CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LelakiTeragung

[EKSKLUSIF!!!] Anita Sarawak Beli Rumah Baru di Las Vegas Pada 4 Oktober Setelah

  [Copy link]
Post time 10-10-2017 02:52 AM | Show all posts
Edited by noodle.baby at 10-10-2017 02:56 AM

Tuesday, 6 March 2012

Menjejak Anita di Las Vegas

ENTAH apa punca dan alasannya, figura terkenal yang juga penghibur kesayangan ramai, Anita Sarawak dan suaminya Mohd Mahathir Abdullah, tiba-tiba ‘menghilangkan diri’ daripada arena komersial dunia hiburan di Malaysia.

Bukan saja akhbar Melayu aliran perdana malah akhbar Inggeris tempatan juga melaporkan misteri kehilangan Anita (Kak Nita) dan Mahathir itu yang dikatakan sudah mengosongkan rumah mereka di Kuala Lumpur, beberapa bulan lalu.
Ada sumber berkata, Anita pulang menetap semula di Las Vegas dan ada pula mendakwa dia pergi bercuti ke Eropah.

Namun apa yang menghairankan, Anita pergi tanpa meninggal�kan sepatah kata dengan rakan-rakan karibnya sendiri termasuk pihak media yang selama ini sangat rapat de�ngan beliau. Adakah sesuatu yang tidak kena atau Anita berkecil hati atau merajuk?


Bayangkan, telefon bimbit dan e-melnya langsung tidak berjawab. Kontrak program televisyen yang dikendalikannya, Astana siaran Astro juga dikatakan sudah berakhir sebelum dia menyepi diri.

Spekulasi demi spekulasi timbul termasuk mengatakan rumah Anita dan Mahathir sedang bergolak. Namun itu hanya gosip dan perkara ini sendiri tidak dapat disahkan oleh keluarga Anita di Kuala Lumpur.

Sebaliknya kata adik Anita, bekas pelakon dan model Noorkumalasari, Anita ingin berehat panjang selepas kontraknya dengan Astro sudah tamat.

“Kak Nita memang ada memberitahu saya sebulan sebelum dia pulang ke AS kerana ingin menumpukan perhatian kepada perniagaan dan berehat sepuas-puas�nya. Itu saja yang diberitahu kerana saya sendiri tidak berpeluang menghantar ke lapangan terbang kerana Kak Nita tidak mahu kelihatan dan diketahui sesiapa.

“Tapi tidak pula saya mengetahui sebab lain dia bertindak begitu kerana soal peribadinya tidak pernah kami bincangkan. Malah saya percaya Anita memang sudah penat dan ingin berehat panjang,” katanya.

Lalu, apabila penulis dihantar menjalankan satu tugasan perfileman di Arizona baru-baru ini, peluang itu terus digunakan untuk menjenguk Anita atau nama sebenarnya, Ithnaini Mohd Taib, di rumahnya di Campana Drive, Spring Valley, Las Vegas pada 19 Februari lalu.

Mana tahu kalau-kalau Anita kini sedang berehat di rumahnya dan penulis punya kesempatan untuk singgah bertanyakan khabar.

Banglo Anita itu tersergam di kawasan perumahan mewah yang jauhnya kira-kira 40 kilometer dari The Strip iaitu pusat komersial terkenal Las Vegas.

Selepas sampai dan me�ngetuk pintu banglo dua tingkat itu, ia tidak langsung berjawab. Memegang tanggapan mungkin Anita keluar sebentar atau rugi pula jika tidak berjumpa selepas jauh datang seorang diri, penulis terus menunggu lebih tiga jam di depan rumah�nya itu.

Kata seorang jiran ketika ditanya mengenai Anita dan adakah benar itu rumah beliau, mereka akui tidak rapat dengan penyanyi lagu Akhir�nya Kini Pasti itu.

“Kami hanya mengucapkan selamat pagi dan selamat tinggal saja kalau bertembung dengan jiran-jiran kami. Itu adalah cara kejiranan di sini. Lantas saya tidak pula tahu siapa Anita atau Ithnani kerana sepanjang menetap di sini, saya tak pernah nampak kelibatnya kerana masing-masing sibuk dengan urusan harian,” katanya.

Usaha kembali pada hari kedua dan duduk menunggu di depan rumah Anita sekali lagi mengundang rasa kecewa. Jelas Anita tidak muncul-muncul juga dari dalam rumahnya.

Kemudian, penulis meneruskan misi menjejaki Anita dengan berkunjung pula Caesars Palace - tempat beliau membuat persembahan suatu ketika dulu.

Menemubual beberapa pekerja hotel yang sudah lama berkhidmat dan mungkin pernah mengenali Anita juga masih menemui jalan buntu.

Kata seorang pekerja yang enggan identitinya didedahkan, dia menyifat�kan Anita seorang penyanyi yang dihormati ramai ketika membuat persembahan dulu kerana vokalnya hebat dan sikapnya yang begitu bijak melayan pengunjung.

Namun ditanya ke mana Anita dan adakah dia masih berhubung dengannya, lelaki pertengahan usia berkulit putih itu enggan me�ngulas lanjut.

“Saya tak pernah berhubung dengannya lagi kerana dia sudah lama tidak membuat persembahan di sini. Saya hanya pekerja biasa dan hanya beberapa kali nampak dia menyanyi,” katanya.

