CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3601|Reply: 10

6 Billionaire Yang Masih Memandu Kereta Murah

  [Copy link]
Post time 12-10-2017 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by chacon at 12-10-2017 11:12 AM


Kereta adalah satu keperluan di zaman serba canggih ini. Dahulunya ia merupakan satu kemewahan, namun kini tidak lagi, melainkan anda mampu untuk membeli kereta mewah.

Bagi billionaire, tiada apa yang mustahil bagi mereka, apatah lagi untuk memiliki kereta bernilai jutaan ringgi. Tak perlu kita cakap mengenai billionaire, mereka yang bergelar jutawan, malah ada yang tidak sekalipun, memiliki kereta yang sangat mewah.

iluminasi.com ingin berkongsi 6 kereta yang dipandu oleh antara manusia paling kaya di dunia.

1. Steve Ballmer


Steve Ballmer merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Microsoft di antara tahun 2000 hingga 2014. Graduan Universiti Harvard diambil bekerja dengan Microsoft selepas beliau tamat daripada pengajian oleh Bill Gates yang tidak tamatkan pengajiannya di Harvard.

Kini kekayaan Steve adalah sebanyak RM143 billion, dan mampu memiliki semua jenis kereta di atas muka bumi ini. Namun, beliau memilih untuk memandu kereta Ford, kerana bapanya merupakan bekas pengurus di Ford Motor Company.




Pada tahun 2009, bagi meraikan kejayaan Ford mencapai kenderaan ke sejuta yang dilengkapi dengan SYNC (sistem komunikasi dan hiburan dalam kereta), CEO Ford ketika itu telah menghadiahkan Steve sebuah kereta Ford Fusion Hybrid.

Kereta mesra alam tersebut berharga RM117,600 dan masih dipandu Steve sehingga hari ini.

2. Warren Buffett



Siapa tak kenal manusia ke-2 terkaya di dunia ini. Warren Buffet adalah CEO syarikat konglemerat Berkshire Hathaway. Memang tak dinafikan beliau sangat terkenal dengan sifat berjimat cermat.

Sangat cermat, sehinggakan beliau tak pernah membelanjakan wang lebih daripada USD3.17 (RM13.40) untuk sarapan.



Sehingga kini, sudah 59 tahun Warren tinggal di rumahnya yang dibeli pada tahun 1958 dengan harga USD31,500 (RM133,000) ketika itu yang bersamaan RM1.09 juta hari ini.



Malah, pada tahun 2014, untuk menaiktaraf kereta yang dipandunya ketika itu iaitu Cadillac DTS selepas anaknya memberitahu bahawa kereta itu memalukan, Warren dilaporkan telah membeli sebuah kereta Cadillac XTS dengan harga RM190,000.


3. Ingvar Kamprad



Anda suka makan meatball di Ikea? Kereta apa yang anda pandu untuk ke Ikea Cheras atau Damansara? BMW? Mercedes? Ferrari? Maka anda lebih hebat daripada pengasas Ikea sendiri iaitu Ingvar Kamprad.

Ingvar adalah seperti beberapa billionaire lain, seorang yang tidak suka membelanjakan wangnya pada sesuatu yang tidak diperlukan, walaupun ia tidak mahal, dan tak menjejaskan kekayaannya. Beliau mendakwa hanya menggunting rambut apabila beliau berada di negara membangun, semata-mata untuk berjimat.



Walaupun Ikea menjual barang perabut rumah yang mewah, namun pengasasnya masih tinggal di banglo yang serba sederhana. Beliau juga makan di Ikea sendiri, dan berbelanja di pasar tempatan.

Pada tahun 2014, wartawan The Telegraph bahawa Ingvar memberitahu televisyen dengan berkata, "Kalau anda lihat pada saya sekarang, saya rasa tak ada satu pun apa yang saya pakai ini yang tak dibeli di pasar karat,".



