir itu bakal menjadi batu loncatan untuk pemain industri mempengaruhi peminat buku tanahair.

Dalam masa sama, beliau melahirkan penghargaan kepada pereka kulit buku 'Modern Mosques in Malaysia Between Regionalism and Eclectism' iaitu Nor Afzan Yahya.

FBF 2017 dirasmi secara bersama oleh Canselor Jerman, Angela Markel dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron dengan Perancis menjadi negara tamu FBF kali ini.

Diadakan selama lima hari bermula 11 Okt sehingga esok, FBF 2017 menjadi platform penjualan hak cipta penulisan bagi kira-kira 300,000 penerbit buku dari seluruh dunia.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak cari laa 4buku ni.. tulis jangan takut takut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.311588 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list