View: 1743|Reply: 9
|
Warga Emas Maut Cuba Lintas Jalan
[Copy link]
|
|
Sudah ajal. Seorang wanita warga emas maut, manakala seorang lagi wanita parah dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Buli Sim-Sim, Sandakan, kira-kira jam 5.30 petang semalam, lapor BH Online.
Mangsa, Ommai Jurail, 72, disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala ketika menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, manakala Fadilah Saibil, 54, cedera parah.
Dalam kejadian, kereta Perodua Viva dipandu seorang wanita berusia 73 tahun ketika itu dalam perjalanan ke arah Batu 4, merempuh mangsa yang secara tiba-tiba cuba melintas jalan.
Foto: BH Online
Menurut laporan, pemandu berkenaan gagal mengelak, lalu terlanggar mangsa menyebabkan kedua-duanya melambung di cermin hadapan kereta sebelum terjatuh di atas jalan raya.
"Mangsa yang cedera parah masih dirawat di zon merah Hospital Duchess of Kent dan dilaporkan stabil.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pejalan kaki kerana melintas jalan secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kemalangan berlaku," kata Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
"Mangsa yang cedera parah masih dirawat di zon merah Hospital Duchess of Kent dan dilaporkan stabil."
So yg maut seorang jelah kan? Confused dgn tajuk thread.
Takziah kepada keluarga acik itu. Kesian, mata pun dah tak nampak agaknya. Tak boleh nak agak kereta laju ke slow, jauh ke dekat |
|
|
|
|
|
|
|
Bimbo sangat, selayaknya lah dek |
|
|
|
|
|
|
|
yg melanggar dan dilanggar semua warga emas...mmg kampung tu dihuni warga emas aje ke |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni baru la bole buat jejantas
nk buat usul kene ada kes dulu |
|
|
|
|
|
|
|
seram tgk cermin tu, kuat terhentak tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|