Nama yang tidak asing lagi dalam industri iaitu Mark Adam yang baru-baru ini menyambut hari lahirnya yang ke 38. Kejutan hari lahir Mark Adam di sambut meriah oleh isterinya dan lebih 50 orang kenalan rapat.
Menurut Mark Adam, "Tiada apa yang saya hajatkan sempena usia baharu saya 38 tahun ini melainkan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga saya terutama ibu dan isteri saya," tambah Mark.
Apabila ditanya mengenai anak, Mark Adam tidak terkilan mahupun berkecil hati kerana menurut Mark Adam, dia dan isteri telah mencuba sehabis baik untuk mendapatkan zuriat namun semuanya sudah ditentukan, dan mereka hanya berserah pada ketentuan Allah SWT.
Mark Adam dan pasangan Nor Azad Redzuan, 38 tahun telah mendirikan rumahtangga selama 14 tahun, bersedia untuk menerima anak angkat.
"Sebelum ini kami pernah dikurniakan anak angkat namun rezeki tidak menyebelahi kami apabila ada beberapa perkara yang tidak diingini".
Semoga pasangan ini dipermudahkan urusan dan tercapai hajat Mark Adam yang diingini. InsyaAllah…
|