Bagaimanapun ketika penulis menghubungi sebuah syarikat penerbitan majalah tempatan yang sering menghebahkan pertunjukan pentas di Las Vegas, seorang penulis di sebuah laman sesawang ada menunjukkan sebuah artikel wajah Anita bersama Mahathir yang hadir dalam sebuah majlis rasmi di sana, Januari lalu.

Gambar itu jelas membuktikan Anita dan suaminya masih bersama. Lantas dakwaan kononnya Anita lari daripada kemelut rumah tang�ga yang dihadapinya serta khabar angin me�ngatakan dirinya sedang sakit adalah tidak benar sama sekali.

Sementara itu, sumber Astro yang enggan namanya disebut berkata Anita kini dalam tempoh bercuti dan destinasinya tidak diketahui.

Seorang teman wartawan yang akrab dengan Anita pula menyifatkan kehila�ngannya adalah satu tempoh mencari ketenangan selepas penat mencurah komitmen kepada kerjanya selama ini.

“Saya tidak percaya dengan segala spekulasi yang timbul lebih-lebih lagi dakwaan kononnya Anita berdepan masalah rumah tangga. Dia suka berehat panjang selepas penat bekerja. Saya percaya Anita akan kembali memberikan penjelasan satu hari nanti,” katanya.

http://tausug1.blogspot.my/2012/ ... a-di-las-vegas.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2017 03:10 AM From the mobile phone | Show all posts
lil_sparky replied at 9-10-2017 08:54 PM
Omg..beginner

Tp kak nita punya pasal..lil puji jugak la tt

kenapa ahli baru tak boleh buka topik ??undang undang siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kagum dgn TT carik info dgn gigih. Well done!
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 10-10-2017 03:10 AM
kenapa ahli baru tak boleh buka topik ??undang undang siapa?

For the 1st time iols setujuk dengan burung hantu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
X semua beginner tu mber baru..kt porem ni rmai je yg bersalin kulit..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
KucingBiru replied at 9-10-2017 09:21 PM
Agaknya kak nita stress org mulut longkang dok cakap laki dia bewak kat Malaysia... and of cours ...

itulah... malaysia hi mmg perangai sgt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2017 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
LelakiTeragung replied at 9-10-2017 09:47 PM
Or maybe orang lain (Kristian) yang sewa rumah tu walaupon Kak Nita dengan hubby yang own the hous ...

bersangka baik
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
daiman replied at 9-10-2017 11:31 PM
Baru aku tau nama sebenar kak nita.

kan.. baru tau nama sebenar dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2017 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
de_ikea replied at 9-10-2017 11:39 PM
Iols pun terpikir gittew.  Sedangkan aizam pun team cari boleh korek. Inikan kak nita. Mungkin kit ...

aizam tu sapa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 07:36 AM | Show all posts
Ahli forum kan hebat CSI... cuba jejak kak nita.... atau tanya Joyah Vegas tu kot-kot dia tau
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 07:38 AM | Show all posts
bagusnya TT mcm inspektor sahab
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 07:47 AM | Show all posts
susukambingbest replied at 10-10-2017 01:29 AM
akk rasa sbb sheol anak kedua ithnaini tu no.2 dlm basa arab

bukan...mmg sebab dia beranak hari isnin...dulu noorkumalasari pernah cerita...yg bapak diaorang letak nama sempena hari lahir...noorkumalasari tu pon kalau tak nama dia Rabaah..sebab beranak hari rabu...tapi datin umi kalsom tak agree...datin cakap nanti kalau besar nak panggil apa?..RABA-RABA?..hihihihihii...lawak aku tgk masa noorkumalasari cerita kat tv hari tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 07:49 AM | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 10-10-2017 03:10 AM
kenapa ahli baru tak boleh buka topik ??undang undang siapa?

betul aku setuju..kadang2 ahli baru punya topik lagi bagus dari wartwan CARI punya benang...hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 07:53 AM | Show all posts
Cantik n besar jgk dia kn.. Pape pun smga kak nita selamat n sihat hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
balakkampung replied at 10-10-2017 07:47 AM
bukan...mmg sebab dia beranak hari isnin...dulu noorkumalasari pernah cerita...yg bapak diaorang l ...

Ouh yg cite psl name ni baru tau

Betul jgk konpem kat sekolah kena ejek, raba ah raba ah ,xpasal2 ke raba
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 08:33 AM | Show all posts
susukambingbest replied at 10-10-2017 01:29 AM
akk rasa sbb sheol anak kedua ithnaini tu no.2 dlm basa arab

Dia dilahirkan hari isnin sebab tu nama dia ithnaini
Noorkumalasari ni arwah ayah dia nak bagi nama Arbaatun sebab lahir hari rabu tapi arwah mak dia Datik Umi Kalsom tak nak seban bunyia macam 'Raba'. Ni yang di baca dalam interview dlm majalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2017 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 9-10-2017 10:37 PM
350k usd kak. kali 4

Kali 4 pun tetap murah dek rumah bangalow, bangalow di klang valley ini lagi.mahal.dek.
Rumah teres di Cyberjaya pun cecah juta dek
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 08:51 AM | Show all posts
mana la nekta meghilang. dulu2 kalau rindu lalu depan ampang point tu nmpk la jugak muka nekta kat kedai perabot tu tapi skrg pun dah takde muka nekta kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 08:51 AM | Show all posts
Wow, Aizam V2 kah? Apa pun semoga Kak Nita elok2 je di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 08:56 AM | Show all posts
murah juga rumahnyee. vegas padang pasir mungkin sebab tu kot. tanah luas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.119509 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list