Dan kereta pilihan individu dengan kekayaan RM196 billion ini adalah kereta Volvo 240 GL 1993 yang berharga RM92,400 ketika dibeli dan mungkin RM5,000 pada hari ini. Namun Ingvar telah melepaskan kereta kesayangannya itu selepas dipujuk kerana kereta tersebut dikatakan sangat berbahaya bagi usianya yang kini menjangkau 91 tahun.


4. Alice Walton



Alice Walton adalah anak kepada Sam Walton, pengasas syarikat paling kaya di dunia iaitu Walmart.

Ketika ini, dengan kekayaan RM171 billion, Alice Walton adalah wanita paling kaya atas muka bumi selepas kematian Liliane Bettencourt pada 21 September 2017.



Dan kereta yang menjadi pilihan wanita terkaya di dunia ini adalah Ford F-150 200, yang dianggarkan berharga RM168,000. Bapanya, Sam Walton juga memandu kereta sederhana iaitu kereta versi yang sama tahun 1979, sehinggalah kematiannya pada tahun 1992.


5. Mark Zuckerberg


Dengan kekayaan RM300 billion ketika ini, bukan sahaja kereta, malah Mark mampu untuk membeli kapal terbang dan memandu di atas jala raya. Namun, umum tahu bahawa Mark bukanlah seorang yang suka membazir, dan hanya membeli apa yang perlu.

Mark sering dilihat memandu kereta Acura TSX berwarna hitam yang dianggarkan berharga RM126,000. Selain itu, CEO Facebook ini juga dilaporkan mempunyai sebuah kereta Volkswagen GTI dengan harga hampir sama dengan Acura TSX.


Mark memberitahu beliau memilih kereta tersebut kerana ia selamat, selesa dan tidak menarik perhatian.


6. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary



Siapa tak kenal dengan hartawan ini. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya. Beliau merupakan salah seorang manusia terkaya di Malaysia dengan kekayaan sebanyak RM7.6 billion pada tahun 2017.
Menurut sumber, kini Tan Sri Mokhtar hanya memandu Proton Perdana.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 12:41 PM | Show all posts
Selain yang No 6 tu ada je yang lain juga yang suka pandu keta buruk je untuk kemana2.  Hanya kurang diwar2kan je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 03:06 PM | Show all posts
Usahawan berjaya yg berusaha keras kumpul harta mmg tahu menghargai titik peluh mereka wpun kadang2 mcm kedekut. Lainlah yg senang lenang berjoli guna duit rakyat....sakannnnnn bergaya2
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeah selalu nya org yg kaya melalui hard work, dorang tahu hidup dgn sederhana
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 04:05 PM | Show all posts
Dia orang ni macam kufur nikat aje.

Kerja kuat2 and kumpul duit banyak2 buat apa? Nak makan pun kedekut.
Pastu bila mati- anak isteri yang untung. Masa hidup mereka punyalah berjimat cermat sampai ikat perut.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 12:51 PM | Show all posts
uda replied at 12-10-2017 04:05 PM
Dia orang ni macam kufur nikat aje.

Kerja kuat2 and kumpul duit banyak2 buat apa? Nak makan pun k ...

tak nak tarik perhatian...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2017 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jgk kalau berhemah tp kalau kedekut pd diri sendiri x patut la. Mesti ada self reward. Mati nanti abih duit dijoli oleh waris2
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 10:52 AM | Show all posts
Orang yang kaya raya ni memang perangai pelik suka tak menonjolkan kemewahan kebendaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2017 04:57 PM | Show all posts
humble nye....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 05:17 PM | Show all posts
geng MLM lagila
beli kete mahal2, tayang
pdahal bukan kaya mana pun

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 11:54 AM | Show all posts
batmana replied at 10-11-2017 05:17 PM
geng MLM lagila
beli kete mahal2, tayang
pdahal bukan kaya mana pun

beli cash ke hutang bank bang keter dorang tu? heheh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.067124 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list