CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10610|Reply: 37

Edisi Malaysiana - 13 Jenama Tempatan Terkenal Malaysia yang Anda Tak Tahu

[Copy link]
Post time 8-10-2017 04:08 PM | Show all posts |Read mode
13 Jenama Popular Yang Anda Tak Tahu Berasal dari Malaysia.



Sudah tiba masanya kita menyarung segala semangat patriotik Malaysia Boleh, kita akan mengetengahkan senarai 13 jenama tempatan popular yang selama ini menyebabkan kita terkeliru kerana menyangkakan ia adalah jenama antarabangsa.

Malaysia secara konsisten meninggalkan kesan di platform antarabangsa, dengan lahirnya juara dunia dalam beberapa arena sukan, penghibur antarabangsa, pereka fesyen tershor di peringkat dunia, usahawan merentas benua dan pelbagai lagi bakat2 yang mampu membanggakan kita sebagai anak Malaysia.

Tahukah anda, Malaysia juga menghasilkan pelbagai jenama bertaraf antarabangsa yang selalu disalahtafsir berasal dari negara2 luar? Maka berikut adalah senarai 13 jenama popular bertaraf dunia yang sebenarnya berasal dari Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2017 04:14 PM | Show all posts
1. SUSHI KING



Sushi King bukan restoran francais milik Jepun, jauh sekali restoran francais USA yang menawarkan hidangan Jepun; sebaliknya ia adalah 100% milik Malaysia dan merupakan restoran berkonsepkan 'kaiten' (conveyor belt) di Malaysia!

Bermula di KL dengan satu cawangan restoran pada tahun 1995, ia kini telah berkembang pesat dengan hampir 1000 cawangan di seluruh Malaysia! Omedetōgozaimasu!
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2017 04:34 PM | Show all posts
siaran ulangan je ni...

byk dh thread psl brand2 mesia ni

bonia pun salah satu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2017 04:41 PM | Show all posts
2. SAN FRANCISCO COFFEE



Walaupun Malaysia berada 13,000 km dari lokasi ikonik yang menginspirasi jenama ini, San Francisco Coffee tidak dapat dinafikan lagi adalah jenama tempatan. Ditubuhkan pada hampir 20 tahun lalau, rantaian kedai kopi ini telah menyediakan hidangan kopi panas segar kepada ribuan penggemar kopi dengan 29 cawangan seluruh KL dan Selangor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2017 04:46 PM | Show all posts
3. OGAWA



Walaupun jenama kesihatan dan kecergasan ini seperti milik Jepun, ia sebenarnya dimiliki oleh syarikat Malaysia. Menawarkan pelbagai produk kerusi urut, alatan senaman dan mesin2 teraupeutik yang menjadi pilihan bagi pengguna tempatan di setiap cawangan di pasaraya2 tempatan. Jenama ini terus mencapai kejayaan bukan sahaja di Malaysia malah merentas dunia dengan penawaran di 62 buah negara dari Filipina sehingga Amerika Utara!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2017 04:54 PM | Show all posts
4. MARRY BROWN



Ditubuhkan pada 1981 oleh Lawrence Liew dan Nancy Chan, restoran francais makanan segera berstatus halal ini mempunyai ratusan outlet antarabangsa di luar negara seperti  Brunei, Indonesia, Singapura, Thailand,  an Myanmar. Marry Brown menyediakan makanan segara yang biasa seperti burger-kentang fries tetapi juga menyediakan makanan segera berciri Malaysia seperti  Nasi Ayam dan Mi Curry Ayam
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-10-2017 05:00 PM | Show all posts
Edited by robotech at 1-8-2018 02:55 PM

5. KYROS KEBAB



Ramai orang masih menyangka Kyros Kebab adalah berasal dari Timur Tengah, tetapi sebaliknya restoran francais ini adalah rangkaian restoran makan segera milik Malaysia yang pertama. Dengan nama dan menu autentik seperti citarasa Timur Tengah, syarikat ini telah menyediakan jamuan kebab wrap kepada rakyat Malaysia selama lebih 20 tahun!
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2017 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana lagi??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2017 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
X sangka kyros kebab malaysia punya..wauww..tp byk betul brand malaysia tp guna wording Japanese..tu y buat org keliru kot..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 05:45 PM | Show all posts
Sesetengah jenama Malaysia tu harganya mahal juga macam jenama luar
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 06:01 PM | Show all posts
I tengah layan baca thread ni sekali berhenti kat no 5 je?

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
huehue replied at 9-10-2017 06:01 PM
I tengah layan baca thread ni sekali berhenti kat no 5 je?

Haha..mgkn sbb ada yg mention mnda ni siaran ulangan..jd tt pun stop..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah stop, cuba kita sambung sendiri nak?

Yg iols tahu tadi, macam biasa lah BONIA.

Pastu Snowfly London (dan Chris Nica) tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
robotech replied at 8-10-2017 04:00 PM
5. KYROS KEBAB



Lagi ????.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 12:48 PM | Show all posts
mrizumi replied at 9-10-2017 07:26 PM
Haha..mgkn sbb ada yg mention mnda ni siaran ulangan..jd tt pun stop..

Mengapa TT hati tisu sangat? Reporter cari rileks je tahan maki ulang ulang thread
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
huehue replied at 10-10-2017 12:48 PM
Mengapa TT hati tisu sangat?  Reporter cari rileks je tahan maki ulang ulang thread

Reporter dibayar kn..tt tak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2017 01:32 PM | Show all posts
mana lagi yg lain...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 09:33 AM | Show all posts
huehue replied at 10-10-2017 12:48 PM
Mengapa TT hati tisu sangat?  Reporter cari rileks je tahan maki ulang ulang thread

nama jer robot tp kuat sentap
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 03:40 PM | Show all posts
kucen_miang replied at 12-10-2017 09:33 AM
nama jer robot tp kuat sentap

Robot yg ni dah install perasaan kot you macam dalam filem filem tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Igtkan sfc tu company luar punya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.071949 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list