CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: enchikfitz

[V4 - All About AF Megastar] Penantian 12 Tahun BERBALOI - IDAYU Juara AF MEGAST

  [Copy link]
Post time 9-10-2017 10:21 AM | Show all posts
mat_arof replied at 9-10-2017 09:18 AM
kita tgok nanti Gv4 ...siapa yang berperangai .....

yayyy tazabar nk tggu gv4
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2017 10:27 AM | Show all posts
Shahir ni kalau x keluar minggu depan tak tahu la aku nak cakap apa.....unless Amir M buat performance mcm BBNU atau top 5 buat slack mcm Syamel semalam.....aduhaiii.....harapkan undian acik2 kepam je la.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 10:32 AM | Show all posts
Syahir dah boleh out
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 10:33 AM | Show all posts
zetty1978 replied at 9-10-2017 06:57 AM
X paham apa yg bestnya kt Shahir tu .. persembahan pun ala2 je .. xde wow factor .. camno blh jd dam ...

shahir dulu2 time af8 mmg best dan ada aura..lepas lama menyepi
muncul skrg dgn lama xnyanyi dgn xde guru vocal mcm dulu..ditambah bercinta dgn sang ratu
shahir terus hanyut..jadi kureng
apa2pun tgk AFM ni sbb shahir la
setakat idayu,bob semua tu mmg dah terbukti bakat dorang
dan xde rase teruja nk tgk sgt
abes AFM xkemana jugak dorang ni
mmg lagi best Gegar vaganza la
AFM mmg gagal la
xjumpe org duk layan sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2017 10:37 AM | Show all posts
Konsert AF Megastar yang telah sampai ke peringkat suku akhir berlangsung dengan meriah di Royale Theatre Shah Alam, malam semalam.


Bertemakan Ikon, lapan bintang AF Megastar yang bertanding telah memberikan persembahan hebat dan memukau.


Konsert minggu ini menyaksikan Amir Jahari buat pertama kalinya menerima anugerah persembahan terbaik, Star Of The Week hasil undian peminat sepenuhnya.


Amir Jahari membawa pulang  eGiftCard daripada GoShop bernilai RM2, 000 serta sebuah trofi.


Sementara itu, Indah telah diumumkan sebagai peserta yang mendapat kedudukkan terendah secara keseluruhan sekaligus menyebabkan dia tersingkir pada malam tersebut.


Sebanyak 60 peratus markah telah diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta Puan Sri Tiara Jacquelina sebagai juri jemputan.


Selebihnya, 40 peratus adalah hasil undian iaitu AFUNDI menerusi laman web www.afmegastar.com.my serta khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada peminat.


Di bawah merupakan kedudukan bintang daripada markah keseluruhan dan komen-komen juri yang telah diberikan:


Bob, 57.3% - Balqis, Nirmala (Datuk Siti Nurhaliza)

"Saya masih tetap sukakan Bob dari Akademi Fantasia 2 hingga kini. Jadi Bob buktikan kebolehan awak dalam dua minggu sahaja lagi sebelum final ini," - Syafinaz Selamat


Marsha, 56% - Akhirnya Kini Pasti, Seksis (Anita Sarawak)


"Saya rasa ini persembahan kesukaan saya di antara yang lain. Persembahan awak sangat memukau dan awak ada pakej sebagai seorang penghibur, terbaik!" - Tiara Jacquelina


Idayu, 55.3% - Sangkar Cinta, Syurga Di Hati Kita, Menadah Gerimis (Ziana Zain)

"Awak ada suara yang bagus tapi ada beberapa perkara perlu diperbaiki. Selain itu, saya mahu awak fikir seperti pemuzik kerana tak semestinya semua perlu loud tapi keseluruhan bagus," - Syafinaz Selamat


Amir, 53.2% - Sepi Sekuntum Bunga Mawar, Pengemis Cinta (Ella)

"Awak ada bakat yang besar sebagai seorang penyanyi tapi saya mahu lihat yang lebih lagi daripada ini di peringkat suku akhir," - Tiara Jacquelina


Amir Jahari, 52.2% - Kau Di Hati Ku, Orak Arek (Zainal Abidin)


"Good job! Susunan muzik yang baik kerana lagu mash-up begini sebenarnya susah hendak dibawakan. Syabas sebab awak berfikir sebagai seorang pemuzik," - Syafinaz Selamat


Syamel, 46.3% - Umpan Jinak Di Air Tenang, Gelisah (Ahamad Jais)


"Lagu pertama meriah tapi kedua tidak pula. Joget perlu ceria manakala keroncong feel yang berbeza tapi saya akui memang susah nak bawakan lagu-lagu ni," - Ramli MS


Shahir, 34.4% - Jeritan Batinku, Di Mana Kan Ku Cari Ganti (P. Ramlee)


"Key awak menyanyi tadi tak sampai dan bila kamu terkehel dalam nyanyian pun saya boleh dengar tapi keseluruhan bagus lah," - Ramli MS


Indah, 22.6% - Gelora, Mari Jalan Bersama, Bila Larut Malam  (Saloma)

"Gemersik suara Saloma tu ada. Nak sampaikan lagu dengan aura penyanyi asal itu sangat besar cabarannya dan awak perlu beri lebih lagi,"- Tiara Jacquelina


AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.





Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 10:51 AM | Show all posts
Tema Separuh Akhir

1. Duet bersama artis pilihan
2. Lagu-lagu di dalam carta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2017 10:57 AM | Show all posts
nurhuda replied at 9-10-2017 09:20 AM
Jgn la uolls ckp cam tu, akak.minat tau shahir.. aaa

kaka, aiols pun minat shahir
tp malam td memg hampa sgt tgok performance dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 11:00 AM | Show all posts
PokeHunter90 replied at 9-10-2017 10:51 AM
Tema Separuh Akhir

1. Duet bersama artis pilihan

lgu dlm carta?

mohon jgn bawak lgu bbnu lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2017 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
enchikfitz replied at 9-10-2017 10:37 AM
Konsert AF Megastar yang telah sampai ke peringkat suku akhir berlangsung dengan meriah di Royale Th ...

So top 5 malam tadi ikut markah keseluruhan:

1. Bob (first time kot bob duk no 1)
2. Marsha
3. Idayu
4. Amir M
5. Amir J

Markah syamel, shahir dan indah semua bawah 50%.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 11:12 AM | Show all posts
Iols rase... semalam Shahir patut kuar...

Iols nak Syamel jadi juara!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 11:13 AM | Show all posts
C1k_J4h replied at 9-10-2017 11:00 AM
lgu dlm carta?

mohon jgn bawak lgu bbnu lg

Of course kena ada lagu BBNU. Ahaks.


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 11:24 AM | Show all posts
enchikfitz replied at 9-10-2017 10:37 AM
Konsert AF Megastar yang telah sampai ke peringkat suku akhir berlangsung dengan meriah di Royale Th ...

beza Idayu calon juara dgn Amir M calon out tak jauh bezanya

so markah juri idayu agak tinggi tapi sms fans rendah

markah amir M utk juri tak tinggi mana, sms fans sure tinggi

shahir tu dua2 rendah ... 50% OUT

Syamel lak, kalau ngada2 nak tunjuk versatil & cuba macam2 genre ... 50% OUT la ko minggu ni. Syamel agak failed la dlm pemilihan lagu untuk 3 konsert terakhir. Dia patut tak yah dah nak tunjuk versatil bagai. Pilih lagu yang fresh, top, & kena dgn suara dia. orang peduli apa ko versatil ke tidak. asal nyanyi sedap sudah. Markah juri tu kena grab.


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 11:32 AM | Show all posts
shahir trying too hard la. meols cadang heols fokus je kt irama melayu ala2 mawi/jamal tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 11:33 AM | Show all posts
next week kalo shahir still under par...bsr kemungkinan heols bakal out...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 11:49 AM | Show all posts
jefri90 replied at 9-10-2017 12:57 AM
rumah last kot boleh merangkumi semi final n finale. 4 rumah je utk afm ni

lepas ni dah boleh  ...

super sendu afm ni...gv dulu gempak la juga..tp lepas kak lina pompom tsingkir..flop
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 11:57 AM | Show all posts
aku tak tgk semalam...tp aku masih heran kenapa si amir (bukan amir jahari) tu tak tersingkir...apa yg outstandingnya dia ni dari dlm AF lagi aku keliru sampai sekarang kenapa dia boleh juara...kalau masuk realiti show kat  oversea,dah lama kena kick keluar mamat ni...

ps: si indah terkeluar eh semalam?...eloklah...dia ni kekadang kesian aku nengok,,,struggle nak capai par dlm kerjaya,tp mcm tersangkut kat tetengah jalan...big fail forever ever after...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2017 11:58 AM | Show all posts
harap2 minggu depan si amir atau zahir pulak melingkup..si zahir tu tersengeh2 je aku nengok...mcm perasan org dok puja dia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 11:59 AM | Show all posts
*shahir



Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetap takleh nak minat Bobtem. Iols vote Marsha & Shahir
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 12:04 PM | Show all posts
si shahir (tersilap tulis zahir) ni mcm pelik aku nengok dia kalau jalan,,mcm monyet berjalan dengan katik gemok(bukan gemok la,tp mcm besar)...tak balance dengan ketinggian dia punya berat...nampak katik...kekadang lucu tgk dia berjalan lelebih lagi kalau pakai baju/seluar yg sedikit fit..

ps: dia ngan erra mcm tak sepadan je kalau kawin...dia tak sesuai dgn erra bukan sebab dia alim erra jahil,tp sebab faktor fizikal...erra looks slim tall,dia gemok pendek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.855186 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list